Tag Archives: Abdul Hadi Awang

Anwar Bebas !


Hakim memutuskan keputusan Anwar bebas

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Hakim membebaskan Anwar dari tuduan liwat. Keputusan yang benar-benar upset. Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak awal pagi.

Apa pula strategi untuk memerangkap Anwar selepas ini ?

Ada agenda lagi ?

mKini

dari sumber TMI..

Putrajaya perlu berhenti menggunakan “politik kotor” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seteleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan beliau, membuktikan kes liwat itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah, kata Pemerhati Hak Asasi,

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Mohd Zabidin membuat keputusan itu atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

“Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.

“Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini,” kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata  pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat  Mohd Saiful.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” katanya.

Keputusan itu diraikan keluarga Anwar dan penyokong parti itu.

Berikutan keputusan itu, dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

PAS Pecat Hasan Ali


Hasan Ali Kena pecat

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS,” kata Abdul Hadi.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Dr Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

mKini


Dedah: Polis Hadapi Tindakan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan


Tindakan Polis semalam di KL Sentral boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.

PKR menuduh polis bertindak ‘tanpa sebarang provokasi’ ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

NONENaib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan
tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.

Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

NONETindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan,” kata Surendran.

“Satu Suruhanjaya Diraja Siasatan juga perlu ditubuhkan serta-merta untuk menyiasat penindasan ganas hak asasi rakyat untuk berhimpun secara bebas, oleh kerajaan BN,” katanya.

mKini

Tak Patut: Kereta Polis Langgar Mat Sabu Sebelum Menahan Beliau


Menyebabkan Mat Sabu tidak boleh berdiri sendiri

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,” katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,” katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Tuan Guru Haji Hadi dan Ambiga sudah dibebaskan petang tadi.

Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok.”

tmi

Kesian: Tak Ada Orang Nak Tiru ‘Negara Kebajikan’ BN


Sebenarnya siapa nak tiru siapa

PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

“Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN,” tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.

“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya,” tambah beliau.

Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.

Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.

Hd

Mat Sabu Cuba Ubah Perspektif Pas


Pas cuba bertanding dikawasan bukan Melayu majoriti: Mat Sabu

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan lebih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat sekiranya ia bertanding di lebih banyak kerusi dengan majoriti bukan Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMohamad berkata, formula berkenaan boleh digunakan bagi memastikan PAS menjadi teraju utama dalam Paktan memandangkan parti kini semakin diterima di kawasan bukan majoriti Melayu, katanya.

“Itu bergantung kepada kerusi yang (PAS) menang. Dulu kawasan majoriti bukan Melayu – DAP, majoriti Melayu – PAS, campuran – PKR.

“Saya tak tahulah formula itu boleh guna atau tidak perlu diguna sebab sekarang di kawasan campuran pun PAS boleh menang,” katanya ketika ditanya dalam satu temubual eksklusif denganMalaysiakini hari ini.

Beliau yang turut popular dengan nama jolokan Mat Sabu itu juga yakin akan menang di kawasan parlimen Bukit Bintang jika diberi peluang untuk bertanding di kawasan yang sering ditandingi DAP dan MCA itu.

“Soal pengagihan kerusi, jawatankuasa (Pakatan) akan bincang – tidak lagi berdasarkan majoriti Melayu ini PAS kena bertanding, majoriti bukan Melayu – DAP.

“Sekarang (kemenangan) mana-mana (calon adalah) ikut ketokohan. Saya sendiri berani bertanding di Bukit Bintang, asalkan simbol PAS, DAP tak bertanding, dan lawan MCA. Boleh menang,” katanya sambil ketawa kecil.

PAS kawasan Bukit Bintang juga merupakan antara kawasan yang paling awal mencalonkan Mohamad bagi jawatan timbalan presiden bagi pemilihan parti tahun ini dan juga pada 2009.

Beliau juga yakin bahawa PAS boleh menjadi teraju utama dalam Pakatan, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan parti itu di kawasan yang dimenanginya pada 2008 seperti Kota Raja, Kuala Selangor dan juga Shah Alam.

Hadi pun boleh ganti Anwar

Bagaimanapun, buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan ketua umum Pakatan, kata Mohamad lagi, mengulas kritikan yang diterima oleh PKR setakat ini.

“Terserah kepada Pakatan Rakyat (sama ada ingin ganti Anwar). Sekarang dia masih ketua umum. Pilihan raya umum akan datang, dia berada di dalam atau di luar (penjara), itu keputusan mahkamah.

NONE“Tapi sekarang dia masih ketua umum yang dihormati rakyat. Mana dia pergi, sambutan pada ucapannya hebat sekali,” kata Mohamad lagi yang mengakui bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar selain di “pentas ceramah.”

Ketika ditanya siapakah pemimpin yang boleh menggantikan Anwar bagi mengetuai Pakatan, Mohamad berkata tugas berkenaan boleh digalas oleh “sesiapa saja” termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tak ada masalah, orang dah boleh menerima (PAS),” katanya yang menambah, Abdul Hadi akan dapat memimpin Pakatan Rakyat berdasarkan persetujuan yang ditandatangani oleh anggota pakatan tersebut.

Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.

%d bloggers like this: