Jais dan Polis Serbu Gereja Anjur Majlis Makan Malam


Apa motif Jais kali ini?

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia,” kata Ho kepada The Malaysian Insider malam tadi.

“Kebanyakannya beragama Kristian… ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Mengikut maklumat laman web, Harapan Komuniti menggambarkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kepada mangsa malapetaka, ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit Aids tanpa mengira kaum.

Ho berkata pihak berkuasa tidak menahan sesiapa tetapi merampas aturcara program di samping menyoal penganjur majlis dan hadirin.

“(Mereka datang) ekoran aduan dan memberitahu ada orang membuat satu aduan,” kata beliau.

Bagaimanapun Ho memberitahu pihak berkuasa itu tidak menjelaskan kandungan aduan.

Serbuan malam tadi di negeri ditadbir Pakatan Rakyat muncul dua minggu selepas Putrajaya menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • along  On August 5, 2011 at 11:57 pm

    Soalan yang penting ditanya ialah mengapa ada orang Islam digereja dimalam Ramadan yang mulia ini. Saya difahamkan mereka juga berbuka puasa digereja. Bukan kah ini satu yang aneh? Mereka sepatutnya berbuka di masjid atau surau dan menunaikan solat magrib terlebih dahulu sebelum ke gereja kalau perlu. Bagaimana mereka boleh menunaikan solat Magrib kalau digereja?

    Bukankah mereka juga sepatutnya solat isya dan bertarawikh bersama Muslim yang lain?
    Apakah fungsi yang mereka hadiri untuk mengumpul derma yang dianjur oleh pihak komuniti bukan Muslim itu lebih penting dari solat isya dan tarawikh berjamaah?

    Kalau mereka betul2 ingin berderma sepatutnya dibulan ramadan ini mereka berderma kepada anak2 yatim atau infaq fi sabilillah. Apa kaitan nya fungsi di gereja dengan fi sabilillah?

    Saya rasa Muslim2 ini jahil tentang agama Islam dan pihak gereja sengaja menjemput mereka kemajlis digereja untuk menjinak hati mereka kepada agama kristian. Kejahilan mereka terhadap Islam mudah diperalatkan oleh pihak gereja untuk menarik mereka masuk agama kristian.

    Tindakan JAIS adalah wajar dan tepat kali ini.

    • abu shahid  On August 6, 2011 at 12:10 am

      Terima kasih tuan yg bertanya..

      Boleh berikan bukti mereka itu berbuka puasa di gereja? sebelum kita sambung kepada hal lain lagi..

      Jelasnya Jais menyerbu tanpa ‘waran’ sebagaimana dikatakan ada unsur ‘murtad ‘ disitu.Fakta waran perlu jelas kerana tindakan Jais dikatakan untuk menghalang mereka itu dari tertarik kepada kristian.

      PM Najib bertemu Pope ,adakah itu bermakna PM sudah tertarik kepada kristian,sudah tentu tidak bukan.

      Persoalan mengenai solat maghrib, isyak dan sunat tarawih..kita pun tak nampak mereka mengerjakan solat wajib dan solat sunat itu di gereja.Betulkah mereka itu datang ke gereja pada waktu itu? tambah pening lagi ni.

      Seperkara lagi tidak bolehkah solat di gereja, ini kena tanya pada orang yg lebih arif soal agama…

  • gen2racing  On August 6, 2011 at 10:54 pm

    masih terang nak berselindung lagik?

    tu gerakan memurtadkan umat islam…..

    • abu shahid  On August 7, 2011 at 1:24 am

      Boleh saja kita gunakan emosi..apa pun kita tunggu apa laporan selanjutnya.

      isu sensitif ini tidak kemana, akhirnya kebenaran pasti akan timbul.

  • Ghaz Al-Malazie  On August 6, 2011 at 11:46 pm

    Saiyidina Omar RA pernah menolak mengerjakan solat di gereja oleh pembesar Kristian atas alasan khuatir orang islam satu ketika nanti boleh merampas kereja. Mungkin yang lebih besar lagi, orang Islam jangan jadi terseleweng dari aqidah apabila sujud dihadapan salib. Jadi kita ikut Saiyidina Omar RA, bersilaturrahim dengan agama lain, tetapi, tentang aqidah jangan kompromi.

    • abu shahid  On August 7, 2011 at 1:22 am

      Benar kata tuan sudah banyak gereja di eropah telah dibeli untuk dijadikan musolla dan masjid.

  • Abdullah  On August 7, 2011 at 7:26 am

    Mari kita berjihad akan nafsu-nafsu kita sendiri dan tunggu laporan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab?
    Sebagai ingatan diri dan bersama terutamaNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: