Category Archives: PKR

‘Amanat’ Anwar: Ribuan Banjiri Ibu Kota Malam Ini (VIDEO)


‘Amanat’ Anwar: Ribuan banjiri ibu negara

Ribuan membanjiri Kampung Baru di ibu negara malam ini bagi mendengar ‘amanat terakhir’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum nasibnya ditentukan mahkamah esok.

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan  sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka — yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar  yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.

Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

“Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut “tidak mungkin berlaku” lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang “lawan tetap lawan”.

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua,  Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan “Bebas Anwar 901” esok.

Abdul Rahim Sabri mKini

Video Wanita Umno Masih ‘Ada Hati’ Kepada Anwar


Kalu tengok cerita dari blog blog pro Umno macamlah Anwar langsung tak dak harga..

Tetapi itulah budaya pembangkang di Kedah,Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor serta nyaris nyaris jadi pembangkang di N.Sembilan.

Jika dibuat analisa kembali kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan ‘pecah tradisi’ keturunan politik Umno, PM Najib Razak memulakan serangan yang kita lihat di TV3$ ,Tv1 RTM dan seangkatan dengannya menampakkan peluang Anwar untuk kembali ke kancah politik Malaysia adalah ‘ZERO’.

Sejarah telah mengukir kembalinya Anwar di Parlimen Permatang Pauh bukan alang kepalang, ketika Dr Wan Azizah memenanginya pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 13k lebih tetapi Anwar membuat kejutan dengan lebih dari 16k dalam pilihanraya kecil itu.

Banyak faktor lain lagi yang telah dibuat analisa oleh pemerhati politik Malaysia dan luar negeri. Salah satu sebab yang jarang dikupas oleh penganalisa tetapi adalah kenyataan untuk menjadi garis pengukur pemimpin yang sentiasa diserang disegenap sudut samada secara peribadi atau keluarga beliau dan sebagainya.

Siap cium tangan Datuk Seri lagi..

Kredit Untuk Video dari Blog Bro MM

manjongmari.blogspot.com

EXCO Kedah Pulak Terima Ugutan Bunuh!


Exco terima surat ugutan berisi peluru

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

Anggota Exco Kedah Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir
peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

“Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis ‘kepada Adun’ di
atas tangga.

Tidak puas hati

“Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Ghuzlan berkata nota itu antara lain mengandungi rasa tidak puas hati terhadap dua pembantu Lim yang menerima anugerah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini.

Pihak terbabit juga mengugut Lim agar tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ghuzlan.

Beliau berkata polis kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam penghantaran surat ugutan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di pejabat Adun berkenaan, katanya.

fmt

Masyaallah: Orang Ramai Bertali Arus Menziarahi Arwah Baharuddin


Al Fatihah

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

Hd

Anwar Ulangi Pendirian Sertai Himpunan Bersih


Umno cuba mengalih pandangan daripada isu ‘penipuan sistem pilihan raya bersih’ dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

“Saya akan ikut serta dalam perhimpunan nanti…..,” katanya ringkas selepas menyampaikan ucapannya dalam “Wacana Ekonomi ‘Integriti Penjawat Awam” di Dewan Hamzah disini hari ini.

Perhimpunan Bersih yang mendapat pelbagai tentangan parti politik lain sehingga berlakunya beberapa tangkapan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum ini diadakan serentak dengan himpunan Pemuda Umno dan Perkasa yang dirancang pada hari yang sama.

Menurut Anwar, Umno cuba mengalih pandangan daripada isu ‘penipuan sistem pilihan raya bersih’ dan mengaitkan soal pemberontakan terhadap Yang Dipertuan Agong.

Beliau berkata selain daripada isu itu, Umno mahupun kerajaan menggunakan alasan perhimpunan Bersih untuk menangkap pemimpin Pakatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ops Lalang?

“Sama ada perhimpunan ini akan menyamai Ops Lalang itu bukan perkara utama tetapi Umno tak jawab isu iaitu penipuan sistem pilihan raya. Maka mereka kaitkan perhimpunan Bersih ini dengan komunis, pemberontakan terhadap Agong dan timbul pula isu kristian membiayai perhimpunan ini.

“Kami minta izin dan laluan agar perhimpunan ini aman tapi kerajaan guna alasan Bersih untuk tangkap dan dera orang seperti yang berlaku kepada pimpinan PSM.

“Mereka reka alasan untuk tekan kebebasan,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada perhimpunan Bersih akan menyamai Ops Lalang yang berlaku pada 1987.

Menurut Anwar, jaminan diberi oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bahawa perhimpunan itu akan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Malah objektif utama Bersih agar pilihan raya adil dan bersih dijalankan akan tercapai dengan memorandum itu diserah dengan selamat kepada Agong.

“Penyerahan memo akan memberi kesan kepada tuntutan Bersih. Kita perlu bekerja keras untuk monitor pilihan raya diadakan secara bersih pada semua peringkat,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pemimpin gagal tunjuk contoh baik

Ditanya mengenai perbelanjaan penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang mencecah RM48 juta, Anwar menyifatkan pemimpin gagal menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Ujar Anwar, ketika rakyat sedang menghadapi tekanan ekonomi, pemimpin gagal mengambil sikap bersederhana.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof mengemukakan soalan mengenai kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kota Raja dan juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi kerja penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

“Sebanyak RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air,” katanya.

FMT

Video dan Dokumentari Tembelang Datuk T


KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus membuktikan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.

Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas yang mengemukakan bukti secara analisis dan memaparkan pelbagai keraguan dari video seks jahat yang didedahkan.

Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.

Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.

Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.

Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, yang digelar lelaki X, kelihatan samar-samar.

Selain itu, ia juga memaparkan pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh Lelaki X yang lebih besar, berperut boroi, berhidung mancung.

Dalam dokuemntari itu juga JOhari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman seks berkenaan, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.

Menjadi P Ramlee

Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee.

Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.

Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.

“Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee,” ujarnya dalam dokumentari itu.

Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar.

Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun.

Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok.

 Kd
%d bloggers like this: