Monthly Archives: August 2011

Naik Hangat: Utuseks Kena ‘PAU’ RM5,000.00 Dengan Teresa KoK


Pernyataan berunsur fitnah Utusan adalah benar:  Hakim

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menolak permohonan Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) untuk mengenepikan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam saman fitnah yang difailkan syarikat akhbar itu terhadapnya.

Hakim Datuk John Louis O’hara pada penghakimannya juga memerintahkan UMMB untuk menjelaskan kos sebanyak RM5,000 kepada Teresa, 47, yang juga Setiausaha Kebangsaan DAP.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang difailkan oleh Teresa menerusi peguam Sangeet Kaur telah menimbulkan isu yang boleh dibicarakan.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili UMMB memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Saman tersebut difailkan atas dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah ‘memutar-belitkan’ pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) 1960 kerana disyaki memudaratkan keselamatan negara pada tahun 2008.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan fitnah Teresa itu dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.

UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut selain perintah injunksi, ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif.

mStar

Rais Yatim Bakal PM Malaysia


Rais Yatim ada harapan jadi Perdana Menteri

Singgah dirumah seorang kawan lama tadi yang kebetulan OKU , bukan orang kurang upaya laa tapi orang kuat Umno.Sengaja aku singgah untuk ziarah seorang kawan dari parti Umno kerana dah agak lama kami tak jumpak.Walau berlainan idealogi politik namun perhubungan sebagai sahabat sejak sekian lama tak pernah putus.Ada kala aku talipon kat dia bertanya khabar dan ada ketika dia talipon kat aku bertanya khabar jugak.Ya laa sempena hari raya a’idil fitri ni kita kunjung mengunjung, eratkan tali persaudaraan sesama muslimin.

Kena pulak malam ni baguih punya nasik arab dia hidangkan untuk aku , fuhhh sedap laa jugak aku katakan nasik arab cicah dengan kambing BHOR, ada dibuat sup dan masak kurma . Meleleh ayaq lioq laa jugak ..hahaha

Kawan aku ni dia suka isap rokok  brand dari over sea punya ,aku tak tau mana mai dia punya rokok tu, asap dia tak dak laa busuk macam curut atau rokok Surya seludup..hahaha.asap dia bau wangi saja..Baguh punya duk bersembang sambil pekena ‘teh mekah’ tapi mace in india..hahaha ..punya sedap dia duk balun Rosmah dan Najib yang laa ni sedang menjadi liabiti kepada Umno..dia kata sampai beg tangan , cincin, dan kisah kisah bomoh Rosmah dan ucapan hari kebesaran pun Rosmah menyibuk tak sudah sudah.

Aku kata kat dia mana aku tau semalam aku tak tengok Tv pun ucapan Rosmah tu..’hang penyokong pas mana mau tengok Tv 3 suku ‘ dia kata kat aku..lagi pun baguih laa Tv duk tolong pelingkup muka Rosmah dan Najib..kata dia. Apa pasai pulak yang hang duk hentam teruk sangat mengalahkan orang PKR duk kutuk Rosmah dan Najib aku kata.

Haaa ni ada satu cerita baik punya aku nak bagi tau kat hang. Hang tau dak sebelom menjelang Perhimpunan Angguk Umno hujung tahun ni ada kawan kita bagi tau Rais bakaq jambatan akan ganti Najib..

Huiisssh…biaq betui? mana hang dapat berita hot ni? aku tanya dia.Sat aku habaq kat hang ..kata dia.

Sumber dalama parti Umngok tengah panas cerita Muhyiddin,KJ,Zahid Hamidi and da geng tengah duk atoq nak perjatuh Najib laa ni.Kononnya depa nak buat kejutan dalam perhimpunan angguk Umno supaya Najib letak jawatan PM, Najib diberikan CUTI 1 tahun sehingga selesai PRU13.tapi Najib jugak ada strategi untuk masih lagi memegang jawatan Presiden Umno dan PM Malaysia.

Macam mana Najib buat tu? aku tanya..Kata dia..Najib tengah susun 1 program untuk melantik Rais yatim memangku jawatan PM, bukan jawatan PM diserahkan kepada Muhyiddin.Maka Rais Yatim secara tidak langsung akan jadi PM laa.Muhyiddin Yassin putih mata lagi laa teringin nak jadi PM.Manakala selepas PRU13 nanti jawatan PM akan dipegang semula oleh Najib.Itu pun kalu Bn masih lagi dapat undi untuk mentadbir Malaysia laa..hahaha

Patut pun laa ni aku tengok Rais Yatim bukan main sakan lagi duk cover Najib..hahaha

BN Tipu Pencipta Jalur Gemilang?


DOA…Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.

Iktiraf tanpa dikenang

JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.
“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.
Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.
“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.
Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.
Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.

mmetro

Tun Mahathir Belum Puas ‘Membelasah’ Anwar


Rakyat celik mengenai DEB

Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada manusia ini.  22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau.

Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau.

Tetapi sekarang, hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad membosankan rakyat. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi lebih arif mengenai DEB dan apa sahaja yang Mahathir katakan tidak akan mengubah fikiran mereka. Malah orang Melayu, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Sesetengah orang Melayu merasakan bahawa DEB harus kekal seperti yang sedia ada, manakala sejumlah yang sama merasakan bahawa ia perlu dirombak untuk membantu lebih banyak  orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya memanfaatkan orang Melayu yang kaya dan hartawan Cina yang ada kaitan dengan Mahathir sahaja.

Siapa syaitan?

Di mata Mahathir, Anwar masih syaitan  yang sibuk berdusta kepada rakyat bahawa DEB hanya memberi manfaat kepada kroni-kroni BN,  dan semua kontrak, permit kelulusan dan lesen yang diberikan di atas nama tindakan afirmatif tetap melibatkan rasuah. Beliau juga berkata, Anwar seolah-olah mengatakan bahawa DEB tidak memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera yang lain sama sekali, hanya golongan UMNO elit atau Umnoputra dan ‘rakan-rakan’ mereka sahaja.

Walaupun marah,  Mahathir harus akui yang Anwar juga betul, mungkin juga lebih betul daripadanya. Ramai pakar bersetuju DEB memberi manfaat kepada ramai orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Tetapi menurut Anwar, apabila seseorang membandingkan keseluruhan orang Melayiu dan penduduk Bumi, mereka yang mendapat manfaat adalah  sebahagian kecil sahaja.  Anwar sering memetik bahawa angka kerajaan menunjukkan bahawa 96 peratus rakyat termiskin di negara ini sebenarnya orang Melayu. DEB pula telah wujud sejak tahun 1971 atau selama 40 tahun. Bagaimana Mahathir, seorang doktor gagal untuk memahami perkara ini, ia cuma suatu perkiraan matematik yang mudah.

Hanya satu penjelasan yang ; Mahathir masih memusuhi bekas timbalannya itu, walaupun telah dipecat, diaibkan,dikeluarkan dari parti  dan dipenjara selama 6 tahun. Bagaimanakah permusuhan itu sangat teruk? Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan perasaan bersalah dipihak Mahathir kerana tuduhan liwat pada tahun 1998 adalah satu konspirasi.  Ternyata tidak luntur perasaan benci Mahathir terahadap Anwar malah bertambah kuat tahun demi tahun.

Orang bukan Bumiputra diketepikan

Dalam artikel terbaru beliau di blog chedet, Mahathir berkata bahawa sebahagian kanak-kanak Melayu dibantu dalam pendidikan dengan buku teks percuma dan makanan percuma. Sekolah-sekolah dibina di kawasan-kawasan terpencil di mana sebelum ini tidak terdapat sekolah-sekolah. Asrama dibina untuk anak-anak Bumiputera yang kebanyakannya orang Melayu dan lain-lain supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dan mampu untuk belajar dalam persekitaran yang lebih baik berbanding rumah-rumah mereka di kampung.

Tetapi dengan berbuat demikian, Mahathir juga mengakui bahawa dia telah meminggirkan golongan bukan Bumiputera dalam usaha untuk naikkan taraf hidup Bumiputera di negara ini. Mengapa? Adakah bukan Bumiputera tidak layak menerima bantuan kerajaan? Apa yang berlaku kepada bukan Bumiputera yang miskin yang juga memerlukan bantuan? Dan selama ini, BN dianggap telah cuba membangunkan negara untuk semua rakyat Malaysia, dan bukan untuk kaum Bumiputera sahaja.

Mahathir seterusnya mengatakan bahawa pendidikan pengajian tinggi kini  boleh diakses dengan penyediaan jumlah biasiswa yang besar. Hasil daripadanya,  banyak anak-anak keluarga miskin atau keluarga yang tidak mampu membayar yuran sekarang sudah memegang ijazah universiti dan menjadi golongan profesional. Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa jika sebelum ini hanya 5% daripada doktor di Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera, hari ini 40% daripada mereka yang dalam profesion tersebut adalah orang Melayu.

Jika ini benar, adakah DEB memberi manfaat kepada Bumiputera dengan mengenepikan Bukan Bumiputera? Adakah ini hasrat DEB ? Atau ia telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang tidak jujur? Ini semua persoalan  yang seringkali bermain di minda kita tetapi tiada jawapan telah diberikan oleh Mahathir. Dia hanya memberikan jawapan yang tidak lengkap dalam artikel terbaru beliau – sama ada menggunakan ketuanan Melayu sebagai sandaran atau sebagai asas untuk menyerang sasaran kegemaran beliau, seperti Anwar atau Lim dari DAP.

Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 85 tahun ini telah kehilangan peminatnya. Kini, beliau hanya mampu membangkitkan minat apabila dia menyokong retorik perkauman kumpulan pelampau Melayu seperti Perkasa. Dengan kecerdasan yang semakin tumpul dan keberanian beliau yang hanya ‘hantam kromo’ dengan memutarkan suatu  peristiwa atau isu tertentu dengan cara beliau yang tersendiri. Beliau kini menjadi penghibur rakyat Malaysia, dan bukannya berperanan sebagai penasihat juga negarawan yang berpengalaman untuk rakyat Malaysia mendapatkan ilham dalam kebuntuan. Kemungkinan besar, dia sendiri yang mencipta kebuntuan itu kata para pengkritik beliau. Inilah yang menarik minat terhadap dirinya- tahap kesinisan beliau.

Angka tidak dapat menipu, Mahathir pula sebaliknya

Satu lagi kenyataan yang dibuat  Mahathir untuk membuktikan keberkesanan DEB adalah saham Bumiputera dalam ‘aset korporat’. Kata beliau,  hari ini lebih daripada sepuluh setengah juta (10500000) orang Melayu dan Bumiputera memegang saham dalam unit amanah ini dengan jumlah pegangan yang bernilai seratus tiga puluh lima billion (135,000,000.000) ringgit. Ini adalah manfaat langsung daripada DEB. Unit amanah ini membentuk peratusan besar kekayaan korporat yang dipegang oleh Bumiputera, katanya.

“Felda juga telah dipelihara sehingga ia telah menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia. Peneroka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi manakala anak-anak mereka berpendidikan lebih baik. Semua ini adalah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mikro Kredit dilanjutkan kepada perusahaan desa yang kecil dan ini telah membantu puluhan ribu penduduk kampung Bumiputera, terutamanya wanita untuk bergiat dalam perniagaan.

Kini terdapat beribu-ribu usahawan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada pengimportan kereta terpakai dan baru, daripada menjadi ejen-ejen dan vendor untuk projek-projek kereta nasional dan juga dalam perniagaan minyak dan gas sebagai hasil daripada DEB.

Ada diantaranya telah berkembang besar, terdapat juga yang menjadi sangat besar, menjadi pengedar dan pemasang kereta, pemaju perumahan, fabrikasi keluli, pembina bot dan kapal, IT, pengangkutan, pelabuhan dan perkapalan, makanan dan pengeluar kosmetik dan banyak lagi perniagaan lain,” tulis Mahathir yang masih ghairah.

Jadi, terima kasih kepada DEB, bumiputera telah berjaya diluar jangkaan mereka.Tetapi mengapa mereka masih tertinggal jauh berbanding bukan Bumiputera yang telah berjuang tanpa bantuan kerajaan?

Dan siapa dapat menjelaskan mengapa bukan Bumiputera yang membentuk hanya 33 peratus daripada penduduk negara ini boleh berjaya memegang 82 peratus ekuiti korporat di Malaysia? Bagaimana pula 67 peratus daripada penduduk Malaysia – orang Melayu dan Bumiputera – hanya memegang 18 peratus ekuiti walaupun selepas 50 tahun tindakan afirmatif? Adakah betul angka ini? Atau adakah terdapat kesilapan besar dalam pengiraan sekali lagi?

Memalukan orang Melayu dan menikam orang bukan Melayu dari belakang

Hakikatnya, walaupun Mahathir mempunyai cita-cita murni untuk orang Melayu, usahanya telah gagal menaikkan taraf hidup kebanyakkan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini yang masih lagi ditakuk yang lama dan sukar untuk maju ke hadapan. Manakala sedikit golongan Melayu yang kaya tidak pula memikirkan untuk memajukan bangsa mereka sendiri malah cuba untuk tidak mengalirkan kekayaan mereka kepada majoriti masyarakat Melayu.

Ramai orang Melayu di negara ini benar-benar merasa terhina oleh Mahathir, yang masih terus memberitahu dunia bahawa orang Melayu adalah golongan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kita masih memerlukan tongkat untuk berjalan, kita masih kurang upaya dan memerlukan bantuan kerajaan dalam abad ke 21 ini. Dan yang peliknya golongan bukan Melayu masih diperbodohkan dengan mengundi BN selama ini, walaupun ditikam dari belakang. Jika anda ragu-ragu akan hal ini, tanyalah Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy – dua bekas menteri MCA dalam Kabinet BN dan cepatlah berbuat demikian sementara mereka masih bebas.

Mahathir juga memberitahu orang Melayu bahawa orang bukan Melayu di negara ini adalah Supermen ( ciptaan Bn) kerana mampu mengawal kekayaan dan kuasa di negara ini disebabkan memegang lebih daripada 82% daripada kekayaan negara. Melayu mesti berjaga-jaga, tidak terlalu mesra dengan mereka atau mereka akan dijatuhkan pula nanti.Siapa yang memecahkan kawasan majoriti Melayu?

Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?

edit dari MC

Nasib Baik Ada Kau “Lemang”


Pertahan diri guna lemang raya

KUALA LUMPUR: Seorang ahli jawatankuasa penduduk kampung di Hulu Klang terpaksa mempertahankan dirinya dengan sebatang lemang bagi mengelakkan terus dibelasah dua lelaki yang naik angin kerana ditegur mendirikan pondok tanpa kebenaran, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun terbabit bersama seorang rakannya mengadakan rondaan di kampung mereka dan mengesan sebuah pondok haram didirikan berdekatan kawasan surau.
Sumber berkata, mangsa menegur seorang lelaki yang dipercayai membina rangka pondok itu dengan memberitahu pembinaan pondok itu menyalahi undang-undang dan mengganggu penduduk kampung.

“Akibatnya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa dan mula maki hamun selain mendakwa kawasan berkenaan tanah kerajaan dan sesiapapun berhak ke atas tanah berkenaan.
“Perselisihan faham itu berlanjutan sehingga suspek menyerang mangsa dengan sebatang kayu,” katanya.
Beliau berkata, rakan mangsa yang ketakutan melarikan diri untuk meminta pertolongan penduduk kampung dan mangsa sempat menyambar sebatang lemang yang diletakkan atas para untuk dibakar bagi mempertahankan dirinya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas mangsa yang cedera di tulang rusuk dan pengsan di tempat kejadian.
Mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

mmetro

‘Thani Shabdu’ Selamat Hari Raya A’idil fitri


Selamat menyambut hari raya A’idil Fitri dari group godam dan balun Pena Kusisip Blog

ini hari kalu makan dan minum siang hari sudah ok.. hahaha, gerenti pak ostad pejabat agama tak akan tangkap punya.

dah tu dapat pahala pulak beb..

utamakan keselamatan diri dan keluarga anda, kalu nak travel jauh jauh check dulu kenderaan anda kot nanti radiator bocoq atau minyak itam kering pulak…kantoi lagi ditengah jalan.

Surat Khabar tamil pun dah cakap Najib sudah tersepit

Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata ‘terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

“Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri,” kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

“Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak,” tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

%d bloggers like this: