Monthly Archives: December 2010

Artis Indon Ngurat Safee Sali


 

Rahma Azhari terpikat pada bintang bolasepak Malaysia

JAKARTA – Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.

Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.

Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

“Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…,” katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet.

ksm/ Agensi


Berhibur Dengan Waliband di Kelantan


KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.

Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.

Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.

Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

H.daily

HUSM dan Doktor Kena Saman 8juta


 

Musa Abdul Kadir (kanan) bersama peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin menunjukkan writ saman yang difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam.

 

HUSM dan doktor kena saman rm 8juta

KOTA BHARU 30 Dis. – Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengemukakan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang doktornya kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia, tiga bulan lalu.

Dalam saman tersebut, Musa Abdul Kadir, 47, mendakwa isterinya, Aummil Khairy Abdul Razak, 44, meninggal dunia pada 21 September lalu akibat sakit teruk selepas menjalani tiga kali pembedahan mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dalam rahimnya.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosnelim Yusoff & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini.

Selain Musa selaku plaintif pertama, empat lagi plaintif terdiri daripada empat anaknya iaitu Nurnabihah, 7; Noor Muhamad Firdaus, 6; Nur Nabilah, 4; dan anak bongsunya yang berusia empat bulan, Noor Muhamad Faiq.

Pihak Plaintif menamakan pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HUSM, Dr. K. Bheena Vyshali; HUSM dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai defendan pertama sehingga ketiga.

Musa turut hadir di mahkamah hari ini dengan ditemani peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan oleh defendan pertama pada 17 Ogos lalu.

Selepas pembedahan tersebut, beliau mendakwa, isterinya masih merasai kesakitan yang amat sangat dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan sehinggalah beberapa doktor membuat pemeriksaan susulan pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kumpulan doktor itu memberitahu bahawa satu pembedahan susulan perlu dibuat kerana mengesyaki terdapat kain kapas dalam rahim Allahyarham yang tertinggal semasa pembedahan untuk melahirkan bayi itu.

Dakwa Musa, beliau mengetahui mengenai kain kapas tersebut selepas dimaklumkan oleh defendan kedua melalui doktor yang melakukan ujian X-Ray ke atas isterinya.

Pada hari yang sama, pembedahan kedua dilakukan untuk mengeluarkan kain kapas tetapi ia semakin serius sehingga menyebabkan Aummil Khairy tidak dapat membuang air kecil atau besar.

Menurutnya lagi, Aummil Khairy kemudian telah koma dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alat bantuan pernafasan.

Musa mendakwa, beberapa hari kemudian, isterinya telah dibawa untuk pemeriksaan imbasan (scan) ke atas perutnya selepas dipercayai ia semakin membengkak sebelum dimaklumkan pembedahan ketiga perlu dilakukan.

Pembedahan ketiga dilakukan pada 8 September lalu dan pakar perubatan yang menjalankan pembedahan itu memaklumkan terdapatnya jangkitan kuman serta kebocoran usus perut Allahyarham yang serius dan berada dalam keadaan kritikal.

Allahyarham meninggal dunia pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan komplikasi kegagalan fungsi organ dalaman yang amat serius.

Tambahnya, akibat kecuaian pihak defendan, beliau bersama anak-anak menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang yang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang.

Pihak plaintif memohon ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan ganti rugi teruk RM1 juta.

ukb

Mahfuz Letak Jawatan,Biar MB Kedah Dedahkan Sebab


Adakah Datuk Seri Azizan Razak berani membuat pendedahan kandungan surat Datuk Mahfuz?

YB Datuk Mahfuz Omar sudah pun memberikan sebab kenapa beliau meletakkan jawatan Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd.Perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Menteri Besar Kedah kira kira 10 hari yang lalu.

Kini Menteri Besar Kedah selaku ketua kerajaan perlu mendedahkan kepada umum kenapa Mahfuz meletakkan jawatannya.Jangann biarkan teka teki ini berlanjutan sehingga timbul pula krisis kepercayaan dalam pentadbiran kerajaan Kedah dan krisis kepimpinan dalam Pas Kedah.

Mahfuz tidak akan menarik balik surat perletakan jawatan beliau,Itu adalah keputusan muktamad.’Saya rela hati meletakkan jawatan itu dan bukan saya minta berhenti dari jawatan itu kata beliau’.Kata beliau lagi semua orang dah tahu sebab itu.Sekarang beliau mahu dengar dari pihak kerajaan Kedah pula apa yang telah beliau jelaskan dari suratnya.

Nampaknya pentadbiran Azizan Razak kini betul betul teruji setelah beberapa orang kuatnya dilihat semakin ‘naik tocang’,samada S.U politik dan beberapa pegawainya yang lain.

Malaysian insider melaporkan…

Mahfuz: Biar Kedah jelaskan mengapa saya letak jawatan

December 30, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar dan pengurusan Kedah Sato Sdn Bhd secara rasmi apabila memutukan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu baru-baru ini.

Sehubungan itu kata Mahfuz, keputusannya adalah muktamad dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan negeri untuk mendedahkan sebab beliau berbuat demikian.

“Keputusan saya muktamad. Dalam surat itu saya mengatakan bahawa saya meletakkan, saya bukan kata saya pohon mahu berhenti.

“Kalau saya pohon bermakna mereka akan mempertimbangkan surat saya, tidak . . . saya sudah letak jawatan, keputusan muktamad,” kata beliau sambil menambah, ia berkuat kuasa serta-merta.

The Malaysian Insider difahamkan beliau berbuat demikian berkuat kuasa 20 Disember lalu.

Ketika ditanya sebab berbuat demikian, Mahfuz berkata, dalam suratnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyebut beliau meletakkan jawatan “atas sebab yang semua orang sudah tahu”.

Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan sebab-sebabnya.

“Terpulang kepada mereka (pengurusan dan kerajaan negeri) mendedahkan sebab mengapa saya memutuskan untuk meletakkan jawatan,” kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Saya mahu dengar apa mereka hendak berkata,” katanya lagi.

Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Mahfuz telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato.

Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.

Mahfuz berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Februari lalu, Azzian menyaksikan majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia dengan Kedah Sato bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling.

Bonus RM25,000.00 Setiap Pemain Malaysia


DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi  di KLIA, petang semalam. 

DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.

Bonus lumayan bakal diterima pemain kita nanti:Azzudin

BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.

“Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan.

brm

Ini dia muka menteri yang merogol


Moshe Katsav


Mahkamah mendapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa dan gangguan seksual

BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.

Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.

Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: “Bertenang, kamu akan sukakannya.”

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak.

Agensi

%d bloggers like this: