Category Archives: Nusantara

Masjid Dibakar Di Myanmar


lashio

YANGON – Keganasan agama merebak ke kawasan baharu di Myanmar dengan sekumpulan penduduk membakar sebuah masjid dan rumah anak yatim penganut Islam di sebuah bandar di timur laut negara berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.

Keganasan tersebut berlaku selepas khabar angin tersebar bahawa seorang lelaki Islam membakar seorang penganut Buddha wanita.

Media tempatan melaporkan, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kekacauan tersebut pada petang kelmarin di bandar Lashio, dekat sempadan China.

Setakat ini, jumlah kemusnahan dan angka kecederaan akibat keganasan tersebut juga tidak dipastikan.

Keganasan berdarah antara orang Islam dan penganut Buddha bermula sejak tahun lalu di barat Myanmar sebelum merebak ke beberapa buah bandar di tengah negara itu.

Insiden terbaharu itu meningkatkan kesangsian sama ada pentadbiran Presiden Thein Sein berupaya bertindak untuk mengekang keganasan di Myanmar.

“Merosakkan bangunan agama dan mencetuskan kekacauan agama adalah tidak wajar untuk masyarakat demokratik yang ingin kita pupuk,” kata jurucakap Presiden, Ye Htut di laman Facebooknya.

“Sebarang perbuatan jenayah akan ditangani berlandaskan undang-undang negara,” tambah kenyataan tersebut.

Stesen televisyen negara ini melaporkan tangkapan awal dibuat melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang didakwa membakar seorang wanita beragama Buddha.

Menurut laporan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai berketurunan India yang beragama Islam mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa sebelum membakarnya.

Wanita itu kini dirawat kerana melecur di dada, tangan dan belakang badannya.

– Agensi

Gambar Anita Bercium Sampai ‘Bergulung’ Pulak Tersebar


Puak puak ni memang patut jadi haram jadah pun..

Perasaan malu tak dak dah dalam diri depa kot..Gila..lepas bercium sampai bergulung pi upload ke internet pulak..

Patut pun Allah SWT berfirman..’Sesat mereka itu lebih teruk dari binatang’..patut laa MUI nak banned semua artis seksi seksa di Indonesia.

Gambar Anita bercium tersebar

Sekali lagi gambar gelagat tidak senonoh artis tempatan menjadi perhatian orang ramai.

Minggu lalu masyarakat digemparkan dengan gambar aktres remaja Nikita Willy beraksi kurang sopan dengan teman lelakinya.

Semalam gambar pengacara dan penyanyi Anita Hara sedang berciuman dengan seorang lelaki pula tersebar luas.

Dalam salah satu gambar itu, bintang filem “Arisan Bondong” itu menjulurkan lidahnya ke bibir dan lidah lelaki itu.

Dalam gambar yang lain pula, Anita, penyanyi lagu “Dasar Cowok” itu kelihatan masih bercumbu dan dengan berani menunjukkan kemesraannya dengan lelaki itu.

Ada lima keping gambar yang menunjukkan aksi Anita yang intim bersama seorang lelaki yang dikatakan sebagai teman lelakinya.

HM

Gambar Airport Don Mueng Thailand dan Chao Phraya Tenggelam


PESAWAT dan kereta di Lapangan Terbang Domestik Don Mueang di Bangkok, Thailand ditenggelami air, hari ini. Banjir itu memaksa Pusat Bantuan Banjir Kerajaan dipindahkan dari Don Mueang. Sekurang-kurangnya 373 terkorban dan lebih 2.4 juta rakyat negara itu terjejas. – Foto EPA

90 peratus kawasan Lapangan Terbang Don Muang dinaiki air bah

BANGKOK: Hampir 90 peratus kawasan di Lapangan Terbang Don Muang, di bahagian utara Bangkok, kini ditenggelami air sedalam kira-kira 50 sentimeter berikutan banjir terburuk, kata pengarahnya, Kanpat Mangkalasiri,semalam.

Beliau berkata pihaknya bekerja terusmenerus bagi mengepam air keluar dari lapangan terbang itu tetapi parasnya tetap meningkat dan tidak boleh dimasuki kenderaan kecil.

Sementara itu Timbalan Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Suk Puangthum, berkata pihaknya menambah ketinggian benteng penghalang banjir daripada 2.5 hingga 3.0 meter, kepada 3.5 meter.

MANGSA banjir menaiki bot selepas diarah berpindah kerana air semakin melimpah di sekitar kawasan Sungai Chao Phraya, semalam.MANGSA banjir menaiki bot selepas diarah berpindah kerana air semakin melimpah di sekitar kawasan Sungai Chao Phraya, semalam.

Istana Besar Thailand dinaiki air, benteng penahan banjir boleh runtuh bila-bila masa

BANGKOK: Sungai utama merentasi ibu negara Thailand mencatatkan rekod tertinggi semalam, menyebabkan kawasan bangunan bersebelahan sungai dan kompleks diraja dilanda banjir di tengah fenomena air pasang besar yang dibimbangi akan meruntuhkan benteng banjir dan menyebabkan ibu negara dilanda banjir.

Air separas buku lali dari Sungai Chao Phraya melimpahi satu kawasan masuk ke Istana Besar yang dihalang dengan beg pasir. Pihak tentera dilaporkan mengepam air keluar manakala pelancong masih lagi memasuki kawasan yang dilindungi tembok putih itu.

Sungai berkenaan turut melimpahi jalan raya di luar pintu istana selama beberapa hari tetapi air dilaporkan semakin surut menjadikan jalan berkenaan kembali kering.

Bagaimanapun, air pasang lebih besar daripada biasa di Teluk Thailand dijangka memuncak hari ini, menghalang banjir daripada ke utara, dan dibimbangi akan memenuhi kawasan bandar. Kerajaan juga bimbang penghalang utama dan tembok akan runtuh.

Air pasang pagi semalam berlalu tanpa runtuhan besar tetapi air dikatakan mencecah kawasan sungai berhampiran daerah perniagaan utama di Silom dan Sathorn.

Tembok banjir berkenaan menghalang kawasan bandar raya 2.5 meter dan air pasang pada Sabtu dijangka mencecah hingga 2.6 meter.

Sebanyak tujuh daripada 50 daerah di Bangkok semuanya di utara, dilanda banjir dan penduduk terpaksa menggunakan rakit buluh untuk bergerak dan trak tentera serta mengharungi air setinggi paras pinggang. Lapan lagi daerah dilaporkan sudah mengalami banjir yang berkurangan. Banjir kilat dilaporkan di tenggara bandar raya itu semalam apabila sebuah terusan melimpah di jalan Sukhumvit.

Banjir berkenaan, paling buruk di Thailand sejak separuh abad membunuh hampir 400 penduduk dan menyebabkan lebih 110,000 lain hilang tempat tinggal.

Penganalisis ekonomi berkata banjir turut mengurangkan ramalan Keluaran Dalam Negara Thailand pada 2011 sehingga 2 peratus. Kerugian dianggarkan RM18.38 bilion boleh meningkat dua kali ganda jika Bangkok ditenggelami banjir.

Kebanyakan Bangkok masih lagi kering dan hampir kebanyakan sembilan juta penduduknya sedang berjaga-jaga melindungi kediaman mereka.

Kebimbangan berlaku di kawasan tengah Bangkok di mana penduduk Thailand dan ekspatriat cuba mendapatkan perlindungan di luar Bangkok manakala kerajaan asing menggesa rakyat mereka mengelak ke Bangkok.

Jabatan Negara Amerika Syarikat berjaga-jaga terhadap penduduknya yang mahu ke Thailand terutama di kawasan terjejas dengan banjir termasuk Bangkok disebabkan masalah pengangkutan dan kekurangan bekalan makanan.

AP

Julia Perez Kena Cop ‘Artis Porno’


Ulama cop jupe ‘artis porno’

Penyanyi dangdut Julia Perez berkata, dia mahu bertemu dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana digelar sebagai aktres porno oleh majlis itu.

“Saya mahu bertanya kepada mereka apa maksud mereka mengatakan saya artis porno. Saya mahu bukti di mana saya dikatakan memberi aksi porno. Saya mahu berjumpa dengan MUI secepat mungkin.

Katanya, dia keliru kenapa persembahannya sering diharamkan sedangkan gerak tarinya tidak keterlaluan.

Julia Perez yang dikenali ramai sebagai Jupe, juga dilarang membuat persembahan di Palembang kerana dia antara tujuh penyanyi dangdut yang dikatakan tidak senonoh.
“Saya cuma mahu berkarya, saya bukan pengganas dan saya bukan korup.

“Saya tak mahu meradang begini. Saya cuma mahu berkarya dan tidak diganggu,” katanya seperti yang dilaporkan oleh vivanews.com

HM

Nota: Majlis ulama indonesia ada cukup bukti kukuh untuk mengeluarkan kenyataan.Beberapa laman web seksi indonesia telah mendedahkan gambar gambar ‘panas’ julia perez.

baju tayang dada diatas berharga $31,000.00 lebih..

manusia ni gila macam macam punya duk ada.

Anang dan Ashanty Tak Mandi Hadas ?


Betul ke depa tak mandi hadas?

Mana laa aku tahu depa buat apa dalam studio tu kerana dalam bilik tu cuma depa berdua saja..

MINUMBULKAN SYAK..itu kata ugama, jangan duduk berdua duaan dengan bukan muhrim,kalu nak duduk jugak kena laa nikah dulu..hangpa nak kata gossip ka apa ka..kata pii laaa..

Anang dan Ashanty ngaku tak mandi

JAKARTA: Pasangan penyanyi duet, Anang dan Ashanty terpaksa bermalam di Studio RCTI kerana jadual mereka yang padat.

Malah, ketika mereka muncul di rancangan DahSyat, mereka mengaku yang mereka tidak mandi.

Ashanty berkata, walaupun tidak mandi, dia dan kekasihnya tetap memberus gigi dan berdandan.

“Kami berdua tak mandi. Kami memang orang yang ringkas, tapi kami tetap tak lupa gosok gigi. Wangilah,” kata Ashanty di Studio RCTI, semalam.
Anang pula mengaku yang dia bangga dengan Ashanty yang sanggup tidur di studio dan bersikap profesional.

“Dia seorang yang pandai menyesuaikan diri dan tahu membezakan yang mana penting,” kata Anang.

Walaupun Anang sudah tidak sabar untuk berumah tangga, Ashanty masih belum mahu melepaskan status bujangnya. Dia setuju untuk berkahwin dengan Anang pada 2013.

Kata Ashanty, dia dan Anang masih mencari masa yang tepat untuk melangsungkan perkahwinan.
Ashanty mahu menumpukan perhatian kepada kariernya dulu.

“Kami harus mencari waktu yang sesuai. Bulannya, tahunnya. Kalau boleh, biarlah dua tahun lagi,” katanya lagi.

Ashanty mengaku, Anang memang tidak sabar untuk berkahwin tetapi Ashanty sentiasa meminta kekasihnya itu bersabar.

“Dia sudah berumur dan tidak sabar untuk berkahwin. Selama ini orang menganggap dia yang melengahkan pernikahan kami tapi sebenarnya saya mahu begitu,” katanya.

HM

Gambar Kilang HONDA Tenggelam Kerana Bah Thailand


Banjir terburuk di Thailand

DITENGGELAMI AIR…Gambaran dari udara menunjukkan ratusan kereta di kilang kereta Honda yang terletak di ibu kota Ayutthaya, di tenggelami air ekoran banjir besar yang melanda Thailand sejak Ahad lalu.

Banjir tersebut telah mengorbankan 500 orang setakat ini. Selain Thailand, negara jiran seperti Kemboja, Vietnam serta Filipina turut bencana yang serupa. -Foto AFP

Harga cili Siam melambung naik

Banjir di Thailand telah menyebabkan harga cili di Malaysia melambung tinggi dengan harga RM10 bagi sekilogram.

Harga tersebut naik dua kali ganda daripada harga biasa yang dicatatkan pada waktu semasa.

“Kita sangat bergantung kepada bekalan cili Siam dan cili merah daripada Thailand kerana petani di negara ini amat kurang menanam tanaman tersebut.

“Oleh kerana banjir besar yang melanda Thailand maka bekalan yang diperolehi kurang dan ini menyebabkan harganya melambung tinggi. Namun kita jangka masalah ini hanya akan dapat diatasi dalam masa yang singkat sebaik sahaja banjir di Thailand pulih sepenuhnya,” kata Presiden Kesatuan Penjual Sayur-Sayuran Malaysia, Soo Cheng Kee

“Buat masa sekarang pengguna boleh memilih untuk menggunakan cili kering atau pes cili. 90 peratus bekalan cili Siam dan cili merah yang dijual di Malaysia datang dari Thailand.

“Banjir besar yang melanda Thailand telah menyebabkan 30 daripada 77 wilayah di bahagian utara dan tengah negara itu terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong menasihatkan pegimport sayur-sayuran di negara ini untuk mendapatkan bekalan mereka daripada negara China bagi mengatasi berkenaan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pelancongan Malaysia China, Paul Paw berkata mereka yang menempah tiket untuk melancong ke Thailand usah bimbang kerana jadual perjalanan ke negara itu berjalan seperti yang dirancang.

mStar

%d bloggers like this: