‘Sebab Saya Tak Tahu Kira Duit’


Patut dijadikan idola anak muda

“Bukan setakat buku ini mencerita kehidupan Subky tetapi cara hidup beliau sekarang yang perlu menjadi idola anak muda,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas buku terbaru Subky Latif, Anak Apak yang dilancar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini.

Buku memoir Subky sejak kecilnya itu dilancarkan di Karnival MPH 2011 di Mid Valley Mega Mall.

Mohamad Sabu sepatutnya melancarkan buku itu namun di saat akhir ia telah tidak dibenarkan oleh pihak penganjur.

Tidak diketahui sama ada ia adalah arahan pihak tertentu atau daripada penganjur sendiri.

Namun atas dasar setia kawan, Mohamad hadir dalam majlis hari ini bersama Pak Samad.

“Dalam buku ini saya dapati, Subky rapat dengan semua orang yang hebat-hebat namun dia tidak senang dan kaya juga tetapi kekal sebagai wartawan dan negarawan.

“Dia kenal rapat dengan Datuk Harun, Jaffar Albar, Tun Razak, Tun Musa dan lain-lain.

“Inilah yang patut dijadikan turutan anak muda kita,” kata Mohamad.

Subky ketika ditanya selepas penyataan Mohamad Sabu kenapa beliau tidak senang sebagaimana orang lain yang senang selepas kena pembesar negara, menjawab penuh tersirat: “Sebab saya tidak tahu kira duit”.

Hd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: