Monthly Archives: August 2013

Perang Syria: PM Kalah Undi !


no war

David Cameron kalah pengundian penggunaan ketenteraan ke atas Syria

Perdana Menteri Britain, David Cameron kalah undi parlimen yang penting malam semalam bertujuan untuk membuka jalan bagi Britain untuk menyerang Syria.

Dalam perkembangan yang memalukan dan tidak dijangka, Cameron dan kerajaan campuran gagal memenangi undi untuk meluluskan usul yang akan diberi kuasa tindakan ketenteraan terhadap Syria, pada dasarnya beliau tewas  285-272 undi.

Cameron berkata, selepas itu beliau tidak akan mengatasi kehendak parlimen dalam meluluskan tindakan ketenteraan,beliau  berkata ia adalah jelas bahawa penggubal undang-undang British tidak mahu melihat serangan tentera ke atas kerajaan Syria untuk menghukum serangan senjata kimia haram di pinggir bandar Damsyik minggu lepas .

Apabila ditanya oleh pemimpin Buruh Ed Miliband sama ada beliau berjanji tidak akan memintas Parlimen dan membenarkan tindakan ketenteraan, beliau berkata:

“Saya boleh memberi jaminan. Saya percaya dalam keperluan untuk tindak balas yang sukar penggunaan senjata kimia, tetapi saya juga percaya dalam menghormati kehendak Dewan Rakyat ini.

“Ia adalah malam yang sangat jelas bahawa Dewan tidak meluluskan usul, ia adalah jelas kepada saya bahawa Parlimen British, mencerminkan pandangan rakyat British, tidak mahu melihat tindakan tentera British ke atas Syria – saya akan bertindak dengan sewajarnya. ”

-reuters

Kisah 2 Lelaki Sepakat Kongsi Isteri


1-9d3e3

Benarlah dunia sudah tua, isteri pun boleh main kongsi

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku.

– Agensi

Pasukan Penyiasat Senjata Kimia PBB Kena Serang


snyper

Dipercayai penyerang menggunakan senjata jenis sniper

DAMSYIK – Beberapa penembak tepat menyerang pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBO) semalam semasa mereka cuba menyiasat serangan senjata kimia dekat sini, kata seorang jurucakap.

Namun, selepas berundur seketika, pakar-pakar berkenaan mengunjungi sebuah hospital lapangan di mana mangsa-mangsa serangan pada minggu lalu itu dirawat.

Jurucakap PBB berkenaan, Martin Nesirky berkata, kenderaan utama konvoi PBB itu terkena beberapa das tembakan penembak tepat ketika mereka menuju ke lokasi tersebut di Ghouta, timur bandar raya ini.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi pasukan PBB itu terpaksa berpatah balik ke pangkalan mereka, kata Nesirky.

“Kenderaan pertama pasukan penyiasat senjata kimia kami ditembak dengan sengaja oleh beberapa penembak tepat yang tidak dikenali,” ujarnya.

“Pasukan itu terpaksa berpatah balik kerana kenderaan tersebut rosak,” tambah jurucakap tersebut.

Pasukan PBB kemudian mengunjungi sebuah hospital lapangan di bandar Moadamiyet Al-Sham untuk mengambil sampel pesakit.

Beratus-ratus orang terbunuh dalam serangan pada minggu lalu di Ghouta yang didakwa melibatkan penggunaan senjata kimia.

Kerajaan Syria pula mendakwa serangan kejam itu dilancarkan oleh pihak penentang.

– AFP

Armada Amerika Menghampiri Syria


uss

Adakah krisis Syria- US dan sekutunya akan membawa  kepada perang dunia ke 3 ?

Damsyik dakwa pemberontak lakukan serangan kimia

KUALA LUMPUR: Armada tentera Amerika Syarikat kini bergerak mendekati Syria yang membayangkan kemungkinan kekerasan digunakan terhadap Damsyik selepas ramai menjadi korban serangan senjata kimia beberapa hari lalu.

Berita itu disiarkan ketika pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di Syria untuk mengadakan rundingan mengenai siasatan segera serangan berkenaan.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel yang dalam perjalanan ke Malaysia mengesahkan gerakan di laut meskipun Presiden Barack Obama masih berhati-hati mengulas isu mengenai Syria.

“Jabatan Pertahanan bertanggungjawab memberi pilihan kepada presiden mengenai langkah tertentu yang perlu diambil pada waktunya,” katanya.

Hagel memberi ulasan itu ketika seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan memperkukuh kehadiran di Laut Mediterranean dengan sebuah lagi kapal perang dilengkapi peluru berpandu.

Armada ke-6 Amerika menempatkan kapal perang USS Mahan bersama tiga lagi kapal pemusnah iaitu USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage yang memiliki peluru berpandu Tomahawak.

Ketika Obama menyifatkan dakwaan penggunaan senjata kimia sebagai amat membimbangkan, Russia mengecam desakan supaya kekerasan digunakan ke atas sekutunya itu.

Britain pula menuduh Damsyik menggunakan senjata kimia dan Perancis menggesa kekerasan digunakan jika dakwaan berkenaan disahkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, meningkatkan tekanan dengan mengumumkan Setiausaha Agung Rendah, Angela Kane, menuju ke Damsyik untuk berunding mengenai siasatan isu itu, kata jurucakapnya.

Kane dijangka tiba semalam, dan Ban bersungguh-sungguh melakukan siasatan menyeluruh, adil dan segera mengenai dakwaan senjata kini, menurut kenyataan.

“Setiausaha Agung menggesa pihak berkuasa Syria bertindak positif dan segera kepada permintaannya tanpa sebarang penangguhan,” kata kenyataan sambil menambah Ban juga menggesa pejuang pembebasan Syria supaya bekerjasama dengan misi itu.

– AFP

Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya


sirul azilah

Mahkamah Rayuan Bebaskan Dua Polis Daripada Tuduhan Bunuh Altantuya

Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.

Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.

Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mstar

Senjata Israel Digunakan Dalam Serangan Keatas Penyokong Dr Mursi


Pro-Morsi Protesters Clash With Security Forces

Kaherah: Senjata Israel mungkin digunakan untuk menyerang penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan Rabu lalu.

Terdapat laporan menyatakan, pesawat kargo Israel dilihat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada hari berkenaan sejurus sebelum tentera dan polis melancarkan gerakan menyuraikan penyokong Mursi secara paksa.

Laporan itu disahkan oleh koresponden agensi berita Mi’raj Dany Novery.

Menurutnya, senjata Israel mungkin tiba pada hari berkenaan kerana alat yang digunakan untuk menyerang penyokong Mursi dan anggota Ikhwan, termasuk gas pemedih mata dan peluru mempunyai tulisan bahasa Ibrani.

Pada masa sama, seorang lagi wartawan agensi itu, Amran Hamdani berkata, laporan media tempatan menyatakan, pesawat Israel itu mungkin membawa senjata yang didakwa untuk membantu tentera Mesir.

Beberapa saksi dipetik sebagai berkata, ada ambulans yang tiba di kawasan sekitar Masjid Rabaa al-Adawiyah dengan membawa peluru untuk tentera.

Mereka berkata demikian selepas melihat pemandu ambulans enggan membawa mangsa ke hospital.

“Saksi itu melihat ambulans penuh dengan peluru yang kemungkinan diangkut dari pesawat kargo Israel itu,” kata Amran.

– Agensi

%d bloggers like this: