Buku Jingga Tumbangkan Video Seks UMporNO di Kedah


Sambutan luar biasa dari orang Kedah kepada anwar dan rombongannya

Walau harga 1meja 1K itu bukan harga bagi sebuah perjuangan rakyat

Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi.

Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan.

Kira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam.

Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm – lewat satu jam dari jadual.

Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman.

Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia – separuh daripadanya dari masyarakat Cina – khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh.

mKini

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Zaaba  On June 12, 2011 at 10:45 pm

    Clown show memang la ramai org tengok…itu biasa…kalau cket org dtg itu “luar biasa”….apa nak heran bertanding 49 tapi menang 3…..itu biasa….tapi kalau menang 49 itu luar biasa…..

    • abu shahid  On June 12, 2011 at 11:16 pm

      hakikat nya 8% sudah berubah..jika perkara jugak berlaku di Semenanjung …Alhamdulillah banyak rakyat sudah sedar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: