Category Archives: kesihatan

Erma Fatima Berbelanja Bersihkan Usus


Erma fatima

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 45, berkata, dia telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian.

“Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut.

“Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal,” katanya.

Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali.

“Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita,” ujarnya.

Pembersihan kolon atau dikenal dengan “Colon Hydrotherapy” adalah terapi alternatif untuk membersihkan sisa-sisa toksin atau racun daripada saluran pencernaan.

Hal ini adalah kerana toksin yang berasal daripada saluran pencernaan dapat menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Pembersihan tersebut boleh dilakukan berdasarkan indikasi tertentu, seperti proses ‘kolonoskopi’ yang akan dilakukan oleh doktor atau tenaga perawat terlatih.

Selain itu, beritahu Erma, dia juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setahun sekali.

Dalam pada itu, Erma menyifatkan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menjadi lebih peka dalam penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila dia seorang perokok sejak tahun 1988.

“Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu.

“Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok.

“Tidak kiralah apa-apa situasi sekalipun, kita perlu jaga kesihatan kita sebaik mungkin. Mencegah lebih baik daripada merawat,” tuturnya.

Mstar

Rahsia ‘Awet Muda’ Bro Haji Amy (Search)


Amy Search amalkan minyak zaitun untuk jantung sihat

TIDAK dimamah usia’, itu ungkapan yang biasa didengar apabila bertanya pendapat orang tentang penyanyi popular Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Amy Search (gambar).

Biarpun usianya sudah mencecah 53 tahun, penyanyi yang popular menerusi laguIsabella, Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur Nilam Sari, Kejoraku Bersatu danSeroja ini tetap tampak muda dan segak seperti dulu.

“Saya hanya mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang seperti makan nasi sekali sehari, lebih banyak minum air putih dan kurang makan manisan.

“Selain itu, saya selalu minum madu, minyak zaitun dan makan vitamin untuk menjaga kesihatan jantung dan badan.

“Selebihnya, saya hanya melakukan rutin biasa yang diamalkan oleh orang lain seperti mencuci muka dengan produk pencuci muka serta membuat senaman ringan.

“Kadangkala dengan mendukung dan bermain-main dengan anak sudah di kira menjadi salah satu aktiviti senaman saya,” ceritanya panjang lebar kepada OopStarz!

Begitu juga dengan zaman kegemilangan Amy seiring dengan perjalanan kumpulan Search yang tidak pudar kemilaunya.

Namanya dalam persada seni tempatan makin kukuh genap 30 tahun pada tahun ini dan sentiasa digilai peminat tanpa mengira batas usia.

Amy bukan sahaja menjadi bualan ramai dengan legasi muziknya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, malah penyanyi ini juga diangkat sebagai pelopor fesyen rock sejak kemunculan Search pada tahun 1981.

Jika dahulu Amy lebih dikenali dengan imej rambut panjang mengerbang tetapi kini rambutnya sudah dipotong pendek dan kemas.

Masih mengekalkan imej rock, Amy selesa dengan gaya rambut pendek lebih-lebih lagi jiwanya semakin menjurus ke arah Islam.

“Untuk pakaian, saya selesa mengenakan baju-t dan seluar jeans bersesuaian dengan gaya hidup saya sebagai seorang artis.

“Jika tidak terlibat dengan kerja, saya juga gemar memakai pakaian yang sederhana dan ringkas,” ujarnya dalam nada keletihan kerana sibuk dengan aktiviti seninya.

Amy sedang menjalani latihan untuk membuat ‘Konsert Fenomena 30 Tahun Search’ di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November ini, Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor Baru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Selain Amy sebagai vokalis, Search turut dianggotai oleh Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar utama) dan Yazit (dram).

Profil Amy Search

Nama sebenar: Suhaimi Abdul Rahman

Tarikh lahir: 28 Julai 1958

Asal: Johor Bahru, Johor

Karier: Penyanyi, pemuzik, pelakon,ahli perniagaan

Filem: Kembara Seniman Jalanan,Rozana Cinta ’87, Sayang, Kepala Angin,Fenomena, Isabella dan Rock

Lagu popular: Isabella, Isi Atau Kulit,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di UfukTimur, Gadisku, Pawana, Orang Timur,Nigina, Laila Namamu Teratas, Kejora,Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur NilamSari, Kejoraku Bersatu dan Seroja.

oleh Siti Azira

Pendedahan: Minyak Zaitun Mampu Kurangkan Risiko Angin Ahmar


Kajian terbaru mengenai buah buahan dari syurga

WASHINGTON: Warga tua yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka didapati kurang berdepan risiko serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Ia hasil penyelidikan terhadap lebih 7,000 penduduk Perancis yang disiarkan semalam di Amerika Syarikat.

Penyelidik dari Institut Penyeliikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis menjalankan kajian itu terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier untuk tempoh selama lima tahun.

Sepanjang tempoh kajian itu, hanya 148 daripada mereka diserang angin ahmar.

Kajian itu diasingkan kepada beberapa kumpulan berkaitan penggunaan mereka terhadap minyak zaitun – daripada mereka yang tidak mengambilnya langsung kepada mereka yang menggunakannya untuk menyapunya pada makanan, memasak dan membuat roti.

Penyelidik juga mengasingkan kumpulan itu berdasarkan berat badan, aktiviti fizikal dan amalan diet dengan mendapati kumpulan yang memakan minyak zaitun secara intensif hanya terdedah kepada 41 peratus serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak memakannya langsung.

Penemuan itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Akedemi Neurologi Amerika.

AFP

Gempar: Anak Taib Mahmud Kena Penyakit AIDs?


Sulaiman Rahman Taib dimana sekarang? : sarawak report

Ianya telah menjadi buah mulut kebanyakan orang di Sarawak sejak selama lebih setahun. Kini, kaum keluarga yang rapat dengannya telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa anak lelaki Ketua Menteri, Rahman Sulaiman, sedang mengalami jangkitan AIDS.

Seperti kebanyakan orang yang berfikiran waras kami juga berasa bersimpati terhadapnya dan kaum keluarganya. Seseorang yang waras pemikirannya juga, pada masa kini, tidak akan memandang ringan terhadap jangkitan ini sebagai suatu stigma, dan ramai orang dari pelbagai gaya dan cara hidup berusaha memerangi situasi ini

Namun, kewujudan ilmu sains perubatan moden dapat digunakan untuk menangani jangkitan dan serangan virus maut ini, dengan adanya perawatan yang betul, para pesakit akan dapat menjalani kehidupan normal tanpa risau akan kematian awal.

Namun, inilah suatu sebab yang jelas mengapa Rahman Sulaiman telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak dan tinggal di Britain, di mana pada suatu ketika dahulu kami berkesempatan mengambil gambarnya ketika dia sedang memasuki kediaman mewah bapanya. Ahli-ahli keluarganya telah menceritakan kepada kami bahawa Sulaiman sering mengalami tekanan dan berfikiran negatif terhadap keadaan dirinya, tetapi, sebenarnya, dengan kaedah perubatan serba moden, dia didapati sihat dan sejahtera.

Pada pendedahan yang kami buat suatu ketika dahulu di mana laman-laman Facebook Sulaiman memaparkan dia menikmati kehidupan yang sangat ceria, sambil menjelajah pusat-pusat luncur salji terkemuka di dunia. Dia telah mengumumkan bahawa dia sihat dan segar, sambil mengadu mengenai kritikan-kritikan mengenai dirinya kerana gagal ditemui atau tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Namun, bagaimanakah nasib para pengidap AIDS yang lain di Sarawak?

Namun, apa yang menjadi kerisauan bagi kami adalah skandal sebenar mengenai AIDS di bumi Sarawak dan Malaysia, keseluruhannya. Sebenarnya, terdapat beribu-ribu pengidap penyakit ini yang lainnya kurang berpengetahuan mengenai jangkitan ini, yang, sama ada diabaikan atau diberikan kaedah perawatan yang termurah dan lapuk.

Berdasarkan kajian kami, negara yang kaya dengan minyak ini sering memperuntukkan perbelanjaan yang paling kecil bagi menjaga kesihatan dan kebajikan para pengidap AIDS di kalangan penduduknya, berbanding dengan negara-negara Afrika yang, antaranya, termiskin di dunia ini.

Tanpa kita sedari, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, para doktor di Malaysia hanya dibenarkan memberikan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ubat mono-teraphy (agen tunggal) kepada kebanyakan pesakit mereka. Di seluruh dunia, rawatan sebegini dianggap sebagai tidak berkesan dan bersifat sub-standard. Namun, ianya berharga seminima RM20-30 untuk seorang pengidap sebulan, iaitu di bawah peruntukan perbelanjaan terkawal yang ditetapkan oleh kerajaan. Secara kontranya, negara Malawi dan Thailand yang tinggi paras kemiskinannya sedang berusaha memperuntukkan dana untuk mendapatkan ubatan jenis triple-therapy (yang juga dikenali sebagai ubatan “Highly Active Antiretroviral” atau HAART), yang terbukti lebih berkesan tetapi kos perubatannya adalah kira-kira RM320 sebulan, atau RM3840 seorang pengidap setahun .

Ianya di luar kemampuan orang-orang asal yang tinggal ti pedalaman Sarawak, dan mungkin di luar kemampuan ramai orang biasa di Sarawak (perangkaan 2008 menunjukkan terdapat lebih 50% mangsa HIV yang baru dijangkiti merupakan kaum surirumah) untuk mendapatkan perawatan HAART.

Jika perangkaan rasmi kes-kes HIV boleh diperolehi dengan mudah (walaupun para pakar yakin perangkaannya lebih tinggi), usaha memberikan perawatantriple therapy secara percuma, selamat dan berkesan kepada pengidap-pengidap di kalangan orang Sarawak, kosnya hanya melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM430,080 setahun. Jumlah ini jauh lebih murah berbanding membiayai sewa salah sebuah dari 27 buah helicopter yang diarahkan Ketua Menteri Taib Mahmud semasa pilihanraya kali ini! Sebenarnya, keuntungan RM1.2 billion yang diperolehi oleh bank UBG milik keluarga Taib setelah mereka menjualkan saham-saham mereka dalam RHB kepada KWSP dalam tahun 2007, mampu untuk membiayai program perawatan HIV di Sarawak dalam masa dua setengah ribu tahun lagi!

Adakah ahli-ahli politik BN menganggap kos rawatan pengidap AIDS sebagai suatu yang membazir wang kerajaan, dan menganggap kehilangan nyawa para pengidap itu jauh lebih murah? Adakah mereka yang telah menjadi kaya itu, dan dikira sebagai individu berjaya itu, bersikap kejam dengan menafikan peluang mendapatkan rawatan yang baik untuk orang yang senegeri dengan mereka – termasuk kawasan pilihanraya mereka sendiri?

Maka, tidak hairanlah bagi kita setelah kita mengetahui bahawa Rahman Sulaiman bin Abdul Taib telah meninggalkan Sarawak untuk ke UK bagi mendapatkan rawatan yang paling berkesan mampu dibayar dengan wang mereka sekeluarga. Namun, apa yang menyedihkan adalah, tidak seorangpun di kalangan ahli keluarga mereka yang kaya-raya itu telah membuktikan bahawa mereka mengambil berat mengenai pengidap-pengidap lain di Sarawak yang senasib dengan Rahman Sulaiman!

http://www.sarawakreport.org/ms/2011/04/skandal-mengenai-jangkitan-aids-di-sarawak/

Gempar: Bahan Kimia Punca Menopuas awal


Akibat PFC disekeliling rumah

Kajian menunjukkan bahan kimia yang dijumpai dalam rumah berkaitan dengan menopaus awal.

Wanita yang mempunyai tahap tertinggi bahan kimia dalam badan mereka akan melalui perubahan hormon lebih cepat berbanding wanita yang tahap bahan kimia rendah.

Penyelidik melaporkan, bahan kimia jenis pemfluoridaan atau PFC boleh ditemui di setiap persegi rumah.

Ia dihirup melalui debu atau wap, atau dimakan dalam makanan dan telah dikaitkan dengan barah tiroid, masalah sistem imun dan penyakit jantung.

Selain itu, ia juga dipercayai mampu bertindak sebagai pengganggu hormon estrogen dalam badan wanita.

Penyelidikan yang dilakukan terhadap 26,000 wanita di Amerika Syarikat mendapati, kebanyakan mereka yang melebihi umur 42 tahun didapati mempunyai tahap PFC tertinggi dalam badan dan mempunyai menopaus awal serta tahap konsentrasi hormon estrogen yang lebih rendah.

sinar

Gempar: Henpon Sebabkan Lelaki Mati Pucuk


PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan

Benarkah telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

GEORGE TOWN – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki. Continue reading

%d bloggers like this: