Category Archives: Tarif Air Kedah

Demo Kenaikan Tarif Air di Melaka,Alangkah Bagus Jika Berlaku Juga di Kedah!


Demo membantah kenaikkan Tarif baru air di Melaka hari ini berjaya.

Alangkah baiknya sekiranya demo ini jugak mendapat sambutan dari rakyat Kedah yang sudah dibebankan dengan kenaikan tarif air baru.

Dimana mana pun jua kenaikan harga baru atau tarif pasti ada rakyat yang memprotes. Masalah disini pihak pemerintah tidak menunjukan prihatin kepada rakyat.

Banyak langkah dan sumber lagi boleh digunakan untu menghalang kenaikan tarif dan bil untuk rakyat bawahan.

Tahniah kepada demonstran hari ini dan para demonstran di KL dan beberapa orang yang membuat tunjuk perasaan dihadapan pejabat Menteri Besar Kedah pada tahun lepas.

Rakyat Demo kenaikan harga air di Melaka

Penyokong Pakatan Rakyat Melaka dan jemaah masjid negeri – Masjid Al-Azim – berdemonstrasi membantah kenaikan harga air di negeri itu selepas solat Jumaat hari ini.

“Demonstrasi ini merupakan kemuncak kepada siri bantahan kita. Sebelum ini kita membuat kutipan tanda tangan daripada rakyat (membantah kenaikan air itu),” kata ketua penerangan Pemuda PAS negeri Muhamad Aizat Bahrudin.

NONEDemonstrasi itu dianjurkan NGO bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka – Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM).

Muhamad Aizat yang juga anggota jawatankuasa NGO itu berkata, perhimpunan sepuluh minit itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan di situ, tambahnya.

Awal April lalu, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen bagipenggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

water paipsKenaikan itu mendapat kritikan hebat pembangkang kerana didakwa tidak mengambilkira beban kewangan rakyat dan dibuat secara tergesa-gesa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muhamad Aizat memberitahu, turut hadir dalam program itu Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah.

Sementara itu, selain berdemonstrasi, Muhamad Aizat juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen kutipan tanda tangan bantahan, termasuk mengadakan majlis penerangan kepada orang ramai.

“Setakat ini kita telah mengutip 3,000 tanda tangan bermula April lalu. Kita sasarkan 10,000,” katanya.

mKini

Demo air di Kedah…

https://abushahid.wordpress.com/2010/10/10/demo-tarif-air-di-kedah/

Gempar: Khalid Ibrahim Dedah Aset Air Selangor,Rakyat Terus Dapat Free 20m3


Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi

Khalid Ibrahim: Aset air Selangor 12 Billion, BN buat silap besar

Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

“Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

“Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak… kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun,” katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12  sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas.

Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

“Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

“Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap… ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

“Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

“Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi… anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak,” katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

“Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

“Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah… dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)… mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan,” katanya.

Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya “membetulkan kesilapan” yang dilakukan BN dulu.

tmi

Selepas Kedah, Melaka Pulak Naik Tarif Air!


Melaka naik Tarif Air dari 5 ke 25 sen

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

NONEAntara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri).

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

“Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

“Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini,” katanya.

Sejak awal bulan ini, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu.

Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.

Tarif baru bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu.

Susahkan rakyat

Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

NONE“Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

“Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes,” kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat ‘penyelarasan’ terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat.

mKini

Rakyat TOLAK Kenaikan Bil Air 37%


dari blog  Yb Khalid Samad.Link ada di sebelah kanan homepage.

http://www.khalidsamad.com/2010/11/pengumuman-rakyat-tolak-kenaikan-bil.html

Tetapi sehingga kini di Kedah tarif air terus menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat tanpa ada penjelasan munasabah dari pentadbiran PR .

Suasana sungguh berbeza antara pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Tan seri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah.

Dari beberapa sumber yang boleh dipercayai tindakan Azizan Razak menaikkan Tarif Air tidak terlebih dahulu dibincangkan dan diambil kata putus dalam mesyuarat AJK PAS PUSAT.

Selangor berjuang habis habisan menentang ‘Syabas’ tetapi Kedah semacam ada agenda tersembunyi antara pentadbiran Azizan Razak dan ‘SPAN’.

Rakyat Kedah yang masih lagi menerima air berwarna cokelat dengan berat hati terpaksa membayar bil yang sudah naik sehingga 44 %.

Air: Pemuda Pas Lambat Bertindak ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai di negeri itu.

Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya berkata, pendedahan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan air di negeri itu mendorong pihaknya membuat laporan kepada SPRM.

“Kami dah buat laporan rasmi tentang penyelewengan isu air seperti mana yang disiarkan media sebelum ini dan kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Laporan setebal dua muka surat itu berjaya diserahkan terus kepada Pengarah SPRM Kedah, Datuk Idrus Jaafar di pejabatnya pagi tadi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Azizan telah mendedahkan penyelewengan kos pembinaan loji pembersihan air di Padang Sanai berjumlah RM155 juta berbanding harga sepatutnya mengikut piawaian hanya di sekitar RM50 juta ke RM60 juta sahaja.

Satu lagi loji yang turut didedahkan ialah loji pembersihan air di Lubuk Buntar yang berharga RM65 juta berbanding harga sebenar di antara RM25 juta ke RM30 juta sahaja.

Turut bersama mengiringi Ahmad ialah Timbalan Ketua DPPNK, Muhammad Sanusi Md Nor, Naib Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, Setiausaha DPPNK, Mohd Rosli Azmi dan beberapa Exco DPPNK.

Pena : tahniah kepada ustaz Ahmad Yahya yang sebelum ini tiada ternampak sebarang reaksi dari Pas Kedah dalam isu air ini.

Ini adalah kerana satu satunya isu yang melibatkan kepentingan bersama , tidak kira apa juga fahaman politik individu itu.

Cadangan : Perlu juga Pas Kedah membuat satu simposium atau satu hari berkampung untuk membincangkan isu ini.

Ini adalah kerana kenaikan Tarif dari 27%  hingga  44% bukanlah mudah untuk diterima oleh rakyat Kedah. Samalah juga seperti

kenaikan harga minyak, gula, tepung dan sebagainya. Semuanya diikuti dalam keadaan terpaksa.

Jangan sampai rakyat Kedah menghukum PR pada PRU13 nanti !.

Apa yang menarik saya perhatikan hutang Kerajaan BN dulu sebanyak 1.7 bilion itu boleh dihapuskan begitu saja.

Kenapa?..Bukankah slogan BN  ‘tradisi membela rakyat‘..

Sedangkan  kerugian  BBMB, Perwaja Steel, MISC dan lain lain isu bertaraf  ‘Gergasi’ semuanya boleh di BILL OUT oleh kerajaan Pusat. Masakan air untuk rakyat Kedah yang selama ini duduk di bawah pentadbiran BN selama 50 tahun tak boleh ‘dihalalkan‘  untuk rakyat Kedah?.  renung renungkan..

Pemimpin Pas Kedah  harus sedar itu semua boleh di  ‘ RIGHT OFF‘  oleh kerajaan Pusat.

Jangan kita menjadi penolong kepada rakyat Kedah untuk berhutang kepada kerajaan Pusat selama 40 tahun bagi menjelaskan

hutang air itu..ingatlah walau kita dah mati pun, hutang itu belum selesai lagi!.

Tarif Air Kedah: Kenyataan Warta Kedah


Berdasarkan kenyataan dari ‘warta Kedah’ diatas beberapa persoalan kini timbul..

Jika projek di Padang Sanai dikatakan terlalu mahal dari kos sebenar, kenapa baru sekarang hendak dibentangkan kepada rakyat.

Kenapa negeri negeri Johor,Melaka ,Kelantan dan Pulau Pinang belum lagi mengumumkan Tarif yang baru.

Hutang SADA pada Utara Indah SB sudah pun tamat pada 2009 yang lalu.! kenapa rakyat pula mesti tanggung pada tahun 2010.

SADA ditubuhkan 2010..adakah saya tersasul !

Taliworks (Langkawi) SB…jika benar dari  Warta Kedah di atas..kini sudah pun tidak mempunyai apa apa hubungan dengan SADA.

status sebagai penyelenggara air di Langkawi sudah pun tamat pada 2009.adakah masih munasabah untuk rakyat Kedah terus

dipermainkan.

Adakah logik kerana harga air tidak pernah naik  selama 17 tahun maka perlu dinaikkan, dalam satu kenyatan MB Kedah sebelum ini (rujuk pada Manifesto Pas kedah),MB telah berjanji tidak akan menaikkan harga air kerana ” kita adalah Kerajaan Berkebajikan” , takkan hanya Slogan saja.

Nisbah untuk satu keluarga sederhana yang berpendapatan rendah Bil Terbaru SADA  pasti membebankan, kerana majoriti rakyat

Kedah adalah berpendapatan dibawah 1500 rm.

%d bloggers like this: