Tag Archives: JAIS

5 Gadis islam ‘Terlampau’ Sertai Ratu Cantik Borneo 2011


5 peserta islam ratu cantik degil

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

.
Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.
Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.
Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.
Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.

.
Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

.
“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

.
“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.
“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

HM

Nota: Dimana letaknya akta berpakaian sopan menurut agama islam? atau pun belum ada akta lagi untuk berpakaian sopan. Merdeka dah lama pun, takkan laa soal macam ni pun nak tunggu orang kritik dulu.

Macam mana kes khalwat jika ada orang kata itu hak individu jugak? poning kepalo den.

Kisah Semalam: BoB Lokman Tibai Pegawai JAIS


Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.

“Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan,” katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik…MalaysiaKini

???..Pegawai JAIS sampai 20 orang beb…macam kes nak tangkap basah laa pulak!
Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.
Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.
Selang 5 minit Bob menelefon aku. “Cepatnyerr sampai berita nie…”. perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. “Biasalaa bang….zaman sekarang kan zaman teknologi.” balas aku. “Betul kerr citer nie bang….cer citer cer citer…”. gurau aku.
Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. “Apa kesalahan aku?”. tanya bob.

“Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan”. ujar Pegawai tersebut.Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab “Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer… sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak… jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan”. ujar bob. “waktu nie aku tengook sumer kecik jerk…” bob bagitaw aku…..hi3

“Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa”. ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap “Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang” ujar bob kepada aku.
Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung “Tazkirahnya” sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.
“Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena “tazkirah” dengan aku”. ujar bob di akhir perbualan.
Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini….Takbir!!!!
Teratak kampungku

Anak Pengarah Mana Pulak Kena Cekup Khalwat ?


Penguat kuasa JAIS, MPSepang periksa bilik hotel disewa jam 3 pagi

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

“Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.
“Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah.

oleh fakhrurrazi usuldin

JAIS Buat Caca Marba Lagi


JAIS dakwa Khalid samad kerana tazkirah tanpa ‘tauliah’

 Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.(Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais)

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

“Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais,” kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.

Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.

Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais.

PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu.

Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

“Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.

“Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.

“Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.

“Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.

“Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

“Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan,” cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya.

Hd

Mengapa MAIS,JAIS Tinggalkan Beban Kepada Sultan?


Timbul persoalan di kalangan rakyat, adakah Sultan Selangor sudah disembah maklum, bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lepas, kerana terdapat unsur-unsur memurtadkan orang Islam?

Apakah pihak istana sudah dimaklumkan secara terperinci dan mengetahui sejelas-jelasnya apa motif serbuan dibuat ke atas DUMC dan apakah Sultan sudah dinasihatkan mengenai kesan ataupun implikasi yang akan tercetus daripada tindakan Jais ini?

Jika pemakluman sudah diketahui istana, jika nasihat sudah diberikan kepada Sultan, maka bolehlah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato’ Mohd Adzib Isa, melepaskan beban ini kepada istana.

Adzib dilaporkan dengan tegas, mengatakan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas DUMC, secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu, terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas, tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Kenyataan Adzib ini, dibalas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang menegaskan, tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.

Beliau yang juga Adun Meru berkata, tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.

Tegas Dr Abdul Rani, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor tidak tepat.

“Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai, satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.

“Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan. Apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan,” katanya.

Justeru Abdul Rani menasihatkan Adzib dengan mengatakan, “Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor.”

Ada beberapa perkara yang harus diteliti daripada kenyataan Adzib dan tindakan Jais. Pertamanya Adzib memperakui, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak ada kena mengena dengan serbuan Jais ke atas DUMC.

Oleh itu usaha-usaha jahat media talibarut Umno dan NGO upahan untuk menyalahkan PAS mahupun kerajaan negeri tidak seharus berlaku. Jais bertindak sendirian.

Implikasi kedua ialah, terdedahkan sikap segelintir penguasa di Mais dan Jais yang tidak menghormati dan tidak mengiktiraf peranan kerajaan yang dipilih secara sah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Sikap sebegini tidak harus diterima dan mereka yang terbabit dalam tindakan membelakangi kerajaan negeri harus dihukum.

Ketiga, apa yang dikatakan Adzib, jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan demokrasi. Kita diperintah menggunakan sistem Raja Berpelembagaan. Iaitu, kuasa bernaung di bawah Raja, manakala kuasa eksekutif di bawah kerajaan negeri. Kita tidak diperintah secara absolute monarchy.

Maka, oleh kerana kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor, adalah di bawah kerajaan pusat, maka secara tidak langsung, mereka boleh digerakkan untuk mensabotaj kerajaan negeri. Dan oleh kerana Umno-BN yang menguasai pegawai, maka apakah tidak mungkin Umno tidak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau Umno yang jahat, jangan sesekali ‘dibinkan’ kepada Sultan.

Implikasi keempat, jika benar Sultan sudah disembah maklum, sama ada menerusi Jais atau Mais, maka apakah tidak mungkin Sultan diberikan nasihat secara salah atau secara sebelah pihak sahaja?

Jika ini berlaku, pada hemat saya, ianya bercanggah dengan titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Shah Alam baru-baru ini, yang mahu pihak istana mendapat nasihat yang seadil-adilnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini kata baginda adalah untuk memelihara kesucian institusi Raja.

Masalah yang timbul di sini ialah, jika Adzib atau dahulu bekas Pengarah Jais, Dato’ Muhammad Khusrin Munawi yang menjadi penasihat Sultan, kesejahteraan negeri dan rakyat akan sentiasa tergugat.

Ini kerana, sudah banyak bukti dan rungutan rakyat, bahawa kedua-duanya menunjukkan kecenderungan yang jelas, iaitu memihak kepada Umno-BN dalam banyak event di Selangor. Banyak kenyataan dan tindakan kedua-duanya sebelum ini, bertentangan dengan kerajaan negeri. Jangan sesekali mereka sangka bahawa rakyat boleh menerima keadaan ini.

Persoalan kelima yang hendak dibangkitkan ialah, apakah dengan serbuan Jais ini, gejala murtad dapat dibendung? Atau sejauhmanakah keberkesanan pihak berkuasa agama di Selangor membendung gejala riddah dan kemaksiatan? Harus diingat bahawa mantan Mutfi Selangor, Almarhum Dato’ Ishak Baharom menjadi mangsa pihak yang rakus, kerana mempertahankan kesucian Islam dalam isu The Ship. Dosa-dosa mereka terhadap Almarhum akan dibalas Allah.

Peranan Jais dalam hal agama terlalu banyak dipertikaikan. Jais bukannya menjaga akidah umat Islam, sebaliknya mereka  memelihara ‘akidah’ Umno. Jais merobohkan surau kerana mendakwa surau dikuasai PAS, Jais menyerbu kuliah-kuliah agama pemimpin PAS, atas alasan mereka tidak diberi tauliah di Selangor.

Sebelum ini Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Muryidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, merupakan antara individu, yang sering menerima ancaman akan ditangkap atau dikenakan tindakan. Surat amaran Jais yang ditandatangani Khusrin melarang Ustaz Hadi kuliah di surau, masih ada dalam simpanan saya sebagai bukti.

Timbul pertanyaan, mengapa hari ini Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi dan lain-lain ada kalanya tidak dihalang daripada menyampaikan kuliah? Sebabnya, ada sebahagian tempat yang mereka pergi, jemaahnya, penduduknya bersifat rasional, Umno totok dah pupus.

Jais hanya akan bertindak apabila pencacai Umno di kariah tertentu menghubungi pemimpin Umno dan arahan itu dikeluarkan melalui pihak tertentu kepada pegawai Jais. Maka kelamkabutlah pengawai Jais menghubungi Nazir Masjid dan Pengerusi surau untuk menghalang kuliah diadakan.

Alasannya utama larangan Jais, pertamanya, kerana penceramah tidak mempunyai tauliah. Kedua, masjid dan surau bukan tempat berpolitik. Jika berpolitik, ia melanggar arahan Sultan kata mereka.

Dalam isu tauliah, sehingga kini tiada pemimpin PAS yang didakwa di mahkamah kerana berpolitik di masjid dan surau. Pengawai-pegawai Jais harus sedar, ulama-ulama seperti Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi, sebelum kebanyakan pegawai tersebut dilahirkan lagi, sudah mengajar agama di merata ceruk negara. Sila buktikan, pada masa mana, ajaran yang mereka sampaikan kepada umum, bercanggah dengan Islam?

Ulama-ulama ini tidak perlu diinterbiu untuk diberikan tauliah, malah merekalah yang layak menginterbiu penguasa-penguasa Jais sama ada kelulusan dan kefahaman mereka, cukup untuk menjadi penguatkuasa agama.

Dalam soal berpolitik di masjid. Persoalannya, adakah Umno-BN tidak pernah menggunakan masjid untuk pentas politik? Siap buat bacaan yassin dan solat hajat lagi untuk memenangkan calon BN yang beragama Hindu di Hulu Selangor. Mana penguasa Jais? Mengapa diamkan hal ini? Apakah masjid untuk pentas politik Umno-BN dibolehkan dan tidak melanggar arahan Sultan?

Ok, jika hal ini dikaitkan dengan titah Sultan, ulama manakah yang memberikan nasihat yang salah kepada Sultan, bahawa Islam melarang berpolitik di masjid? Sila tunjukkan pada ayat mana, prinsip mana yang jelas melarang berpolitik di masjid?

Pada saya, jika dalam menjaga soal agama Islam pun Jais berpihak dan mentadbir secara tunggang-langgang, bagaimana hendak diharap Jais menjaga akidah orang Islam?

Persepsi rakyat terhadap Jais ini disimpulkan secara mudah oleh seorang peniaga daging di Machang kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa. Tatkala peniaga daging itu terlihat laporan Utusan Malaysia mengenai serbuan Jais ke atas DUMC, beliau secara spontan berkata, “Buat apa hendak percaya Utusan? Jais pun tak boleh percaya kerana dia Umno.”

Rashidi Hassan

isu Gereja: Tun Madey Kata Orang Tak Percaya JAIS,MAIS


Sentimental pulak Tun M kita punya komen hari ni ..hahaha

Barangkali kesan ‘protes Bersih’ dari anak perempuan kesayangan masih terasa agaknya..

Jika perbuatan itu nampak seperti serbuan ,,apa kita nak kata lagi..

Serbuan bermaksud suatu tindakan yang menunjukan dengan sikap kasar…Kalu nak orang cakap bukan sebuan ,sepatutnya ikut prosedur.

Undang undang Malaysia untuk semua rakyat tidak kira kaum..Jika tidak patuh kepada prosuder undang undang tak kiralah sapa pun Jais ke Mais ke itulah akibatnya…

Betul laa Jais Mais dibawah Sultan Selangor..takkanlah ‘orang’ Sultan boleh mencabar undang undang?

‘Orang’ Sultan boleh buat sesuka hati?..sepatutnya orang Sultan kena tunjukan sikap sebagai pembawa imej peribadi Sultan, mestilah orang Sultan tak suka disebut mereka itu ‘samseng’ kan.

1. Kabarnya Ketua Pengarah Jais tidak tahu menahu kes serbuan ke gereja..ini pun satu haru biru jugak.macam mana KP boleh tak ada info. Jadi atas arahan siapakah sebuan tersebut dibuat?

2.’Bahan Siasatan’ boleh terlepas keluar dari JAIS MAIS..ini dah 2 kali haru biru..hahaha..Maksudnya Blog Umno lebih HEBAT dari orang Sultan?

Kena selidik rapi sebelum tindak: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.

Beliau melahirkan pandangan ini di sebalik isu Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.

“Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi.

Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir  berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.

“Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka,” katanya.

%d bloggers like this: