Armada Amerika Menghampiri Syria


uss

Adakah krisis Syria- US dan sekutunya akan membawa  kepada perang dunia ke 3 ?

Damsyik dakwa pemberontak lakukan serangan kimia

KUALA LUMPUR: Armada tentera Amerika Syarikat kini bergerak mendekati Syria yang membayangkan kemungkinan kekerasan digunakan terhadap Damsyik selepas ramai menjadi korban serangan senjata kimia beberapa hari lalu.

Berita itu disiarkan ketika pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di Syria untuk mengadakan rundingan mengenai siasatan segera serangan berkenaan.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel yang dalam perjalanan ke Malaysia mengesahkan gerakan di laut meskipun Presiden Barack Obama masih berhati-hati mengulas isu mengenai Syria.

“Jabatan Pertahanan bertanggungjawab memberi pilihan kepada presiden mengenai langkah tertentu yang perlu diambil pada waktunya,” katanya.

Hagel memberi ulasan itu ketika seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan memperkukuh kehadiran di Laut Mediterranean dengan sebuah lagi kapal perang dilengkapi peluru berpandu.

Armada ke-6 Amerika menempatkan kapal perang USS Mahan bersama tiga lagi kapal pemusnah iaitu USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage yang memiliki peluru berpandu Tomahawak.

Ketika Obama menyifatkan dakwaan penggunaan senjata kimia sebagai amat membimbangkan, Russia mengecam desakan supaya kekerasan digunakan ke atas sekutunya itu.

Britain pula menuduh Damsyik menggunakan senjata kimia dan Perancis menggesa kekerasan digunakan jika dakwaan berkenaan disahkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, meningkatkan tekanan dengan mengumumkan Setiausaha Agung Rendah, Angela Kane, menuju ke Damsyik untuk berunding mengenai siasatan isu itu, kata jurucakapnya.

Kane dijangka tiba semalam, dan Ban bersungguh-sungguh melakukan siasatan menyeluruh, adil dan segera mengenai dakwaan senjata kini, menurut kenyataan.

“Setiausaha Agung menggesa pihak berkuasa Syria bertindak positif dan segera kepada permintaannya tanpa sebarang penangguhan,” kata kenyataan sambil menambah Ban juga menggesa pejuang pembebasan Syria supaya bekerjasama dengan misi itu.

– AFP

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: