Akibat Percaya Mat Indon, Jamilah Terkurung di Acheh


JAMILAH (kanan) didakwa menderita dan dikurung di Aceh bersama anak-anaknya selepas ditinggalkan Ripin (kiri) beberapa tahun lalu.

Derita kakak di bumi asing

SIK – Seorang lelaki merayu mana-mana pihak supaya membantu mengesan kakak dan empat anak buahnya yang dikatakan menderita akibat hidup merempat dan dikurung di wilayah Aceh, Indonesia selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.

Nazri Hassan, 31, memberitahu, berita mengenai kesengsaraan yang dialami oleh lima beranak itu diketahui selepas Nazri menerima sepucuk surat daripada kakaknya, Jamilah, 35, yang meminta dia dan empat anaknya diselamatkan kerana mendakwa berada dalam keadaan bahaya.

Difahamkan, suami Jamilah yang dikenali sebagai Ripin Husin, seorang warga Indonesia, meninggalkan wanita itu untuk kembali menetap di negara ini beberapa tahun lalu bersama isteri mudanya mereka dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Nazri berkata, selepas mendapat surat itu, dia sekeluarga bertambah bimbang kerana menurut beberapa teman kakaknya, Jamilah dan anak-anaknya dipercayai dikurung.

“Kami sekeluarga bimbang dengan nasib kakak dan anak-anaknya yang dipercayai telah dikurung di Indonesia,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

ksm

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: