Tag Archives: Pahang

Doktor Mati Kena Penggal Kepala


REMAN…suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.

Doktor dipenggal kepala oleh pekerja sendiri

KUANTAN: Hanya kerana pertengkaran kecil yang dipercayai berpunca akibat salah faham, seorang doktor warga emas putus kepala akibat dipenggal dengan parang oleh pekerjanya sendiri dalam satu kejadian di sebuah kebun di Kampung Sertik, Bentong, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Harjit Singh, 61, yang bertugas sebagai doktor secara kontrak di Penjara Bentong dikatakan sedang berehat di anjung rumahnya di kawasan kebun kira-kira 50 meter dari jalan di Kampung Sertik.

Mangsa dikunjungi lelaki warga asing berusia 31 tahun itu yang bekerja menjaga kebun miliknya untuk berbincang sesuatu, namun berlaku pertengkaran antara mereka.

Suspek dipercayai ‘naik hantu’ berikutan pertengkaran itu melibaskan parang yang dibawanya lalu mengenai leher Harjit menyebabkan kepala doktor itu putus dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T Narenasegaran berkata, polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya

mmetro

Kesian: Tak Ada Orang Nak Tiru ‘Negara Kebajikan’ BN


Sebenarnya siapa nak tiru siapa

PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

“Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN,” tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.

“Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya,” tambah beliau.

Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.

Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.

Hd

Video Muka Muka ‘Melayu’ Yang Memaki Anti LYNAS


IAEA: Gebeng bukan 100% bebas radiasi 

Panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyemak cadangan penubuhan pusat memproses nadir bumi kontroversial Lynas di Gebeng, Kuantan mengakui bahawa sisa yang bakal dihasilkan tidak akan mencapai 100 peratus bebas radiasi.

NONEBerdasarkan nota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dibuat semasa pembentangan semalam, seorang ahli panel berkata kemungkinannya adalah terlalu kecil bagi mencapai thorium atau uranium sifar – kedua-dua bahan radioaktif – selepas nadir bumi diproses.

Ini merujuk kepada soalan oleh perwakilan MMA berhubung dakwaan Lynas bahawa gipsum yang kaya dengan magnesium dan sintetik gipsum yang dinyah sulfur selepas diproses akan mempunyai thorium atau uranium sifar.

Menjawap satu lagi soalan oleh MMA, seorang ahli panel berkata adalah mustahil bagi memastikan kandungan radioaktif kedua-dua elemen itu akan dineutralkan 100 peratus.

NONE“Terdapat proses untuk mengurangkan kandungan radioaktif – kami berharap mencapai kecekapan 99 peratus tetapi mustahil bagi mencapai 100 peratus,” kata ahli panel itu mengikut laporan MMA.

Semasa mesyuarat tertutup itu, perwakilan MMA juga membuktikan bahawa pelbagai kajian menunjukkan pusat pemproses nadir bumi di China, Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai kesan negatif terhdap alam sekitar.

mKini

Guru Kena Tahan Disyaki Rogol Pelajar


Kejadian didakwa berlaku di kuaters guru

KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan FELDA di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lalu.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud, berkata guru berkenaan menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud, berkata guru berkenaan menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters berkenaan.

“Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa beredar dari rumah itu.

“Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Haris berkata, guru berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak tetapi keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga. Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.

Bernama

HOT Pahang: Adnan Yaakob Songlap RM300,000.00?


MB Pahang dan Pembantunya tipu saya RM300,000.00: Lee Sin

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis SEA Park, Lee Sin berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu – Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd – telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno
Pahang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak.

Aidila Razak

Banjir di Melaka dan Johor Terus Meningkat


Anuar Yassin, 38, dan anaknya dari Kampung Gangsa di sini terpaksa mengharung banjir untuk ke kawasan selamat setelah rumah mereka di landa banjir. — Foto Bernama

Mangsa banjir di Melaka dan Johor terus meningkat

MELAKA, 2 Feb — Jumlah mangsa banjir di 19 pusat pemindahan membabitkan tiga daerah di Melaka kini meningkat kepada 4,555 orang berbanding 4,110 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata daerah Melaka Tengah mencatatkan mangsa teramai dengan 2,264 orang, iaitu meningkat berbanding 2,114 orang pada pukul 7 malam tadi.

Anuar Yassin, 38, dan anaknya dari Kampung Gangsa di sini terpaksa mengharung banjir untuk ke kawasan selamat setelah rumah mereka di landa bajir. — Foto Bernama

Di Alor Gajah, jumlah mangsa yang dipindahkan juga meningkat kepada 1,748 orang berbanding 1,568 orang, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, keadaan banjir di Jasin kini bertambah baik dan jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan ialah seramai 543 orang.

Beliau berkata keadaan paras air di sungai-sungai utama juga dilapor semakin menyusut berikutan cuaca baik tanpa hujan di seluruh negeri.

Dalam pada itu, jumlah mereka yang terlibat dengan bencana banjir di dua daerah di Pahang kini meningkat kepada 1,941 orang berbanding 1,777 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Rompin merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,778 orang daripada 222 keluarga membabitkan lima buah kampung.

Kampung-kampung terbabit ialah di Bukit Serok (1,499 orang), Kampung Rekoh (162), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (85), Kampung Mekang Ibam (26) dan Kampung Lubuk Batu (6 orang), katanya ketika dihubungi pagi ini.

Jurucakap itu berkata di Temerloh, mangsa yang dipindahkan adalah seramai 163 orang daripada 44 keluarga di empat buah kampung, iaitu Kampung Insaf (83 orang), Kampung Batu Kapor (70), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang Lanchang (3).

Katanya beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.

Sementara itu, jalan di KM 5 Felda Selancar, Rompin, ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku runtuhan tebing manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya.

Selain itu katanya, KM 22 Jalan Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Bernama

%d bloggers like this: