Mat Sabu Lancar ‘BERSIH 2’ di Komplek Pas Kedah Malam ini


Timbalan Presiden Pas bersama rakyat negeri Kedah

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dijadual melancarkan program Bersih 2 peringkat negeri Kedah malam ini (Isnin), di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, penampilan pertama Mohamad di Kedah selepas diberi mandat sebagai Timbalan Presiden harus dimanfaatkan semua ahli untuk mendekati pemimpin itu sebagai tanda memberi sokongan.

“Saya harap orang ramai hadir untuk mendengar ucapan sulung Timbalan Presiden baru selain mendekati pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mendapat gambaran yang jelas mengenai isu semasa termasuk program Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur 19 Jun ini,” katanya.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin negeri yang akan turut serta sebagai penceramah ialah, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik; Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf serta Presiden Teras, Azmi Abd Hamid.

Ahmad berkata, program yang bermula pada 9 malam itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap pelancaran Perhimpunan Bersih 2 di ibu negara minggu depan.

“Ini adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti politik untuk bergabung kuasa mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya pihak yang diamanahkan untuk menguruskan negara mengambil kira pandangan rakyat dalam urusan pentadbiran, dan bukannya sewenang-wenangnya mentadbir.

“Suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi kalangan masyarakat sedang berlaku, dan kami ingin pihak berkuasa menghormati suara-suara itu,” katanya.

Ahmad berkata, tuntutan yang dikemukakan dalam Perhimpunan Bersih 2 antaranya, mahu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, desakan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, akses media lebih bebas dan adil dan masa berkempen minima 21 hari.

Pada 10 November 2007 diadakan perhimpunan sama di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. ‘Gelombang Kuning’ yang dicetuskan oleh Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) menghimpunkan lebih 100,000 penyokong dari pelbagai latar belakang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil.

Sh

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: