Tag Archives: Najib Rosmah

Siapa Tahu Apa Yang Najib Rosmah Bisikkan Pada Taib Mahmud ?


Dimana Najib sekarang? banyak e mail bertanyakan lokasi beliau..

Apakah sesuatu yang menjadi rahsia antara mereka berdua?

Atau suatu agenda penting antara dua ketua partai ini?

Jawapan itu pasti ada..

Beranikah Najib ambil tindakan pada Taib ?

Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

“Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.

“Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat  dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.

“Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri,” tegasnya.

masdar wahid

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25143

Video Seks: Apa Cerita Kes Bunuh dan Lembu ?


Video seks: Bagaimana kes bunuh dan lembu, Anwar selar polis

Anwar menyelar Perdana Menteri, datuk Seri Najub Tun Razak kerana sibuk memfokus kepada politik sampah sedangkan banyak lagi penjenayah seperti yang terlibat dengan kes bunuh dan skandal lembu nampaknya sedang lepas bebas.

De-facto Ketua Pembangkang yang berusia 64 tahun itu yang dijangka berpeluang menumbangkan kuasa BN yang sudah pun berusia 5 dekad tidak menyatakan secara spefifik siapakah penjenayah yang dimaksudkan beliau.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini skandal-skandal politik di Malaysia, sudah tentu boleh meneka bahawa beliau merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib.

Skandal lembu pula tidak lain tidak bukan adalah Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Keluarga beliau telah dituduh menggunakan RM83 juta daripada dana projek ternakan lembu negara, NFC. Menyalahgunakan kuasa mereka dengan membeli kondo mewah bernilai RM10 juta disamping mengenakan kos percutian RM800. 000 .00 untuk keluarga beliau.

“Inilah kerja mereka. Kita tiada pilihan lain selain berhadapan dengan mereka dan berusaha keras dalam pilihan raya seterusnya. Mereka sebenarnya takut berhadapan dengan kita jadi mereka gunakan pelbagai taktik kotor dan jahat .” Beritahu Anwar kepada wartawan di luar balai polis Kepong, Rabu.

Sandarkan harapan pada laporan yang dakwa lelaki dalam video adalah 99% sahih Anwar untuk menumbangkannya

Anwar telah dipanggil untuk menjawab dakwaan bahawa beliau telah menyedari bahawa beliau memberi maklumat palsu berkenaan kes video seks Datuk T. Polis menyandarkan harapan pada laporan dari AS yang mendakwa bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar untuk memerangkap beliau memandangkan pilihan raya mungkin diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Siasatan dimulakan setelah pegawai penyiasat DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan bahawa Anwar telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 182 di bawah kanun keseksaan. Jika disabit, Anwar boleh berhadapan dengan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM 2000. Polis Malaysia adalah dibawah jagaan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu Najib.

Hishamuddin pernah menyatakan bahawa siasatan telah pun selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi, menurut Anwar, kes itu telah dibuka semula dengan memasukkan keterangan beliau.

Polis tidak boleh dipercayai

Anwar turut menyelar pihak polis kerana gagal bertindak atas laporan yang beliau buat atas Trio Datuk T. Anwar mendakwa mereka bertindak atas dasar ingin melakukan jenayah intimidasi.

Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Umno iaitu Shazryl Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim telah pun mengaku bahawa mereka telah membuat tayangan umum video itu dengan niat untuk meyakinkan Anwar dan isterinya Wan Azizah supaya berhenti daripada politik dalam masa 7 hari. Walaupun mereka telah mengakui niat mereka itu, pihak polis tidak mengendahkan tuntutan anwar untuk mendakwa trio Datuk T katas tuduhan jenayah intimidasi.

“Laporan saya adalah mengenai ancaman politik, jenayah fitnah dan intimidasi tetapi sekarang mereka hendak siasat saya semula hanya untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut. “ujar Anwar.

Malaysia Chronicle

Cerita professor kangkung video kantoi..

greenblacks.blogspot.com

Gambar Hajjah Rosmah dan Haji Najib Yang Dinantikan.. Part II


Persoalan terkini lebih menarik dari semalam..

Ulama dan bijak pandai agama Umno kemana mereka sekarang?

Para mufti ,JAIS,JPM dan seangkatan dengannya apa respon terbaik untuk isu ini?

Jamil Khir nak bagi jawapan apa pulak?

Bak kata pepatah gambar menafsirkan seribu kenyataan..Gambar boleh direka,gambar bukan hujjah terbaik tetapi gambar beserta saksi ,itu suatu kenyataan untuk apa yang berlaku..

Inikah apa yang disebut oleh anak Tun Mahathir …Najib rosmah sudah murtad !..Nauu’zubillaahi min zaalik..mohon perlindungan Allah dari gejala sedemikian.

gambar dari Nukilan Bro…

manjongmari

Gambar Hajjah Rosmah dan Haji Najib Yang Dinantikan


.

.

.

Rakyat Malaysia menantikan kepulangan Tuan Haji Najib dan First Lady Hajjah Rosmah dengan kesabaran untu melihat adakah jambul bik mama akan hilang setelah menunaikan fardhu haji.

Nampaknya seperti telahan beberapa blogger otai adalah tepat..Anda dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri ‘PERUBAHAN’ itu.ini bukan gambar super impose.

Blog ini juga berharap akan dapat menyaksikan perubahan pada jambul Hajjah Rosmah pada posting yang lalu. Apa pun segala yang berlaku itu adalah pilihan masing masing..Semuanya berada dalam ‘ilmullah‘.

wallahu aa’lam.

Tergamak Anak Tun Mahathir Kata Najib Rosmah Murtad !


Fuyooo..anak angkat Tun M kata Najib Rosmah murtad..ini bukan blogger pro Pakatan rakyat atau indipendent bro..

Pentempuran antara Mahathir dengan Najib Rosmah semakin memuncak, kalau sebelum ini Mahathir menggunakan blog-blog pronya seperti Kmu, anak-anaknya juga turut membantunya menghentam Najib,,,

Tetapi ini aku kira sudah kira berat,, najib & The gang tengah dok buat haji, boleh ditohmah sedemikian rupa,,, hebat puak-puak UMNO sesama mereka pun dah ghuyubbb, maka tak hairanran kalau dengan pembangkang…
Apa pun ini semua datang dari Allah, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, tak perlu Umat Melayu dari Parti pembangkang yang hentam Najib, tetapi Allah hantar sesama mereka melaksanakannya… Wallahhuaklam….
Tahniah.. nampaknya semangat keberanian Afghanistan tertanam dalam anak angkat Mahathir ini…
.
Nukilan Bro…manjongmari.blogspot

Kisah Haji Najib dan Haji Malcolm X di Mekah


Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk  Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

“Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22667

%d bloggers like this: