
Daim Zainuddin membuat ramalan lagi, kali ini berkenaan pilihanraya negeri Sarawak.
Seperti jugak pada PRU12,beliau memberi komen pada prestasi Bn mengenai beberapa negeri yang dianggapnya Bn telah tersalah menduga, hasilnya Kedah,Pulau Pinang dan Perak diutara semenanjung dikuasai Pakatan Rakyat.
Ramalan Daim bolehlah diguna pakai sebagai peramal situasi politik Malaysia. Pandangan beliau jarang dipedulikan oleh sebilangan pemimpin Bn sendiri. Tetapi sebagai seorang penganalisis ekonomi yang berkaitan dengan politik semasa,blog ini tidaklah memberikan keyakinan tinggi pada ramalan beliau.Cuma pepatah melayu mengatakan ‘air tenang jangan disangka tiada buaya’.
Apakah keangkuhan Bn akan membawa padah pada kali ini?
Bn diramal hilang banyak kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak
Former finance minister Daim Zainuddin today predicted that the opposition will win more seats in the coming Sarawak election, but BN will still remain the state government with a “comfortable majority”.
Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”
“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini.
Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.
Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.
Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April.
yow hong chieh
Laporan Bernama menegenai 9 kawasan panas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka sengit pada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata kawasan tersebut adalah Pantai Damai, Kota Sentosa, Batu Kawa, Kedup, Repok, Palawan, Nangka serta Balingian, yang bakal dipertahankan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Kita mengambil keputusan untuk berbuat demikian setelah mengambil kira pengalaman lepas di mana kempen dijangka sengit yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Wan Ahmad berkata, SPR akan menubuhkan 80 pasukan pemantau kempen pilihan raya kali ini dengan dua pasukan pemantau dikerahkan di sembilan kawasan panas tersebut.
Katanya pasukan itu akan diketuai oleh seorang pegawai SPR, dibantu oleh pegawai polis berpangkat Inspektor, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disertai oleh wakil parti-parti politik yang bertanding. Menurut Wan Ahmad, pasukan tersebut akan menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti tindakan menggantung poster oleh parti yang tidak bertanding, kempen berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum.
“Mereka diberi kuasa untuk buat pemantauan dan membuat tindakan penguatkuasaan bila mana perlu dan ketua pasukan diberi kuasa untuk buat keputusan selepas berunding dengan pasukannya,” katanya.
Ditanya mengenai Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Wan Ahmad berkata badan tersebut hanya sebuah Bpertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR untuk tujuan pemantauan sahaja.
“Tugas mereka (Mafrel) hanyalah melihat, memantau dan catat apa saja dan beri maklumbalas kepada SPR,” katanya.
Menurut Wan Ahmad, SPR tidak akan melantik lagi NGO lain yang berminat untuk memantau PRN Sarawak, tetapi jika mereka masih berminat, mereka haruslah merujuk kepada Mafrel secara terus. Mengenai jangkaan peratusan mengundi pada pilihan raya ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya optimis peratusan mengundi lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelumnya berdasarkan kesedaran rakyat yang meningkat mengenai hak mengundi.
“Kita juga mengharapkan cuaca baik pada hari mengundi,” katanya.
SPR menetapkan hari penamaan calon pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.
Sebelum DUN dibubarkan, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 daripada 71 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi. Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti CintaMalaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.-
Like this:
Like Loading...