Category Archives: Komputer dan Internet

Laman Mirip Facebook Ciptaan Budak 13 Tahun


MUKA surat Muhamad Yahya Harlan dalam laman salingsapa.com.


Budak ‘genius’ cipta laman mirip Facebook di Indonesia

BANDUNG – Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

“Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

“Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi,” kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai ‘mengklik’ komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

“Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan,” kata ibunya.

ksm/Agensi

Blackberry Termahal Akhirnya Kena Sensor


Dua minggu yang lalu,Indonesia mangharamkan penggunaan telepon Blackberry kerana penggunaannya tidak memerlukan akses sistem seperti lain lain telepon biasa.

Dengan demikian kebanyakkan penggunaannya lebih kepada web web porno.oleh itu Indonesia mengharamkan Blackberry dari memasuki negaranya.

Di Malaysia masih boleh menggunakan Blackberry kerana pak Menteri tebabit masih bisa mengekses sama siapa yang beliau suka.

Kompas melaporkan…

Blackberry termahal akhirnya kena sensor

JAKARTA, KOMPAS.com Sensor pornografi di layanan BlackBerry tak pandang bulu. Dari tipe handset lama dan paling murah sampai BlackBerry Torch terbaru dan termahal serta buat pengguna layanan BlackBerry Internet Servives (BIS) ataupun BlackBerry Enterprise Service (BES), semua kena sensor.

Mulai Kamis (20/1/2011) pagi sensor pornografi yang diterapkan Research in Motion (RIM) sudah diberlakukan untuk BlackBerry Torch, yang kini dijual di kisaran harga Rp 5 juta. Tipe handset lain sudah terkena blokir lebih dulu sejak Rabu. Hal ini karena penyaringan situs porno yang dilakukan RIM dan operator dilakukan bertahap.

Sebelumnya, pemerintah melalui Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring memberi batas sampai tanggal 21 Januari 2011 kepada RIM untuk menyensor internet BlackBerry. Jika tidak, layanan tersebut terancam ditutup. RIM kemudian meminta waktu 100 jam untuk melakukannya sejak berdialog dengan para pejabat Kementerian Kominfo, Senin lalu.

Belakangan, sesuai dengan hasil pembicaraan antara RIM, operator, dan pemerintah, penyensoran konten pornografi akhirnya memilih dengan teknik filtering menggunakan DNS Nawala yang digagas para penggiat internet sehat dan aman. Teknik penyaringan konten dengan menerapkan alamat domain name server (DNS) yang telah disediakan ini sebelumnya diterapkan di warnet-warnet dan disarankan kepada pengguna pribadi dengan didukung Asosiasi Warung Internet Indonesia (Awari), Telkom, dan Biznet.

Memang tak semua situs porno bisa diblokir. Masih ada saja yang lolos sensor. Meski demikian, situs web Nawala menyediakan formulir online bagi siapa saja yang akan memberitahukan situs yang seharusnya diblokir serta situs yang seharusnya tak terblokir, tetapi tidak dapat diakses.

Google Musnahkan Laptop



IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.

Walau komputer musnah tetapi data tidak hilang

LOS ANGELES – Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.

Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.

Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.

Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.

Seorang pengguna YouTube menulis komen: “OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba.”

Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama.

ksm/Agensi

Facebook Bagaikan Madu dan Racun


Trend komunikasi terbaru terkadang membawa padah

FACEBOOK kini menjadi fenomena serta trend komunikasi terbaru bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas pelajar Universiti Harvard, ia muncul sebagai rangkaian sosial cukup inovatif serta begitu interaktif membenarkan sesiapa saja berkomunikasi dengan rakan dan bertukar maklumat, pandangan, kritikan dan sebagainya.

Zuckerberg kini muncul sebagai antara manusia terkaya serta cukup berpengaruh di dunia.

Setakat 2009 saja, jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial itu meningkat kepada lebih 250 juta orang, menjadikannya model perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki News Corporation.

Peningkatan kepada lebih suku bilion pengguna ini bukan saja sebagai petunjuk angka yang mengagumkan, tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang dilakukan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di negara kita yang turut merasai tempias fenomena ini.
Namun, apa yang menyedihkan dan menakutkan ialah budaya ‘berfacebook’ yang begitu rancak ketika ini boleh dianggap bagaikan madu dan racun iaitu jika digunakan secara betul akan memberi manfaat besar kepada pengguna dan masyarakat keseluruhannya.
Jika disalahgunakan akan memberi musibah serius kepada seseorang sehingga boleh memberi impak negatif kepada pembangunan serta pembinaan anggota dalam masyarakat dan generasi muda, kelompok terbesar di dalam rangkaian komunikasi maya ini.

Dulu konflik keluarga atau kes perceraian sering berlaku akibat isu kecil seperti kesan gincu di baju suami, salah faham suami isteri, campur tangan keluarga kedua-dua pihak atau impak lebih besar seperti SMS, e-mel dan sebagainya. Namun, dalam satu kajian terbaru di Barat yang boleh dijadikan panduan kita menunjukkan masalah itu kini turut disumbangkan oleh laman sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sosial di samping beberapa punca tradisional lain. Malah, kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Situasi ini mungkin akan berlaku dan tidak jauh bezanya dengan pasangan di negara kita jika penggunaan laman sosial seperti Facebook dan medium komunikasi lain tidak diberi perhatian serius dan dipantau sewajarnya. Bibit-bibit berkenaan mungkin sudah berlaku di negara kita, cuma mungkin belum parah atau dilaporkan kepada media massa.

Apa yang sangat mengejutkan dilaporkan bahawa antara bahan digunakan ketika berkomunikasi adalah lambakan mesej yang tidak berfaedah atau bernada lucah dan gambar seksi yang menggoda di Facebook.

Ini mungkin untuk perhatian pengunjung supaya bertandang ke Facebook masing-masing. Aktiviti ini amat tidak beretika dan perlu dipantau agar tidak disalahgunakan. Tambahan pula kewujudan laman web itu juga didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam AS mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian di mahkamah.

Selanjutnya, menurut kajian berkenaan, penyumbang kedua terbesar adalah laman sosial MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus) serta selebihnya laman sosial lain.

Tahun lalu sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. Menurut laman web Divorce-Online, kebanyakan pengguna laman sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Realiti ini sangat bahaya dan oleh itu, pengguna Facebook perlu berhati-hati, beradab dan bertanggungjawab menggunanya.

Secara positifnya, di samping Facebook, Friendster, MySpace dan sebagainya kini turut menjadi medium yang popular, berkesan, mudah dan menarik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa saja di seluruh dunia.

Justeru, melihat kepada potensi besar kepada Islam dan dakwah serta tarbiyah, pemimpin Islam dan gerakan Islam disaran menyertai laman sosial ini sebagai satu cara menarik generasi muda umpamanya mendekati dan memahami agama Islam secara holistik.

Dengan laman paling digemari golongan muda, Facebook dan laman sosial lain boleh dijadikan portal untuk membimbing, memandu dan memperbetulkan kepincangan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang kian menjadi-jadi ketika ini.

Umumnya umat Islam tidak dihalang menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dengan rakan dan melakukan kerja berfaedah misalnya, tetapi perlu ditegaskan bahawa untuk bergosip, bermain cinta dan menyebarkan fitnah serta berkelakuan tidak beradab adalah dilarang.

Semua lapisan masyarakat Islam, terutama golongan ulama, pendakwah, pemimpin politik, pendidik, pemimpin pelajar dan lain-lain perlu memastikan agar budaya berfacebook tidak disalahgunakan, malah mengaplikasikannya sebagai medium memastikan masyarakat benar-benar memahami Islam secara syumul dan komprehensif di samping menjadi medan rujukan dalam segala hal.

Cabaran dan agenda terbesar umat Islam hari ini dalam berdakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam adalah bagi memastikan mereka memahami perspektif Islam secara tepat, efektif dan sebagai prasyarat misi memperbetulkan prasangka buruk masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Persepsi negatif dan anggapan buruk masyarakat bukan Islam perlu ditangani agar keadaan tidak menjadi lebih serius serta merugikan masa depan Islam dan ini boleh dilaksanakan melalui medium komunikasi maya seperti Facebook.

Penulis seorang peguam

mmtr

rm300,000.00 Lesap Di Internet Sebulan



BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. – Gambar hiasan

 


KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

FB Laman Paling Popular di Malaysia


Facebook laman sosial paling di minati di Malaysia

KUALA LUMPUR: Laman web sosial, Facebook, adalah laman web paling popular di Malaysia pada Oktober dengan lebih lapan juta rakyat Malaysia menggunakannya sebulan, menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA).

MDA, dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lalu, menyatakan blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati. “Blog dan forum mendapat perhatian pelayar online untuk tempoh yang lama dengan purata 13:38 minit untuk satu sesi. Ini lebih panjang daripada purata tempoh yang digunakan untuk kategori lain. “Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun,” katanya.

MDA berkata, laman web berita adalah kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari.

bernama

%d bloggers like this: