Monthly Archives: January 2012

Sembur Dr Mahathir: Nik Sapeia ‘Terlepas’


AHLI perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 58, bersama isterinya, Datin Suriani Yahya sejurus keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. – Foto Zulkifle Che Abdullah

Hakim Mahkamah Tinggi ketepi hukuman 6 bulan penjara

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi, di sini semalam melepas dan membebaskan ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 58, daripada pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap empat individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyembur bahan pemedih mata, pada Julai 2006.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan yang dijatuhkan di Mahkamah Majistret, dua tahun lalu.

Mariana dalam penghakimannya mendapati majistret khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Nik Sapeia yang juga perayu dalam kes berkenaan dengan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

“Keputusan sabitan hukuman (terhadap Nik Sapeia oleh majistret sebelum ini) diketepikan dan rayuan dibenarkan. Oleh itu, perayu dibebas dan dilepaskan daripada sabitan pertuduhan seperti dipertuduhkan ke atasnya,” katanya dalam penghakimannya lebih sejam.

Berdasarkan pertuduhan, Nik Sapeia yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) dituduh sengaja menyebabkan kecederaan terhadap empat individu termasuk Dr Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pangkalan Chepa, kira-kira 11 pagi, 28 Julai 2006.

Tiga individu lain itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali; Mohd Nasir Muda dan Suberi Sahidan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani dan Lailawati Ali, manakala Nik Sapeia diwakili peguam Datuk Seri Mohammad Shafee Abdullah; Datuk Ramli Yusoff; Badrul Munir; Y Sheelan Samuagam; dan Zainal Abidin Mustaffa.
Sebaik Mariana membuat keputusan itu, Nik Sapeia yang berada di kandang tertuduh mengalirkan air mata sebelum dipeluk oleh isterinya, Datin Suriani Yahya, anak dan penyokongnya.

Isteri dan anak ahli perniagaan yang duduk di barisan depan galeri awam itu turut sebak sehingga mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan.

oleh norliza wasilan

Gambar Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah


PERSONALITI dan pengacara TV3, Ally Iskandar, bergambar bersama isteri, Nurfarahin Romli, selepas selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi. – Foto Aswadi Alias

Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan

KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.

Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.

Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.

Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.

KUIN: Student Tibai Ostad Azizan


MB Kedah dibidas cara tangani Isu KUIN 5

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) – institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

kedah defection ceramah 220510 mb azizanMalah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan(kanan) yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai ‘ego’ dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

“Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana,” katanya Mohd Syahid.

MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.

Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telahpun tamat.

Dalam kenyataan medianya, Mohd Syahid berkata tindakan Azizan itu “sedikit sebanyak” menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang janjikan dalam buku Jingga jika memerintah.

“Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat? Jika ya, maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada AUKU seperti Selangor. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Saya yakin mahasiswa akan menolak Ustaz Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang,” tegas Mohd Syahid.

Beliau juga menegaskan bahawa mahasiswa mahu parti politik konsisten dengan menunaikan janji mereka memansuhkan akta berkenaan kerana “rakyat sentiasa menilai setiap tawaran yang diberikan”.

“Saya juga yakin lima mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.

“Mahasiswa insan yang terdidik. Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ustaz Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.

“Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh,” kata Mohd Syahid yang juga presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

Sementara itu, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufik Abdul secara peribadi kesal dengan kenyataan Azizan yang dilapor enggan memohon maaf kepada lima mahasiswa itu dan sanggup ke mahkamah untuk membukti kebenaran.

“Hal ini kerana, saya masih memikirkan kemungkinan masih ada ruang rundingan atau sebagainya dalam menyelesaikan kes ini.

“Memandangkan dalam situasi sekarang, banyak pihak yang sedang mendesak agar segala macam bentuk akta yang dilihat sebagai zalim dan menindas rakyat seperti AUKU dan ISA dikaji semula dan dimansuhkan, masih ada pihak seperti KUIN yang ingin melaksanakannya,” katanya.

Mohd Taufik juga menyifatkan tindakan terhadap mahasiswa itu dilihat lebih drastik berbanding dengan mana-mana mahasiswa yang dikenakan tindakan di institut pengajian tinggi awam.

Manakala kumpulan Lawyers For Liberty (LFL) mengecam tindakan Azizan yang mempertahankan penggunaan akta tersebut terhadap lima pelajar berkenaan kerana ia jelas melanggar artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan berhimpun.

“(Ia juga) bercanggah dengan agenda reformasi Pakatan Rakyat yang mana menjanji untuk memansuhkan semua undang-undang yang menekan termasuk AUKU,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Sehuhungan itu, mereka menuntut supaya Azizan segera menggugurkan hukuman terhadap pelajar tersebut dan menangguhkan penggunaan akta berkenaan sebagai cerminan keseriusan komitmen kerajaan negeri terhadap polisi Pakatan rakyat.

mKini

Nota: Sekadar untuk renungan..Komen Nur Hadi Mohamad

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?
SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?
Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, “Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la…” Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

Abby Abadi ‘Terkena’ Sihir Pulak ?


Benarkah Abby jadi mangsa perbuatan khianat ?

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasihdan Mulanya Di Sini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.

Terkilan dengan Zul

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.

Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.

Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.

“Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

“Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada,” tuturnya.

Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.

“Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

“Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat ‘comeback’ dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim,” katanya.

oleh FERIDE HIKMET ATAK mStar

Bahana Tengok Video Seks


REMUK...keadaan kenderaan selepas  kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.
REMUK…keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

  • FotoNGERI…keadaan mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan.
  • FotoMAUT…Vijaya dan Hemalatha yang terbunuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

.

Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.

“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Zul Handy Black Akan ‘Berbogel’ Lagi


Pak Menteri kita tak mau tengok ke gelagat artis  Malaysia sekarang ni ?

Majlis fatwa Kebangsaan tak mahu bersidang ke pasal ni ?

Aksi ghairah direstui isteri

“SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem).” Sekali dengar ia seperti kenyataan ‘berani mati’ atau ‘madah bercili’ yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Zul Suphian tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram, Mantra dan Keramat.

Kontroversi atau tidak, itulah pendirian pemilik nama sebenar Nurzul Suphia’an Sa’ban, 38, yang dulunya dikenali sebagai Zul Handy Black. Dia nampaknya cuba mencipta ‘jenama’nya yang tersendiri dengan sering muncul dalam babak ‘panas’ dalam filem-filem lakonannya.

Namakan satu pelakon Malaysia yang pernah muncul berbogel di layar perak dan kemudian kini muncul separuh bogel dalam adegan ghairah bersama pelakon wanita dalam filem terbaharunya kalau tidak Zul Suphian!

“Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai ‘teman wanita’ dalam setiap produk lakonan saya,” tutur Zul.

“Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas,” itu ulasan dan alasan pelengkap yang diberikan Zul merangkumi adegan bogelnya dalam filem Mantra pada tahun lepas dan adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Kedua-dua filem tersebut seperti mana Santau, filem sulung lakonannya, juga dari genre seram, adalah hasil garapan pengarah, Azhari Mohd. Zain.

Bicara Zul, berbeza dengan Mantra yang memerlukan dia berbogel sendirian, dalam Keramat pula untuk karakter Nazmir lakonannya itu pula dia dikehendaki melakonkan babak ghairah ketika hanya menyarungkan tuala tatkala digoda adik iparnya, Munirah (lakonan Mon Ryanti) yang hanya berkemban dan sebenarnya dirasuk oleh roh Mustika (Diana Amir).

“Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi,” jelasnya lagi berbaur sedikit lucu.

Bagi Zul, beraksi ghairah bukanlah cabaran berat baginya, namun baginya, cabaran sebenar adalah apabila untuk filem Keramat dia perlu memerankan dua karakter yang berlainan iaitu watak Nazmir pada era hari ini dan Habib seorang lelaki yang hidup pada tahun 1900.

Ujar Zul, ketika diberi tawaran, Azhari sangat yakin bahawa dia pasti dapat membawakan dua watak tersebut dengan mudah kerana pernah bekerjasama dalam filem Santau dan Mantra sebelum ini.

“Apabila berlakon dalam filem genre sebegini, memang kita perlu buat satu kajian yang lebih kuat, dan mendalam kerana sudah pastinya genre seperti ini memerlukan konsentrasi dan penghayatan dalaman.

“Jadi mungkin tidak menjadi cabaran sangat kepada saya kerana perkara ini saya telah dicabar oleh pengarah yang sama (Azhari).

“Mungkin juga Azhari sudah lihat kemampuan saya dan fikirkan watak sebegini memang sesuai dibawa oleh saya. Watak ini sangat mudah dan saya tahu bagaimana harus membawa karakter ini dan bezanya cuma jalan cerita,” jelas Zul lagi.

Namun bagi pelakon yang bernaung di bawah syarikat penerbitan gergasi perfileman Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. itu, dia juga mampu dan pernah berlakon genre filem yang berbeza seperti komedi, aksi dan sebagainya.

TONGGAK utama Keramat, Zul, Rabecca dan Mon Ryanti melalui pengalaman berharga sepanjang menjalani penggambaran filem itu.

“Sebagai seorang pelakon, saya telah menunjukkan kemampuan namun terpulang kepada pihak yang memberi tawaran dan pihak Metrowealth Movies Production sendiri,” katanya.

Kerisauan Mon Ryanti

Jika Zul tiada masalah untuk membawa watak ghairah, namun bagi pendatang baharu, Mon Ryanti, perasaan segan untuk berlakon ghairah wujud dalam diri yang baru ingin memulakan karier sebagai seorang aktres.

“Selain cabaran, ini sebenarnya satu tanggungjawab kerana jika sudah diberi kepada saya maka ia menjadi tugas buat diri saya. Watak utama memang tanggungjawab besar dan saya perlu buat kajian yang mendalam kerana perlu memahami untuk menjayakan watak yang diberi itu.

“Antara cabarannya adalah sebagai Munirah, saya perlu menggoda abang ipar saya (Nazmir lakonan Zul) dan saya akui agak risau dan segan apabila ingin melakonkannya. Saya masih baru lagi dalam industri dan melakonkan watak tersebut mungkin akan menjadi perbualan orang kelak,” tutur wanita berusia 23 tahun itu.

Namun begitu, ujar gadis manis yang lebih mesra disapa sebagai Mon, ia hanyalah sebuah jalan cerita dan lakonan semata-mata dan bukannya ingin beri pandangan buruk tentang dirinya kepada penonton dan berkata ia merupakan perubahan karakter di dalam filem tersebut.

Berfikiran positif, jelas Mon, sebagai seorang pelakon, harus tabah menerima kritikan dari sesiapa sahaja dan dia mengakui hakikat bahawa dirinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Jadi, perkara ini diambil sebagai cabaran dan reda serta masih memerlukan bimbingan pihak produksi dan semua orang.

Rabecca tidak takut

Bagi aktres Rabecca Nur Al Islam atau lebih mesra disapa sebagai Rabecca pula, pengalamannya selama dua musim bersama program realiti seram Seekers dan berlakon dalam filem seram, Jangan Tegur sebelum ini membuatkan dirinya tiada sebarang masalah untuk berlakon dalam Keramat.

“Menerusi Keramat, saya menjadi Syazura, isteri kepada Nazmir dan bagi watak ini saya perlu mendalami jiwa seorang isteri yang teruja ketika mengandung dan secara tiba-tiba kehilangan anak. Jadi, ketika itu saya perlu membawa dua watak yang berbeza sekali gus.

“Namun, berlakon dalam filem genre seram tidaklah menakutkan, kerana saya sudah biasa terlibat dalam genre seram beberapa kali. Jadi, Alhamdulillah, tiada apa yang buruk berlaku sepanjang penggambaran,” jelas Rebecca yang bagaimanapun mengakui penat kerana bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon.

Tambahnya: “Sepanjang penggambaran, semua kru termasuk pelakon dan pengarah punyai keserasian dan sebagai pengarah, Azhari adalah seorang yang sangat mudah berkomunikasi dan bekerjasama serta tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar.”

kosmo

%d bloggers like this: