Category Archives: Dap

Transformasi Najib Jadikan 2 Orang Kuat Umno Masuk DAP !


Biar dicemuh biar caci maki..

Biar didustakan dengan sejuta fitnah, biar segala macam nista dilemparkan..

Transformasi Najib akhirnya menjadikan bekas orang kanan beliau menyertai DAP..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan veteran Umno Pahang, Aspan Alias sah menyertai DAP.

Penyertaan Ariff Sabri ke dalam DAP adalah satu tamparan besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana Ariff Sabri adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004.

Beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno, kata Ariff seperti dilaporkan FreeMalaysiaToday.

Bercakap lanjut, Ariff yang juga seorang kolumnis di FMT berkata DAP kini ‘lebih relevan’ buat orang Melayu berbanding Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas,” kata Ariff.

Tambahnya, perjuangan membela Melayu yang dijaja Umno tidak lagi meyakinkannya dan sebahagiannya berpunca daripada sikap tidak endah Umno terhadap gejala rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff.

Beliau juga menegaskan yang penyertaannya ke dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24998

‘Katak’ DAP Terbaru Terbongkar Pulak


Tahniah kerana berani mengaku..

Kerja kotor Bn terbongkar lagi..

Transformasi Najib Rosmah….terbarai lagi..hahaha

ADUN Bentayan mengaku ditawar habuan lompat parti

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Johor  Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran  sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah,  elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan, serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13).

Gwee berkata beliau telah menolak tawaran tersebut.

Menurut Gwee, lelaki itu yang dikenali sebagai Wee Pao Chin telah mengaturkan satu pertemuan dengan Najib di Putrajaya Isnin ini, dan sepatutnya disusuli dengan satu sidang media oleh Pengerusi BN itu.

Katanya, wang sebanyak RM150,000 akan disediakan oleh Putrajaya dan akan dibayar menerusi persatuan suku dianggotai bagi mengelak dikesan.

Gwee juga berkata, beliau ada dijanjikan dana tambahan lebih RM5,000 setiap bulan dan akan disediakan satu pejabat dan staf untuk menjaga kawasannya.

“Syaratnya ialah ‘anda mesti bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum akan datang untuk melawan calon DAP,” kata wakil rakyat berusia 44 tahun ini pada sidang media di sini hari ini.

Kerusi Bentayan terletak di bahagian Parlimen Bakri dan merupakan kubu kuat MCA sehingga 2008. Gwee telah menewaskan calon MCA Lee Chin Yong pada Mac 208 dengan majoriti 2,798 undi.

Ketika ditanya mengapa BN mahukan beliau sebagai calon di kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Gwee berkata, beliau diberitahu bahawa “pengurusan tertinggi telah ‘kau-tim’ (dengan hukuman digantung keahlian). MCA tidak akan meletakkan calon di Bentayan.” Gwee berkata beliau telah merakamkan perbualan itu semalam, yang berlangsung dalam Mandarin dan salinan transkrip turut diedarkan untuk menyokong dakwaannya.

Gwee, ahli DAP sejak 1990 berkata, beliau kecewa dengan tindakan menggantungnya selama enam bulan berhubung dakwaan salah guna kuasa tetapi tidak akan menerima tawaran BN.

“Saya masih orang DAP. Tawaran BN kepada saya tidak wajar. Itu sebab saya membuat pendedahan ini, untuk memberitahu BN bahawa bukan setiap Adun atau Ahli Parlimen DAP boleh dibeli. Saya mencintai DAP. DAP adalah parti saya,” katanya lagi.

fmt/tmi

Jihad Ramadhan Dengan Bakar Pejabat DAP, Ada Pahala Besar?


Agak agak hangpa mamat yang pi bakar pejabat DAP Penang tu dapat pahala besar ke tidak?
Boleh dikira sebagai amal kebajikan dan amal soleh ke tidak?
Atau pun sebagai jihad akbar kerana cuba merosakkan dan memusnahkan harta orang lain.
Sapa ada jawapan ..Cer habaq mai sat..hihihi
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang dibakar
Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar jam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Bomba datang kira-kira 15 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

“Sebiji botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama ada suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.

“Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan katanya, DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada wartawan.

Ahad lalu, ibupejabat DAP di Jalan Talipon ini dan pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, disimbah dengan cat.

NONEPintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.

“Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di Georgetown hari ini.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.

Sementara itu Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.

Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

mKini

Kontraktor Melayu Pulau Pinang Tibai MCA rasis


Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi.

g.manimaran

Budak Magnet Ada Kuasa Sembuh Penyakit?


IVAN STOILJKOVIC menunjukkan alat senaman pengangkat berat melekat pada tubuhnya.


Bahan logam boleh melekat pada tubuh Ivan

KOPRIVNICA, Croatia – Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya.

Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang.

Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor.

Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya.

Agensi

Islam Tetap Agama Rasmi Persekutuan: DAP


DAP bertegas dan memperakui Islam agama rasmi Malaysia

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat.

“Saya ingin mengulangi pendirian DAP… kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia,” katanya kepada pemberita di Georgetown.

Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas.

Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung, Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Balik Pulau, dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani, di Georgetworn kira-kira pukul 2.30 petang.

Selain itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan.

mKini

%d bloggers like this: