Category Archives: teknologi

Siapakah Anonymous Ancam Godam Laman WEB Kerajaan Khamis ini?


Satu kumpulan akan menyerang laman web kerajaan malaysia khamis ini

PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

51 laman Web Malaysia kena goddam..updated

Operation Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 50 laman web yang lain.

Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, jabatan bomba dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan perkhidmatan 41 laman web terganggu ekoran serangan sejak semalam.

“Pemantauan kami mengenai situasi menunjukkan tahap serangan menurun setakat pukul 4 pagi tadi,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun.

Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis “offline” di muka depan lamannya.

Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan “Dragon Force” dan lagu  “heavy metal” berjudul “Through The Fire And The Flames” dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web.

Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web  http:www.malaysia.gov.my.

Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.

Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.

Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah “Operation Malaysia” awal pagi ini.

Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia.

Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Dalam pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya.

tmi

Cara Jimatkan Minyak Petrol Kereta Anda


TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.


Cara jimatkan minyak petrol pada kenderaan

HELSINKI – Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel.

Agensi

Pelik Tapi Benar: Klinik Guna Rokok Rawat Kanser


SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.

Klinik guna rokok rawat penyakit kanser

JAKARTA – Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

“Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh,” katanya.

AFP

Panggilan Henpon Pertama 38 Tahun Lalu


MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975.

Sejarah panggilan telefon bimbit pertama di dunia

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

“Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

“Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit),” kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

“Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia,” katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).

ksm/Agensi

Nota: motorolla adalah antara syarikat pertama pengeluar dan memonopoli penggunaan telefon bimbit di Amerika Syarikat.

Terkini apple menguasai pasaran utama Amerika.

Kisah Benar: Iran Berjaya Cipta ‘Piring Terbang’


AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an.

Kejutan dari saintis Iran kepada dunia barat

TEHERAN – Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan. Continue reading

DRB-Hicom Dapat Kontrek Kereta Kebal RM6 Bilion


FNSS Pars 8×8 antara kereta perisai keluaran FNSS Savunma.

Peruntukan kedua terbesar selepas projek ‘Kapal Peronda’ baru TLDM.

Adakah Malaysia dalam keadaan begitu terdesak untuk membiayai peralatan tentera sehingga menambahkan lagi berbilion ringgit?

Adakah mana mana negara sedang mengancam keselamatan negara?

Atau adakah ini jugak akan dipersoalkan oleh ahli ahli politik sebagai satu lagi projek yang akan mengkayakan kroni?

Semoga projek ini tidak akan menjadi seperti kapal selam Scorpene yang tidak boleh menyelam dan jet pejuang F15 yang perlu dibuat ‘overhaule’ selama beberapa tahun supaya boleh terbang.

DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) guna kepakaran Turki

DRB-Hicom Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) dijangka ditawarkan kontrak bernilai sehingga RM6 bilion dalam tempoh terdekat ini untuk membangun, mengeluar dan membekalkan kenderaan perisai pembawa anggota (APC) beroda 8×8 bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Continue reading

%d bloggers like this: