‘Gambar Bogel itu Hanya Untuk Suami Saya’ – artis


Hanya untuk suami saya kata S.Johansson

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Aktres Scarlett Johansson bercakap mengenai skandal gambar bogelnya dalam wawancara bersama majalah hiburan, Vanity Fair kelmarin.

Dalam wawancara itu, Johansson berkata, tidak salah dia merakamkan sendiri foto-foto bogel tersebut kerana koleksi berkenaan adalah untuk suaminya ketika itu, Ryan Reynolds.

“Saya mengetahui sudut terbaik saya. Saya bukannya bergambar untuk majalah lucah. Gambar-gambar ini untuk suami saya. Kalau saya bergambar porno sekali pun, ia bukan satu kesalahan,” kata aktres berkenaan.

Popular menerusi filem The Avengers, aktres berusia 26 tahun itu menjadi mangsa penyebaran gambar-gambar bogelnya di Internet pada September lalu selepas akaun e-mel peribadinya diceroboh penggodam komputer.

Wawancara eksklusif itu disiarkan dalam edisi Disember Vanity Fair yang akan berada di pasaran AS pada 9 November ini.

Reuters

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: