Tag Archives: Mat Sabu

‘Sebab Saya Tak Tahu Kira Duit’


Patut dijadikan idola anak muda

“Bukan setakat buku ini mencerita kehidupan Subky tetapi cara hidup beliau sekarang yang perlu menjadi idola anak muda,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas buku terbaru Subky Latif, Anak Apak yang dilancar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini.

Buku memoir Subky sejak kecilnya itu dilancarkan di Karnival MPH 2011 di Mid Valley Mega Mall.

Mohamad Sabu sepatutnya melancarkan buku itu namun di saat akhir ia telah tidak dibenarkan oleh pihak penganjur.

Tidak diketahui sama ada ia adalah arahan pihak tertentu atau daripada penganjur sendiri.

Namun atas dasar setia kawan, Mohamad hadir dalam majlis hari ini bersama Pak Samad.

“Dalam buku ini saya dapati, Subky rapat dengan semua orang yang hebat-hebat namun dia tidak senang dan kaya juga tetapi kekal sebagai wartawan dan negarawan.

“Dia kenal rapat dengan Datuk Harun, Jaffar Albar, Tun Razak, Tun Musa dan lain-lain.

“Inilah yang patut dijadikan turutan anak muda kita,” kata Mohamad.

Subky ketika ditanya selepas penyataan Mohamad Sabu kenapa beliau tidak senang sebagaimana orang lain yang senang selepas kena pembesar negara, menjawab penuh tersirat: “Sebab saya tidak tahu kira duit”.

Hd

Advertisements

PERKASAm Lari Tak Cukup Tanah Dikejar Anak Muda Rembau N.9


SAMM Sambut kehadiran PERKASAm malam tadi

Kehadiran orang ramai yang sungguh menggalakkan walaupun diancam akan menerima gangguan dari PERKASA

Dan seperti yang dijanjikan oleh puak-puak PERKASA, mereka turut menunggu-nunggu kehadiran orang yang paling amat mereka benci – Tn Hj Mohd Sabu. Sebaik saja Mohd Sabu tiba ke tempat ceramah, PERKASA mula berarak ke tapak ceramah. Anggota SAMM & Unit Amal bagaimanapun telah bersedia untuk menyambut kedatangan mereka kali ini.

Sempat pula Usup Benggali PERKASA memukul curi kepala Edyes dengan Haler (pembesar suara) dari belakang. Diulangi DARI BELAKANG!!. Tidak ubah macam perangai PONDAN!!. Lebih menggelikan hati, apabila PERKASA semakin menghampiri ke kawasan ceramah, akhirnya berlakulah insiden kejar-mengejar. PERKASA dihambat dan dikejar oleh komrad SAMM & Unit Amal. Bagaikan tidak cukup tanah mereka lari sejauh 2km dengan lintang-pukang dan tertinggal kain rentang yang dibawa.

Kain rentang PERKASA yang ditinggalkan setelah dihambat oleh SAMM dan Unit Amal.

Dan seperti biasa, selepas berjaya ‘selesaikan’ gangguan PERKASA, Chegubard meneruskan pidato di atas pentas.
Tn Hj Mohd Sabu sedang menyampaikan ceramah di Rembau.
Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.
.
Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.
.
Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.
Presiden PERKASAm dah lalok pekena obat batok…hahaha

Cerita kisah UMNO PERKASAm lari lintang pukang tak cukop tanah..

Eksklusif laporan blogger bro Edyes.com … program-ceramah-di-rembau-lancar-puak. .

Terkini: TPM Muhyiddin Yassin Dikejarkan ke Hospital


Berita baru masuk..

Tidak rasmi dan ada kemungkinan jugak hanyalah gossip..sok sek sok sek laa katakan…katanya beliau dimasukkan ke hospital Assuntau…tang mana pun aku tak tau.

TPM hari ini dengan rasmi mengaku bahawa Tanah Melayu pernah dijajah oleh British..

Pulak dah..habis 3 ekoq profesor kong kang tuu apa hal pulak,sekoq kling sekoq cina dan perempuan melayu..depa tu profesor tak sekolah laa kot..ka sijil depa pun macam sijil orang lain yang pi beli jugak..hahaha

Mampoih 3 ekoq kong kang tu…patut tarik balik semua gelaran depa tu…mangkuk betoi.

Mungkin hangpa ada cadangan lebih bagos dari aku…mai kita kongsi sama sama..hahaha hahaha

ini semua Mat Sabu punya pasal…hahaha..Patut laa hari tu Muhyiddin tak mo debat dengan Mat Sabu…hahaha

Muhyiddin akui negara pernah dijajah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa negara pernah dijajah di bawah pengaruh British namun dalam konsep yang berbeza.

“Dulu British beri nasihat kepada raja…dalam konteks ini (istilah) ‘the advice of commissionor must be accepted’ makna walaupun mereka (raja) ada tapi tidak bebas dan terpaksa ikut nasihat British,” katanya ketika menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wakil pembangkang itu ingin tahu sama ada negara pernah dijajah kerana menurutnya pada zaman penjajahan, Sultan dan Raja masih wujud dan menurutnya fakta sejarah ini banyak mengelirukan orang ramai terutamanya pelajar sekolah.

Muhyiddin berkata, atas konsep itu, perjuangan memerdekakan negara adalah perlu dan sumbangan pejuang seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak boleh diketepikan.

Beliau berkata, perjuangan kemerdekaan negara selama 54 tahun sehingga kini mempunyai signifikannya dan ianya tidak disambut pada setiap tahun dengan sia-sia.

“Itu faktor sejarah. Kalau tak, apa perlu perjuangan kita, tidak perlu debat panjang lebar, perkara diterima rakyat, 54 tahun sambut merdeka mesti ada signifikannya,” katanya.

Bernama

18SX: Video Sex Mat Sabu Yang Paling ‘Stim’


Apa ke bodohnya timbalan presiden Pas sekor ni asyik nak buat video sex aja..takde keje lain ke?

Kalu ye pun nak buat video lucah ke ape ke jadah pun, baik pi kat hollywood…income dijamin lumayan beb.

Kat Mesia ni berapa laa sangat boleh Masyuuuuk..hahaha..itu laa owang da cakap buat pilem pilem sex ni , anu nak kena bela kaw kaw sikit .kalu tidak DVD tu tak laku…hahaha…mat mat ketagih video sex tak mo beli katanya sebab penerbit dan pelakon tuuu 2X5 saja bangangnya…

Se lagi mat sabu ni nak main pompuan pun tak pandai..apa yang duk pilih pompuan yang dah nak ‘expired’ tu..carik laa yang bagos sikit..macam awek ni ka..ada laa boleh tengok ‘stim’ sikit…hahaha hahaha

hangpa tengok laa video sex yang tak boleh ‘stim’ tu

Astaga: Keris Umno Sudah Tikam Tuan


Hudud: Keris Umno tikam tuan sendiri,kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat “keris makan tuan” apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

“Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

“Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.

“Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

“Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam,” kata beliau sambil menambah, “lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud.”

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

“Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

“Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini,” katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

“Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

“Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah,” kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, “tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu.”

tmi

Kenapa Ramai Orang Jadi Gila Kerana Mat Sabu


Ramai orang gila kerana Mat Sabu

Habis semua orang gila kerana Mat Sabu.

Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendapatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.

Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.

Tiba-tiba Mat Sabu mengusik sekalian rakyat Malaysia, dia hendak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang dikiranya tidak tepat. Dikaitkannya kisah Bukit  Kepong yang diwayangkan oleh Jins Samsuddin, seorang seniman Umno. Disebutnya nama Mat Indera yang hadir dalam serangan di Balai Polis Bukit  Kepong itu.

Mat Indera itu timbul kerana ada buku separuh rasmi diterbitkan oleh kerajaan Johor dengan kata penghantar oleh Menteri Besar Dato Ghani Othman. Dia dibariskan bersama Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail, Dato Maharajalela, Tok  Janggut dan lain-lain.

Nama-nama yang disebut  dalam buku itu banyaknya penentang penjajahan British. Mereka itu dianggap wira oleh masyarakat. Bersama nama-nama itu ada namat Mat Indera. Bila orang lain dianggap wira, kerana Mat Indera ada sama, maka logiknya dia pun seperti wira jugalah.

Mat Sabu selalu mengusik hal itu setiap kali menjelang sambutan ulang  tahun kemerdekaan. Kerana kali ini  dia menjadi Timbalan Presiden PAS dan masyarakat bukan saja mula demam pilihan  raya tetapi otak berserabut dengan pilihan raya, maka jenaka yang ditimbulkan oleh Mat Sabu menyebabkan semua pihak melenting,  seperti naik gila belaka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minta dia taqwa. Ertinya sudah dia mengucap.

Akhbar-akhbar menggunakan bermuka-muka surat mengenai reaksi orang atas usikan Mat Sabu itu. TV pun mengambil masa berita yang panjang tentangnya.

Profesor-profesor sejarah pun bangun,  semuanya marahkan Mat Sabu. Mereka pertahan sejarah yang dipertikai Mat Sabu itu. Mereka kata Mat Sabu tak buat penyiasatan. Adakah mereka sudah membuat penyiasatan yang tahan uji?

Satu ketika dulu seorang Naib Censelor Universiti Malaya, Prof. Dr Syed Hussain Al-Atas mengira profesor kita adalah profesor kangkong belaka. Kata-katanya itu dikira laju tetapi isu itu tidak pernah diselesaikan.

Sehingga ada profesor yang mengira bahawa pejuang-pejuang kiri yang menuntut kemerdekaan dulu karut belaka. Mereka itu anti raja. Betullah komunis itu ditolak oleh masyarakat umum, tetapi yang kiri itu bukan semua komunis. Orang sekolah dewasa boleh bercakap begitu tetapi profesor tak betullah bila bercakap begitu. Status profesor itu tinggi. Tetapi semuanya bercelaru setelah diusik Mat Sabu.

Setengah NGO dan berbagai lapisan masyarakat meninggalkan kerja masing-masing di sana sini membuat laporan polis. Penuh balai polis didatangi oleh orang marahkan Mat Sabu.

Polis memang sudah  tidak menang dengan banyaknya jenayah. Dengan ucapan Mat Sabu, bertambah fail aduan di balai-balai polis.

Bekas polis baik yang berpangkat tinggi mahupun yang prevet, yang sudah lama bersara dan yang baru bersara semuanya bersuara kalau boleh hendak mereka cekek Mat Sabu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dikatakan berkata, jika dia berkuasa lagi, mungkin dia tahan Mat Sabu.

Tetapi yang lebih memeranjatkan Tun Hanif tidak setuju Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Semua orang kata Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Pejabat Tanah Jajahan British  di London ada rekod ia pernah menjajah kita. Sebagai penjajahlah ditukarnya nama Tanah Melayu menjadi Malaya.

Tun Hanif percaya kita pernah dijajah Inggeris. Katanya, Inggeris datang membantu dan berkhidmat kepada Raja-Raja Melayu. Tun Hanif bercakap di depan Prof. Khoo  Kay Kim  dan Prof. Ramlah Adam, tokoh-tokoh sejarah kita.

Mereka cepat-cepat menegur Mat Sabu, tetapi tidak dilaporkan mereka cuba membetulkan Tun Hanif. Seolah-olah sensitivti mereka tentang sejarah tak menentu. Bila mereka diam dengan keterangan Tun Hanif, seolah-olah Tun Hanif bercakap betul.

Tun Dr Mahathir pun ikut berjenaka juga setuju yang Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, cuma Raja-raja Melayu  saja segan dengan Orang Putih.

22 tahun Dr Mahathir menyampai ucapan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Untuk apa ada hari kemerdekaan setiap tahun dan kerana apa dia beerucap begitu?

Apabila mereka kata Brtitish tak pernah jajah Tanah Melayu,  dua-dua Tun itu  sudah menolak fakta sejarah. Sejarah kata, Inggeris pernah menjajah. Mereka sesperti tidak ssetuju dengan sejarah.

Habis semua sejarah tonggang langgang disebabkan oleh orang-orang yang  dilatakkan oleh kenyataan Mat Sabu.

Saya teringat dongeng Kulub Kecil. Dia membuat berbagai cerita menyakat Kulup Besar. Habis harta Kulup Besar kerana mendengar sakat Kulup Kecil.

Ucapan Mat Sabu macam jenaka Kulub Kecil juga menyebabkan semua boleh gila kerana pandangannya.

%d bloggers like this: