Hang biaq betui bro..Apa pasal lak?….hang ingat PM Najib Rosmah shopping kuat tak tahu ke kisah perjuangan ‘Pemuda Gua’ tuu..
Sebelum ke tanah suci Makkah al Mukarramah PM duk study dah bab perjuangan pemuda yang ikhlas berjuang menentang pemerintah korupsi,zalim lagi tak tahu malu….sampai depa tertidur beratus tahun dalam gua.
Oleh yang demikian maka PM telah cuba untuk menunjukan contoh tauladan Ashabul Kahfi pada mesyuarat CHOGM.Ada kemungkinan selepas PRU13 PM dan gerombolannya akan melakukan tindakan seperti Pemuda Gua itu…Depa nak pii tang mana,yang tuu aku tak tau laa..hahaha hahahaha.
Fe’el Pak Lah pun nampak gayanya dah masuk dalam disiplin Najib…hahahaha
Gambar Najib tidur semasa CHOGM memalukan
Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth Australia minggu lalu.
Laporan AntaraNews.com bertajuk “Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa” itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan.
Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.
Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.
Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.
Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan “Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global”, dengan sub-tema “Wanita Sebagai Agen Perubahan”.
Kd