Kesian: Tak Ada Orang Nak Tiru ‘Negara Kebajikan’ BN


Sebenarnya siapa nak tiru siapa

PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

“Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN,” tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.

“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya,” tambah beliau.

Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.

Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Zaaba  On June 12, 2011 at 2:54 pm

    Subsidi yg kerajaan BN bagi kat rakyat tu adalah kebajikan pd rakyat….pas bagi kebajikan dlm bentuk ceramah jer….sila lihat hari ini lebih 300 peniaga bazaar KB berdemo aman bantah kekejaman kerajaan pas kelantan…apa kebajikan yg pas buat?…sekadar tidak lebih dari parti penuh dgn motto dan slogan…pas hari ini…ulama di buang…DAP dijulang….negara kebajikan welfare utknrakyat pemalas mcm org org pas….harap mintak derma sana sini….kerja lebih tak nak….sebab tu kelantan tak maju….asyik welfare jer….mka welfare muko org pas….

    • abu shahid  On June 12, 2011 at 3:06 pm

      Husam dah pun umumkan pinjaman untuk bazaar baru KB tak payah buat loan dari bank.

      Kerajaan nageri Kelantan sendiri menjadi pembiaya pinjaman tersebut..tidakkah ini satu kejayaaan Pas/PR Kelantan.

      Alasan pencacai UMporNO cuma sekadari hantu DAP yg banyak berbuat bakti kepada melayu /Islam penang.

      Sewaktu Umno/Bn mentadbir penang kenapa kebajikan melayu diabaikan.

      Jika di Kedah Pas /PR telah berjaya melaksanakan kebajikan kepada semua rakyat marhaen melalui skim ‘Kafalah’ jauh lebih advance dari pentadbiran BN.

      Di Selangor program ‘air free’ diteruskan ..bukalah mata dan minda anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: