Ini dia Invois Cincin Ro$mah RM24.45juta


 Cincin Rosmah Mansor RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.

“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.

“Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai ‘syarat’ dikenakan semuanya dijalankan secara ‘manual’,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu ‘dibocorkan’.

“Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga ‘Imelda Rosmah’. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan  borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.

 

Kewujudan ‘borang kedua’

Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.

“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.

Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian  tersebut menggunakan ‘hand carry’dan borang secara manual keluar ke Singapura.

Chegu Bard berkata, sumber itu juga  memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.

“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.

Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

“Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau.

Kd

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: