Monthly Archives: May 2013

Masjid Dibakar Di Myanmar


lashio

YANGON – Keganasan agama merebak ke kawasan baharu di Myanmar dengan sekumpulan penduduk membakar sebuah masjid dan rumah anak yatim penganut Islam di sebuah bandar di timur laut negara berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.

Keganasan tersebut berlaku selepas khabar angin tersebar bahawa seorang lelaki Islam membakar seorang penganut Buddha wanita.

Media tempatan melaporkan, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kekacauan tersebut pada petang kelmarin di bandar Lashio, dekat sempadan China.

Setakat ini, jumlah kemusnahan dan angka kecederaan akibat keganasan tersebut juga tidak dipastikan.

Keganasan berdarah antara orang Islam dan penganut Buddha bermula sejak tahun lalu di barat Myanmar sebelum merebak ke beberapa buah bandar di tengah negara itu.

Insiden terbaharu itu meningkatkan kesangsian sama ada pentadbiran Presiden Thein Sein berupaya bertindak untuk mengekang keganasan di Myanmar.

“Merosakkan bangunan agama dan mencetuskan kekacauan agama adalah tidak wajar untuk masyarakat demokratik yang ingin kita pupuk,” kata jurucakap Presiden, Ye Htut di laman Facebooknya.

“Sebarang perbuatan jenayah akan ditangani berlandaskan undang-undang negara,” tambah kenyataan tersebut.

Stesen televisyen negara ini melaporkan tangkapan awal dibuat melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang didakwa membakar seorang wanita beragama Buddha.

Menurut laporan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai berketurunan India yang beragama Islam mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa sebelum membakarnya.

Wanita itu kini dirawat kerana melecur di dada, tangan dan belakang badannya.

– Agensi

Tengok Bini Nombor 3 Ostad Azhar Idrus


ImagePendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar ‘Ustaz Youtube’ kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya… Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

SH.

%d bloggers like this: