Erma Fatima Berbelanja Bersihkan Usus


Erma fatima

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 45, berkata, dia telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian.

“Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut.

“Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal,” katanya.

Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali.

“Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita,” ujarnya.

Pembersihan kolon atau dikenal dengan “Colon Hydrotherapy” adalah terapi alternatif untuk membersihkan sisa-sisa toksin atau racun daripada saluran pencernaan.

Hal ini adalah kerana toksin yang berasal daripada saluran pencernaan dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Pembersihan tersebut boleh dilakukan berdasarkan indikasi tertentu, seperti proses ‘kolonoskopi’ yang akan dilakukan oleh doktor atau tenaga perawat terlatih.

Selain itu, beritahu Erma, dia juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setahun sekali.

Dalam pada itu, Erma menyifatkan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menjadi lebih peka dalam penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila dia seorang perokok sejak tahun 1988.

“Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu.

“Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok.

“Tidak kiralah apa-apa situasi sekalipun, kita perlu jaga kesihatan kita sebaik mungkin. Mencegah lebih baik daripada merawat,” tuturnya.

Mstar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: