Monthly Archives: May 2011

Nora Danish Dapat Boyfren Muda Pulak


 

Teman lelaki terbaru Nora 2 tahun lebih muda darinya

Pelakon jelita Nora Mohd Danish Hanif, 29, (Nora Danish) mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 27 tahun dan bukannya kerabat diraja dari Terengganu seperti yang didakwa sebelum ini.

Kata Nora, teman barunya itu hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan golongan kerabat, VIP mahupun artis.

“Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.

“Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat,” jelasnya yang ditemui pada sidang media drama Ana Lu’ludi Sri Pentas, di sini, Selasa.

Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.

“Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi.

“Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat,” katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut.

Menerusi perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) dari Jun 2006 hingga Julai 2008, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia dua tahun setengah.

wahiduzzaman

Advertisements

Video Terbaru Mat Sabu: Umno we know you,not we love you


video ceramah di Kerdau

Gambar Perkahwinan Salih Yaacob Dengan Emi isteri Keempat


Selamat Pengantin ke Empat bro Salih…

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih mempunyai 11 orang anak.

Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan.

gambar dari oh bulan.

Rasuah dan Pembaziran: Saifuddin Nasution Tibai Mat Sembab


Kawal pembaziran dan rasuah sebelum minta rakyat tanggung beban

Kerajaan terlebih dahulu perlu membanteras amalan pembaziran, ketirisan dan rasuah keterlaluan sebelum meminta rakyat menanggung beban subsidi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional juga perlu bersedia mengkaji semula subsidi dan pampasan besar diperuntukkan kepada syarikat kroni seperti Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) dan konsesi lebuh raya, sebelum memindahkan beban itu kepada rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.

“Sebelum Muhyiddin meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, kita minta dua perkara daripada kerajaan BN. Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.

“Kedua, kaji balik subsidi yang tinggi diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kerajaan memberikan subsidi yang begitu tinggi dan membebankan rakyat,” kata Saifuddin.

“Sebelum meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan, dia sendiri perlu meminta perdana Menteri, Najib dan jemaah menteri supaya tidak boros dan melakukan pembaziran,” ujarnya kepada keadilandaily.com..

Saifuddin dalam pada itu turut menangkis kenyataan  Muhyiddin, bahawa pengekalan harga bahan api seperti petrol RON95, gas asli cecair (LPG) dan diesel menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.

“Mengekalkan harga dari kenaikan sebelum ini, bukan bermakna kerajaan tidak akan menaikkan harga bahan api. Kita pasti kerajaan akan menaikkan harga selepas mereka menang pilihan raya.

“Jadi rakyat Malaysia jangan tertipu dengan tindakan kerajaan mengekalkan harga bahan api pada masa ini kerana mereka pasti akan menaikkannya selepas pilihan raya,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Kerajaan pimpinan Umno-BN sebelum ini dilihat begitu boros dengan melakukan pembaziran wang rakyat, antaranya pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion.

Ketika rakyat dihimpit dengan peningkatan kos, kerajaan pimpinan Najib juga tidak segan silu membelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai.

Malah, kerajaan juga mampu meluluskan kontrak sebanyak RM77 juta kepada syarikat pro Israel, Apco bagi tujuan perunding perkhidmatan komunikasi.

Senarai pembaziran Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke luar negara, sepanjang menjadi perdana menteri.

Malah, Najib juga gagal mengawal tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang gemar berbelanja besar seperti menghabiskan RM4.5 juta hanya untuk mengadakan sidang wanita pertama di Kuala Lumpur tahun lalu.

Rosmah turut membelanjakan lebih RM100,000 semalam hanya untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14355

Unik: Masjid Ihsaniah Iskandariah Dibuat Dari Buloh


Masjid Ihsaniah Iskandariah dirasmikan oleh Sultan Perak pada 6 Mei lalu

Keunikan masjid Ihsaniah Iskandariah

Sekali pandang, pengunjung pasti boleh melihat kelainan seni bina Masjid Ihsaniah Iskandariah di Kampung Kuala Dal di sini berbanding masjid-masjid lain di negara ini.

Paling nyata adalah bumbung limas bungkus yang biasanya direka untuk pembinaan sebuah surau atau madrasah.

Bentuk bumbung masjid beratap zink yang agak landai itu sebenarnya diilhamkan daripada reka bentuk Istana Kenangan, walaupun bentuk asalnya agak tinggi dan curam.

Keistimewaan lain masjid dua tingkat ini boleh dilihat daripada reka bentuknya berupa segi empat bujur atau turut dikenali bujur sangkar burung.

Ia mempunyai 20 buah tingkap, dengan tingkap di bawah dibina tinggi. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima.

Setiap sendi kayu dinding tepas daripada anyaman buluh dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang sebagai daya penyeri pada hiasan dinding.

Keseluruhan dinding Masjid Ihsaniah Iskandariah diperbuat daripada anyaman buluh yang dikenali sebagai ‘Kelarai Bunga Potong Belian’. Ia merupakan salah satu seni bina bagi rumah tradisional Melayu Perak.

Buluh jenis buluh minyak merupakan buluh tebal yang boleh dijadikan anyaman untuk membuat dinding.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila dinding tepas masjid tersebut berada dalam keadaan baik walaupun sudah berusia lebih 70 tahun dan 30 tahun terbiar usang.

Selain buluh, masjid itu dihiasi dengan motif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang pada ukiran kerawang kayu pada ambang atau kepala tingkap labuh di tingkat atas dan tingkat bawah.

Mengikut sejarahnya, Masjid Ihsaniah Iskandariah telah dibina setelah Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 (1918-1938) bernazar untuk membina sebuah masjid jika anakanda baginda sembuh daripada gering.

Kampung Kuala Dal dipilih selepas baginda melihat penduduk kampung berkenaan bersolat di sebuah madrasah yang usang ketika dalam perjalanan pulang dari berkelah di Lata Bubu yang terletak tidak jauh dari situ.

Sultan Iskandar Shah telah membayar nazar dengan memberi sumbangan 8,000 pound sterling dan masjid itu dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang bangsawan bernama Juragan Abdul Shukur Mohammmad Ali.

Baginda Sultan telah merasmikan masjid itu pada Jumaat 10 Zulhijjah tahun 1356 Hijrah bersamaan 11 Februari 1938.

Bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad terbiar, Jabatan Warisan Negara melakukan kerja-kerja pemuliharaan untuk membaiki semula kerosakan struktur bangunan tersebut.

Menurut Pesuruhjaya Warisan Negara, Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid, Jabatan Warisan Negara menjalankan kerja-kerja pemuliharaan membabitkan peruntukan hampir RM900,000 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Katanya, pihaknya mendapatkan bantuan anyaman buluh dari Perlis untuk menggantikan dinding asal masjid yang telah terbiar dan uzur lebih 30 tahun.

“Kerja pemuliharaan telah disiapkan pada Julai 2009 dan masjid ini telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan.

“Masjid ini kini diuruskan oleh kariah Masjid Al-Wahidiah,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian semula masjid itu di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas dekat Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ketua Kampung Dal, Abd. Moin Lamat, 67, berkata, pembinaan semula masjid lama itu menjadi lambang kepada keunikan sejarah asal masjid tersebut yang pernah menjadi tempat beribadat masyarakat Islam di situ.

Katanya, keunikan seni bina Melayu banyak terdapat di masjid itu. Paling nyata adalah dinding dikenali sebagai tepas yang dibuat daripada anyaman buluh.

“Bangunan masjid dua tingkat itu berbentuk empat segi dan tidak mempunyai kubah serta berbentuk seperti sangkar burung,” katanya.

Abd. Moin berkata, struktur bangunan termasuk anyaman buluh dibina dan diukir oleh tukang kayu tempatan yang terdiri daripada Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah.

Katanya, tingkat atas masjid itu menempatkan dewan solat yang boleh memuatkan 200 orang jemaah manakala tingkat bawah dijadikan dewan untuk perjumpaan dan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

“Kegemilangan Masjid Ihsaniah Iskandariah pernah terjejas apabila sebahagian struktur bangunannya rosak akibat dihempap dahan pokok durian pada tahun 1976.

“Ini menyebabkan sebuah masjid baru telah dibina bersebelahan masjid berkenaan,” katanya.

ani awang

Bil elektrik Naik 7.12% bermula 1Jun


Tarif elektrik naik 7.12% dan gas asli diapungkan

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sebelum ini, Bernama melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

mkini

Nota: Mungkin pengundi BN dikecualikan dari tarif baru ini.

Perkara menarik mengenai tarif baru ialah keuntungan IPP akan bertambah lagi sebanyak 7%.

Rakyat dibebankan IPP dapat lebih banyak untung!

%d bloggers like this: