Monthly Archives: October 2010

PM Kena Chicken Pox?


PM diminta rehat ekoran tanda-tanda awal cacar

October 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri (gambar) mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respons yang baik,” katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

“Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan,” kata Jalaludin.

bernama.M.i

Tim.Presiden PKR.Azmin Pula dahului Zaid


Azmin dahului Zaid, Mustaffa saingan timbalan presiden PKR

TERKINI @ 11:20:17 PM 31-10-2010
Oleh G Manimaran
October 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Naib Presiden Azmin Ali kelihatan mula mengatasi saingan pada hari ketiga pengundian pemilihan pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung hari ini.

Setakat pukul 9 malam tadi, sementara keputusan enam cabang belum diketahui, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dikatakan sudah mendahului saingan dengan kelebihan 529 undi.

Azmin, yang menerima pencalonan terbanyak sebelum ini, mengumpulkan 2,661 undi berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang menerima 2,132 undi manakala seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub mendapat 958 undi.

Undi itu mengambil kira kedudukan semasa dan kelmarin.

Pada hari ketiga hari ini, Azmin memperoleh 1,133 undi ketika keputusan enam cabang belum diperoleh manakala Zaid pula menerima 626 undi dan Mustaffa pula 322 undi.

Sebelum ini, aliran undi yang diperoleh tiga calon berkenaan kelihatan bercampur-campur seperti yang disaksikan pada hari kedua pengundian semalam.

Terdahulu, berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi yang diterima setakat 7 petang tadi, kedua-dua Azmin dan Mustaffa kelihatan memperoleh jumlah undi terbanyak di tiga cabang manakala Zaid menguasai empat cabang.

Zaid juga memperoleh undi terbanyak di Negeri Sembilan, yang menyaksikan dua cabang mengadakan pengundian hari ini.

“Setakat ini pengundian masih bercampur-campur seperti yang disaksikan semalam… mungkin kerana jumlah negeri yang mengadakan pengundian adalah banyak dan negeri-negeri besar,” kata seorang pemimpin yang mengikuti proses pengundian kepada The Malaysian Insider.

Setakat semalam, Zaid dikatakan mendahului Azmin dan Mustaffa tetapi persaingan sengit dilihat membabitkan Zaid dan Azmin.

Keputusan tidak rasmi diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan Zaid telah mengumpulkan 1,552 undi manakala Azmin pula 1,509 dan Mustaffa 636 — jumlah undi sepanjang dua hari pertama pengundian pemilihan pusat dilangsungkan.

Ini kali pertama PKR mengadakan sistem pemilihan secara langsung membolehkan kaedah satu ahli satu undi digunakan.

Pun begitu, Azmin memperoleh undi terbanyak semalam iaitu 1,008 berbanding Zaid 974 manakala Mustaffa 572.

Pada hari pertama kelmarin, Zaid menerima 577 undi, Azmin 374 dan Mustaffa 61.

Bagi kerusi naib presiden, empat calon yang memperoleh undi terbanyak pada hari pertama masih berada di depan dalam saingan membabitkan seramai 17 calon.

Mereka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi PKR Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

Setakat semalam 41 cabang telah mengadakan pengundian manakala 27 cabang lagi hari ini.

Tiga cabang di Melaka iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu, dua di Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) dan enam di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.

Pulau Pinang dan Melaka memulakan tirai pengundian hari ini.

Sejumlah lapan cabang di Perak iaitu Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar terlibat dalam pengundian hari ini.

Sembilan cabang di Perak telah menyelesaikan pengundian mereka semalam.

Pahang juga menyambung pengundian hari ini dengan cabang yang terbabit ialah Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

 

Pusat pengundian Parti Keadilan Rakyat bagi cabang Paya Besar, Pahang disediakan untuk pemilihan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat parti itu hari ini. Secara purata peratusan keluar mengundi masih kecil. – Foto Bernama

Ringkasan keputusan yang diperolehi:

Ipoh Timor: Timbalan Presiden (Azmin, 50; Zaid, 14; Mustaffa, 2)

Kuala Kangsar: Timbalan Presiden (Mustaffa, 48, Azmin, 13; Zaid, 12)

Kampar: Timbalan Presiden (Mustaffa, 22, Azmin, 21; Zaid, 16)

Beruas: Timbalan Presiden (Azmin, 173, Zaid, 14; Mustaffa, 4)

Bagan: Timbalan Presiden (Azmin, 9; Zaid, 6; Mustaffa, 4)

Batu Kawan: Timbalan Presiden (Zaid, 94; Azmin, 59; Mustaffa, 9)

Temerloh: Timbalan Presiden (Zaid, 25; Azmin, 24; Mustaffa, 0)

Rompin: Timbalan Presiden (Zaid, 55; Azmin, 19; Mustaffa, 2)

Tampin: Timbalan Presiden (Zaid, 115; Azmin, 6: Mustaffa, 2)

Ipoh Barat: Timbalan Presiden (Mustaffa, 40, Zaid, 14; Azmin, 9)

Permatang Pauh: Timbalan Presiden (Azmin, 211; Zaid, 58; Mustaffa, 11)

Tambun: Timbalan Presiden (Mustaffa, 11; Azmin, 33; Zaid, 10);
Naib Presiden (Nurul Izzah, 120; Tian Chua, 118; Gobalakrishnan, 116; Yahya, 96)

Maran: Timbalan Presiden (Zaid, 24; Azmin, 4; Mustaffa, 1)

Rembau: Timbalan Presiden (Zaid, 49; Azmin, 7; Mustaffa, 4);
Naib Presiden (Nurul Izzah, 44; Fuziah, 39; Jonson, 30; Tian Chua, 14); Ketua AMK (Badrul Hisham, 39; Shamsul, 0)

Kepala Batas: Timbalan Presiden (Zaid, 56; Azmin, 38)

Alor Gajah: Timbalan Presiden (Zaid 104; Azmin, 93; Mustaffa, 33)

Batu Sapi: ‘Battle Of Super Sunday’


Hakka Mui, Hakka Taiko bergelut pikat pengundi 

2010/10/31

SANDAKAN: Persaingan untuk memikat hati 9,737 pengundi Cina, yang merupakan 38.06 peratus daripada keseluruhan 25,582 pengundi pada pilihan raya kecil bagi Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, amat sengit hari ini apabila ketiga-tiga calon turun padang untuk menemui orang ramai.

Dalam persaingan yang disebut oleh banyak pihak sebagai ‘Battle of Super Sunday’ itu, setiap calon cuba memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk menemui sebanyak mungkin pengundi, terutama di kawasan majoriti kaum Cina.
Kebanyakan penduduk Cina di kawasan ini terdiri daripada mereka yang bertutur dalam dialek Hakka, Kantonis dan Hokkien.

Kumpulan yang menggunakan dialek Hokkien kebanyakannya tinggal di kawasan Karamunting, Kantonis di Bandar Ramai-ramai, Kampung Pukat, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung, manakala Hakka pula di Taman Mawar.
Pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen Thau Lin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Oleh kerana Yong dan Tsen adalah daripada suku Hakka, maka tidak hairanlah banyak pihak menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai medan pertempuran antara ‘Hakka Mui’ dan ‘Hakka Taiko’.

Bagi orang Cina, ‘Mui’ bererti kakak, manakala ‘Taiko’ bermaksud abang sulung.

bernama.

Galas: Adik Perempuan Beng Hock di Tahan


Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota “Malaysians for Beng Hock” itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

mk.M.i

GUA MUSANG, Oct 31 — Teoh Lee Lan, sister of the late Teoh Beng Hock was arrested today while distributing leaflets on her brother’s death.

Lee Lan (picture) was taken to the Gua Musang police district headquarters together with Beng Hock’s brother-in-law Soh Cher Hai and two other members of Malaysians for Beng Hock, Ng Yap Hwa and Toh Chin Hong.

The group arrived in Gua Musang yesterday to lobby for the formation of a royal commission of enquiry to investigate the death of the political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah.

The 30-year-old Teoh was found dead on the 5th floor of Plaza Masalam last year after he was interrogated overnight in connection with suspected abuse of state funds by Selangor lawmakers. An inquest into his death will resume on November 4.

Yesterday Soh claimed that he was assaulted by an MCA supporter while trying to meet Women, Family and Community Development Deputy Minister Datuk Heng Seai Kie.

Heng however dismissed the allegations and had asked the group to keep the Beng Hock case out of the Galas campaign.

Suspek Wanita Yaman Kirim Bom


di kesan dari pnerbangan UPS di airport philadelphia

polis dubai menjumpai katrij mengandungi bom dalam pesawat dari Yaman

bom yang dipasang dalam printer

Wanita ditahan berhubung kiriman bungkusan bom dari Yaman 

2010/10/31

SANAA: Pasukan keselamatan Yaman semalam menahan seorang wanita dipercayai mengirim bungkusan mengandungi bom untuk dihantar di Amerika Syarikat sehingga menyaksikan seluruh dunia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kemungkinan serangan pengganas.

Ia adalah penahanan pertama berhubung kes itu apabila dua bungkusan dikesan mengandungi bom.

Kedua-dua bungkusan dikirim dari Yaman dan dialamatkan ke Chicago sebelum dipintas oleh pihak keselamatan lapangan terbang di Britain dan Dubai, kelmarin. Pegawai keselamatan berkata, wanita berkenaan dikesan menerusi nombor telefon yang ditinggalkan kepada syarikat pengirim kargo.

Wanita itu mendakwa dia seorang penuntut perubatan di Sanaa University dan dipercayai berusia lingkungan 20-an.

Dia ditahan di sebuah kawasan kediaman miskin di barat ibu negara Yaman, Sanaa.

reuters.

latest update
suspek di bebaskan

2010/11/01

SANAA: Pihak berkuasa Yaman semalam membebaskan suspek wanita yang dikaitkan dengan kiriman dua bungkusan mengandungi bom yang dijumpai di dalam pesawat Amerika Syarikat.

Ini kerana siasatan pihak polis Yaman mendapati wanita yang juga seorang pelajar perubatan itu menjadi mangsa apabila identitinya digunakan orang lain.

Kerajaan, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia diletakkan dalam amaran berjaga-jaga selepas bom berkenaan dipintas di Dubai dan Britain, pada Jumaat lalu. Polis Yaman menahan pelajar perubatan berkenaan yang dipercayai berusia 20-an, kelmarin selepas mengesannya menerusi nombor telefon yang ditinggalkan di syarikat kargo.

Namun apabila ejen perkalan dipanggil untuk mengenal pasti suspek berkenaan, ejen berkenaan mengakui wanita itu bukan orang sebenar, kata pegawai Yaman.

“Justeru, pihak berkuasa menyimpulkan bahawa ini adalah kes mencuri identiti oleh individu yang mengetahui nama penuh suspek wanita ini, termasuk alamat dan nombor telefonnya,” katanya.

Sementara itu, berpuluh penuntut berkumpul di pekarangan Fakulti Kejuruteraan di Universiti Sanaa yang mahu penuntut wanita berkenaan dibebaskan.

Reuters.

Rahsia Subur dan Gebu


Maizawati menunggu kelahiran anak ke 7

KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.

Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki.

Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan.

“Saya cuma mengamalkan berpantang. Saya yakin dengan kebaikan amalan tradisional itu selepas mendengarnya daripada ibu saudara. Proses berpantang membuang darah kotor dan wanita yang melahirkan anak beruntung kerana susah hendak diserang penyakit kronik.

“Ketika berpantang, saya memakan makanan yang boleh memanaskan badan dan makan jamu serbuk kerana percaya kesan pemulihan lepas bersalin lebih cepat. Sepanjang berpantang, saya banyakkan minum air akar kayu walaupun ia pahit. Saya berpantang selama setahun tidak minum ais dan minuman berkarbonat,” katanya.

Dia yang kini menjalankan perniagaan Madu Herba Maiza — produk kesihatan dengan campuran habbatussauda — turut memasukkan madu sebagai amalan pemakanan harian.

“Saya turut amalkan meminum madu setiap pagi dan malam bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh dan awet muda,” katanya yang berminat menceburi bidang lakonan jika tiada aral.

Model sambilan itu memaklumkan, dia dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan mengurangkan aktiviti harian bagi menjaga kehamilan disebabkan terlalu aktif dan banyak berdiri.

“Selepas disahkan hamil dan berlaku pendarahan, saya perlu mengurangkan aktiviti harian dan banyak berehat seperti dinasihatkan doktor. Alhamdulillah saya tidak mabuk, cuma berlaku pendarahan kerana terlalu aktif. Selepas ujian imbasan dilakukan, bayi dalam rahim aktif,” katanya.

Ternyata Maiza yang kini meniti hari bahagia bersama suami baru, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, bertuah kerana tidak perlu menunggu lama selepas akad nikah, sebaliknya ‘bunting pelamin’ dan dijangka menyambut kelahiran anak terbaru, Mei depan.

‘Kesuburannya’ yang bakal menimang cahaya mata ketujuh pada usia 35 tahun — sesuatu yang jarang dialami wanita moden hari ini — turut membuatkan ramai wanita di luar sana mengagumi dan tertanya-tanya rahsia awet mudanya.

“Tiada rahsia besar memiliki ramai anak. Tambahan pula, keluarga ibu mempunyai ramai adik beradik. Saya bersyukur kerana disahkan hamil dan menganggapnya sebagai rezeki Allah. Tidak sangka hamil dalam waktu terdekat ini kerana kami tidak merancang apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki dirinya hamil apabila lewat datang bulan sebelum melakukan ujian kehamilan di rumah.

Selepas ujian itu menunjukkan tanda positif, Maiza mendapatkan pengesahan doktor dan disahkan hamil dua bulan.

“Sebenarnya kalau difikirkan, saya takut hendak mengandung. Proses mengandung dan melahirkan anak masih segar di ingatan. Suami gembira dengan berita itu dan meminta saya banyak berehat. Dia mengambil berat makan minum serta melarang saya melakukan kerja berat,” katanya.

Maiza mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah, 13; Mohd Syarif Idayatullah, 12; Mohd Syakir Idayatullah, 9, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 3. Manakala dua lagi anak, Dania Sofea, 17, dan Danial Arif, 16, adalah hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya.

Model sambilan itu sebelum ini dikenali berikutan kesnya ditinggalkan bekas suami, bercerai dan kemudian dicemuh kerana berpasangan dengan lelaki lebih muda 12 tahun daripadanya.

Biarpun perkahwinan barunya mengundang pelbagai persepsi, Maiza berkata, dia tidak bimbang perbezaan usia kerana yakin Mohd Yassin mampu menjadi suami dan ayah kepada anaknya serta menjadi pelindung keluarga.

PETUA MAIZAWATI
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

Mm.

%d bloggers like this: