Tag Archives: umno/Apco

Siapa Yang Membuat Rosmah Mansor ‘Lena Di Ulik Intan’ ?


Rosmah boleh tidur lena..

Sempat ‘tarik nafas’ untuk beberapa ketika..

Boleh kembali aktif main badminton laa kot..

Ada ‘Lembu Dogol’ tolong cover sementara…

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.

Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.

“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.

“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.

“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Rosmah boros

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard merujuk kepada beberapa isu kontroversi yang melibatkan Rosmah seperti isu cincin berlian RM24.45 juta, beg tangan RM361,259, penginapan di Hotel Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam, lawatan rasmi ke luar negara 2008-2011 RM17 juta dan pelbagai keborosan lagi seolah-olah dilupakan oleh rakyat dan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

“Justeru itu saya minta kepada kepimpinan Pakatan agar tidak melupakan isu yang bersangkut paut dengan Rosmah sebaliknya perlu terus dimainkan agar rakyat sedar keborosan beliau.

“Saya juga pelik kenapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih tidak mahu menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan menteri.

“Ia memberi isyarat seolah-olah lagi lama beliau biarkan Shahrizat bertahan dalam kabinet maka lagi lamalah Pakatan akan habiskan masa menyerang Shahrizat.

“Ini secara tidak sengaja akan memberikan “perlindungan” kepada Rosmah dan beliau sendiri dan segala isu yang berkaitan dengan Rosmah dan beliau sebelum ini akan sejuk, “cool down”.

Seterusnya situasi ini akan memberi kelebihan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi tanpa sebarang tekanan”, jelas Chegu Bard.

Chegu Bard berkata selain daripada terus memainkan isu NFC yang jelas memberi kelebihan kepada Pakatan, isu Rosmah tidak harus dilupakan untuk mengekalkan momentum rakyat yang sudah mula muak dengan karenah boros Rosmah.

zefri dahalan

‘Angry Birds’ Edisi Malaysia Sudah Datang


Jangan biarkan hak anda dicuri 

Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini mencontohi semangat juang burung-burung yang menentang pencuri dalam permainan Angry Birds.

Dalam satu kenyataan sempena ulangtahun kedua Angry Birds, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan menyifatkan Angry Birds sebagai permainan yang mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman.

“Slogan ‘Jangan Curi !!’ dalam permainan itu adalah simbol kemarahan rakyat terhadap empat pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia.

“Ianya adalah penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum, penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka, keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS dan kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara”, katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarah Institut Polisi Studi dewan itu, Mohd Syahir Sulaiman pula berkata, rakyat negara ini wajar mengambil semangat sama demi menentang budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin negara.

Angry Birds katanya memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak dengan semangat yang ditunjukkan secara kreatif dan penuh tekad berusaha untuk mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri.

“Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung.

“Ini mengajar kita tiga perkara iaitu; rakyat perlu bangkit menentang kezaliman, pencuri akan ditentang dan pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah”,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ‘Angry Birds’ adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.

Hd.

Video Kisah Benar: Mamak Penang Makan TAIK !


Kisah berlaku di Pulau Pinang oleh sekumpulan mamak yang mengaku melayu Umno
.
HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantar kek seakan “tahi manusia” ke bangunan kerajaan negeri semalam, .
.

BUSUK, kontrol hensem bergambar bersama TAIK
.
Biasanya budak belum mumayiz atau orang tua nyanyuk yang suka main dengan taik ni. Dari segi paras rupa dengan kedut dan janggut putih memang sah orang-orang tua nyanyuk ni dari kumpulan United Malays No Otak.
.
Tambah melengkapkan sifat nyanyuk mereka, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.
.
Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka! Hancus!
.

.

Masa kecik-kecik dulu ReJaM© pernah baca buku seorang sasterawan negara, Datuk Shahnon Ahmad yang berjudul “Shit”. Masa tu ReJaM© tak paham kenapa sasterawan negara ini menyamakan Umno dengan Taik?
.
Tapi sekarang dah faham dah. Mereka memang suka taik, malah sanggup makan taik.
.

.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/jijik-akhirnya-kek-tahi-itu-mereka.html#ixzz1fzsRbM5U

Terkini: ‘Juhi Chawla’ Terpaksa Membawa Diri


Hahaha..itu cerita aktres bollywood yang dah lama tak berlakon laa

Ramai orang suka tengok pelem hindustan apa ?..sehingga kerajaan Melaka boleh bagi gelaran Datuk bro..hahaha

Al kisah terkini laki pelakon seksi meksi ulang lagi kenyataan beliau menyeru Ketua Wanita Umno letak jawatan, ini dah masuk kali kedua bro..Bung Moktar tak percaya pada statement polis ke ? ini bukan main main, ini betul punya cerita..serius bro !

Itu laa aku dah cakap tak perlu selak selak kain laa makcik ijat..Puak puak lelaki dalam Umno sendiri yang duk tibai sekarang ni. Apa hal nak salahkan MP Zuraida, ini dari dalam Umno sendiri, bukan kerja orang luar.

Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.

Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”

“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.

Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.

Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.

“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)… disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.

Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.

Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

tmi

Umno Pun Tiru Pas Nak Guna Bai’ah Jugak ?


Kalu Ketua Bahagian Umno dah lama bertapak dan dah banyak habis duit mau ka dia bagi orang lain jadi calon pilihanraya ?

Jangan sembang la bro..banyak kes makan kawan dah berlaku dalam Umno.

Ada ke orang nak sokong cadangan sorang perwakilan ni..

Kan dah cantas mencantas tuu menjadi ‘budaya’ dalam Umno..

Ha..itu laa hari tuu bukan main lagi memperolok olokan Pas mengenai baia’h..sekarang dah nak tiru Pas..hahaha

Hangpa baca laa apa yang sorang perwakilan tuu duk buat lawak mengenai perjuangan berlandaskan al Quran dan al Sunnah...hahahaha

Halang Hudud dan guna  APCO pun kira ikut sunnah jugak kot…hahaha

Tibai Royalti Kelantan pun kira ikut Sunnah ka?

Bang…ajak anak bini tutup aurat bagi elok dulu laa baru kita sembang bab ikut Sunnah..OK !

Perwakilan dicadang sumpah bai’ah tak sabotaj calon..mKini

Dakwaan sumpah Bai’ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai’ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh ‘pengkhianat’ dalam pilihan raya umum.

Bahkan, katanya, bai’ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

“Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai’ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

“Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju,” katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: “Setuju”.

“Pembangkang membuat bai’ah juga,” tambahnya.

Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

18SG: Wanita Umno Akui Tak Tahan Busuk Bila Shahrizat ‘Buka Kain’


Hahahaha..’kerana Umno sudah busuk,busuknya sudah sampai ke usus’ bukan aku kata,itu Tun M yang kata.

Patutlah semalam wartawan nak interview mak cik shahrizat ni ‘geleng geleng kepala’.

Apesal nak salahkan ‘pembangkang’ pulak…pakai akai laa sikit

PKR hanya dedahkan hasil laporan Ketua Audit Negara…hahahaha..Ada kemungkinan Ketua Audit Negara BOHONG ke ? dalam laporan audit negara..kalu kata hangpa macam orang tak sekolah, nak pulak …hahahaha

Sekarang siapa yang sendiri selak kain bro…kantoi

Nah …kan dah cakap makcik kain merah pun dah naik gelabah nak jawab isu ini..

Mak Cik Shahrizat tak payah laa selak selak kain..lagi baik tambah kain tudung tuu jangan duk biar tersembul jambul macam bik mama tuu…hahahaha

NFC: Pertahan Shahrizat tapi mahu penjelasan

Walaupun Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dikaitkan dengan isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) beberapa perwakilan Umno yang ditemui hari ini mempertahankan beliau tetapi menggesa beliau memberi penjelasan berhubung kontroversi itu.

Perwakilan Pahang, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mengadu kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi menghadapi masalah untuk menerangkan isu yang melibatkan pemimpin parti.

“Tolong pemimpin teratas jangan buat kontroversi, kami di bawah susah nak jawab, yang terakhirnya NFC.

“Tolonglah presiden pastikan kemenangan untuk kita,” kata Wan Amizan ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Beberapa perwakilan yang ditemui Malaysiakini turut bimbang dengan timbul isu ini.

Mereka bimbang ia membuatkan ada di kalangan akar umbi yang “percaya” dengan tohmahan yang dimainkan oleh pembangkang itu.

“Walaupun ianya tohmahan, ia juga akan menjejaskan parti. Ada akar umbi tetap akan percaya,” kata perwakilan Kota Raja, Misnan Ahmad.

Bahkan beliau juga mempercayai isu tersebut bagus didedah sebelum pilihan raya, kerana membolehkan pihak berkuasa menyiasat.

“(Bahkan) Umno juga tidak pernah melindungi pemimpin tidak betul,” katanya sambil menegaskan ianya tidak menjejaskan peluang Shahrizat sebagai calon boleh menang.

Perkara yang sama juga, dikongsi bersama oleh setiausaha Umno bahagian Telok Intan Yahaya Hasan yang mengakui akan ada di kalangan akar umbi yang mempercayai tohmahan pembangkang itu.

Sehubungan itu, kedua-dua perwakilan  mencadangkan supaya Shahrizat mengadakan majlis penerangan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kontorversi yang dikaitkan dengan beliau.

“Jelaskan di media tidak cukup, kena turun padang, mengerah jentera penerangan (Wanita) menerangkan perkara (sebenar yang berlaku),” kata Yahaya sambil menegaskan ia tidak menjejaskan Shahrizat.

mKini

%d bloggers like this: