Tag Archives: Chegu Bard

PERKASAm Lari Tak Cukup Tanah Dikejar Anak Muda Rembau N.9


SAMM Sambut kehadiran PERKASAm malam tadi

Kehadiran orang ramai yang sungguh menggalakkan walaupun diancam akan menerima gangguan dari PERKASA

Dan seperti yang dijanjikan oleh puak-puak PERKASA, mereka turut menunggu-nunggu kehadiran orang yang paling amat mereka benci – Tn Hj Mohd Sabu. Sebaik saja Mohd Sabu tiba ke tempat ceramah, PERKASA mula berarak ke tapak ceramah. Anggota SAMM & Unit Amal bagaimanapun telah bersedia untuk menyambut kedatangan mereka kali ini.

Sempat pula Usup Benggali PERKASA memukul curi kepala Edyes dengan Haler (pembesar suara) dari belakang. Diulangi DARI BELAKANG!!. Tidak ubah macam perangai PONDAN!!. Lebih menggelikan hati, apabila PERKASA semakin menghampiri ke kawasan ceramah, akhirnya berlakulah insiden kejar-mengejar. PERKASA dihambat dan dikejar oleh komrad SAMM & Unit Amal. Bagaikan tidak cukup tanah mereka lari sejauh 2km dengan lintang-pukang dan tertinggal kain rentang yang dibawa.

Kain rentang PERKASA yang ditinggalkan setelah dihambat oleh SAMM dan Unit Amal.

Dan seperti biasa, selepas berjaya ‘selesaikan’ gangguan PERKASA, Chegubard meneruskan pidato di atas pentas.
Tn Hj Mohd Sabu sedang menyampaikan ceramah di Rembau.
Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.
.
Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.
.
Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.
Presiden PERKASAm dah lalok pekena obat batok…hahaha

Cerita kisah UMNO PERKASAm lari lintang pukang tak cukop tanah..

Eksklusif laporan blogger bro Edyes.com … program-ceramah-di-rembau-lancar-puak. .

Benarkah Najib Lemah Zahir dan Batin


Seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia, penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dari segi zahir dan batin.

Beliau berkata Najib lemah zahir dan batin dalam bab pertahankan kedaulatan negara dan juga aspek pertahankan syarikat kepentingan negara.

“Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah.

“Tune Air iaitu syarikat induk AirAsia mendapat 20.5 peratus saham MAS manakala Khazanah Nasional Bhd, syarikat induk MAS pula dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

“Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik,” kata Badrul Hisham yang juga dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Dari aspek masa depan ekonomi negara kemampuan kabinet Najib untuk memacunya juga diragui apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal yang fikir politik domestik semata-mata.

“Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara?

“Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab ‘tak sangka’. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau ahli nujum yang hanya pakai jangkaan apa yang akan jadi seterusnya?,” tanya CheguBard.

Itu belum diambil kira bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari ‘dirampas’ Singapura.

Najib hanya peduli imej

CheguBard berkata, seperti mana kebanyakan rejim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita putar belit media.

“Dikhabarkan Najib mempunyai 11 pegawai media. Berapa banyak peruntukan rakyat untuk bela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri dengan menggunakan dana rakyat. Baru-baru ini laporan media online mendedahkan Najib telah menggunakan sejumlah wang untuk membiayai laporan media luar negara agar beliau dilihat positif.

“Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi Perdana Menteri orang sering perkatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai kuat tidur dan menantunya Khairy Jamaluddin mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah.

“Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin.

Bukan sahaja lemah mengendali negara dan pertahankan hak negara malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan merupakan misteri lagi apabila
setiap peringkat Umno menghebohkan cakap-cakap rahsia terbuka mengenai pelbagai perangai Rosmah Mansor.

“Seorang anak muda Cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap  kalau Najib lulus (sesuatu projek atau peruntukan) belum tentu dapat  tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib  pasti akur,” ujar CheguBard lagi.

CheguBard berkata Najib meminta rakyat berjimat dan dalam pada masa yang sama  imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor  kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi  antara punca utama kejatuhan rejim Presiden Ferdinand Marcos di Filipina dahulu.

fmt

Ini dia Invois Cincin Ro$mah RM24.45juta


 Cincin Rosmah Mansor RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.

“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.

“Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai ‘syarat’ dikenakan semuanya dijalankan secara ‘manual’,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu ‘dibocorkan’.

“Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga ‘Imelda Rosmah’. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan  borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.

 

Kewujudan ‘borang kedua’

Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.

“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.

Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian  tersebut menggunakan ‘hand carry’dan borang secara manual keluar ke Singapura.

Chegu Bard berkata, sumber itu juga  memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.

“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.

Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

“Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau.

Kd

Kalau Berani Sila Bertanding Atas Lambang Umno


Chegu Bard cabar Zahid Hamidi

“Kalau benar berani dan anak jantan, Zahid selaku Naib Presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi,” kata Chegu Bard.

SEREMBAN: Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti menggunakan logo Umno, kata Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“ Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku naib presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi.

“ DAP memang pakai logo roket sebab pendaftar pertubuhan takut untuk luluskan pendaftaran  Pakatan Rakyat. Kalau Umno jantan pakailah logo keris”,  cabar Badrul Hisham.

Badrul Hisham atau Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan khas kepada FMT mengulas kenyataan Zahid yang juga merupakan menteri pertahanan di dalam media kelmarin yang melaporkan Zahid mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding di pilihan raya umum jika anak jantan.

Sentimen perkauman

“Umno tak habis-habis dengan sentimen perkauman. Zahid pula asyik berpolitik dan dan bercakap perkara yang tidak relevan langsung dengan kepentingan rakyat.

“Negara memerlukan anggota kabinet yang lebih prihatin dan menumpukan pada kerja yang berkaitan. Bukannya hanya berpolitik sahaja”, tegasnya.

Badrul Hisham berkata terlalu banyak masalah yang membelenggu negara ketika ini termasuk kenaikan harga  barang, gula dan minyak.

Peluang pekerjaan juga semakin menguncup. Ramai lepasan universiti masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka dan bermacam-macam lagi masalah.

Tetapi menteri pula lebih berminat dengan isu-isu remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat.

fmt

Chegu Bard Keluar PKR?


Beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian.

Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

“Ya, memang betul… Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang,” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.

Badrul Hisham juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.

“Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, “pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP.”

“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP,” kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Antaranya kata beliau, “DAP tidak anti-Melayu” tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

“Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya,” katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.

“Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya lagi.

g.manimaran

Video Seks KJ dan Isteri Pemimpin Umno Pulak dah!


Chegu Bard dedah isu video lucah Khary Jamaluddin dan isteri pemimpin

Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar).

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”.

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

“Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi “kapitalis” sehingga menyeret ada negara menjadi muflis…. namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan “politik” berasaskan tuduhan seks dan video lucah,” katanya.

“Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala “desparado”,” katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?” kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

“SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik “kotor” dan tidak mendidik ini.

M.i

%d bloggers like this: