Apakan Daya Jadi ‘Lauk’ Pak Arab


Kondo mewah jalan P.Ramlee tempat pak arab buat ‘bisnes’nya.

Kena Tipu Pak Arab Bulat-Bulat

KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia.

Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata.

Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut.

Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu.

Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan.

Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari.

“Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,’’ ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan NORAFZAN MOHD. ARSAD

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • malar  On December 12, 2011 at 4:07 pm

    Kebanyakan Pak Arab yang datang ke Malaysia ni pun bukan kaya mana pun, nampak bergaya je lebih tapi kaki auta. Sudah tu, berlagak macam Malaysia ni bapak dia yang punya. Itulah rakyat Malaysia kan sopan santun dan baik hati itu yang mereka ni berani pijak kepala. Saya cerita ni pun peringatan untuk semua. Kawan baik saya sendiri nyaris2 jadi mangsa kalau tidak ? Habis tergadai semuanya.. sekian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: