Tag Archives: bik mama

Siapa Yang Membuat Rosmah Mansor ‘Lena Di Ulik Intan’ ?


Rosmah boleh tidur lena..

Sempat ‘tarik nafas’ untuk beberapa ketika..

Boleh kembali aktif main badminton laa kot..

Ada ‘Lembu Dogol’ tolong cover sementara…

Sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat, kata Chegu Bard.

Sejak tahun 2011 membuka tirai, jika isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat tidur lena selama ini kerana terpaksa menghadapi pelbagai tekanan dan tuduhan, tetapi kini sejak isu National Feedlot Centre (NFC) dibongkar oleh PKR, beliau sudah tentu boleh tidur lena.

“Apa tidaknya satu-satunya individu wanita yang panas punggung selama sembilan bulan berturut-turut yang terpaksa menghadapi serangan demi serangan berhubung pelbagai kontroversi adalah Rosmah.

“Kini kedudukan Rosmah telah diambil alih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Dato’ Shahrizat Abdul Jalil dengan isu lembu NFC,” kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

Katanya, sama ada rakyat sedar atau tidak, segala isu kontroversi berhubung Rosmah telah dilupakan dan perhatian kini beralih sepenuhnya kepada Shahrizat.

“Maka sudah tentu kini Rosmah boleh tidur lena kerana kemarahan rakyat sudah beralih kepada seorang lagi wanita iaitu Shahrizat,” ulas Badrul Hisham yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau.

Rosmah boros

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard merujuk kepada beberapa isu kontroversi yang melibatkan Rosmah seperti isu cincin berlian RM24.45 juta, beg tangan RM361,259, penginapan di Hotel Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam, lawatan rasmi ke luar negara 2008-2011 RM17 juta dan pelbagai keborosan lagi seolah-olah dilupakan oleh rakyat dan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

“Justeru itu saya minta kepada kepimpinan Pakatan agar tidak melupakan isu yang bersangkut paut dengan Rosmah sebaliknya perlu terus dimainkan agar rakyat sedar keborosan beliau.

“Saya juga pelik kenapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih tidak mahu menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan menteri.

“Ia memberi isyarat seolah-olah lagi lama beliau biarkan Shahrizat bertahan dalam kabinet maka lagi lamalah Pakatan akan habiskan masa menyerang Shahrizat.

“Ini secara tidak sengaja akan memberikan “perlindungan” kepada Rosmah dan beliau sendiri dan segala isu yang berkaitan dengan Rosmah dan beliau sebelum ini akan sejuk, “cool down”.

Seterusnya situasi ini akan memberi kelebihan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi tanpa sebarang tekanan”, jelas Chegu Bard.

Chegu Bard berkata selain daripada terus memainkan isu NFC yang jelas memberi kelebihan kepada Pakatan, isu Rosmah tidak harus dilupakan untuk mengekalkan momentum rakyat yang sudah mula muak dengan karenah boros Rosmah.

zefri dahalan

Gambar Terbaru Haji Najib dan Hajjah Rosmah di Bali


Seperti ramalan beberapa orang blogger ternama bahawa kain tudung Rosmah Mansor tidak akan ‘lekat’ di kepala memang benar berlaku..Ini untuk kedua kalinya ,pertama sewaktu di Hawaii.

Kita bukanlah nak komplen soal tutup kepala samada bik mama nak pakai atau tidak..itu terpulang kepada beliau sendiri..pilihan ada ditangan beliau sendiri..Tetapi ketetapan agama bolehkah begitu..

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Ani Yudhoyono ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 di Nusa Dua, Bali, semalam. – Foto BERNAMA

Perkara yang menarik untuk dibuat diperhatikan ialah kenapa sejak baru pulang dari mengerjakan fardhu haji bik mama tak mahu pakai tudung?…ini satu bentuk pemodenan kepada bakal bakal hajjah yang lain pulak untuk tahun depan..

Kita percaya ramai rakyat Malaysia yang sayangkan ‘first lady’ ingin melihat perubahan bik mama bila pulang dari tanah suci Makkah..Ramai yang mendoakan supaya perubahan berlaku kepada cara berpakaian bik mama..Jika dihadapan Baitullah boleh menutup aurat dan bertudung selengkapnya, apalah sangat untuk teruskan amalan yang dituntut disisi agama itu diteruskan bila berada dimana jua..

Tak rugi pun..Kalu beg tangan birkin boleh dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit,masakan kain tudung tak berapa sen pun tak boleh dibeli.

Banyak tanda tanda keberkatan amalan Haji yang boleh dilihat tapi itu biarlah pak pak Ostad yang terangkan..

Ada lagi satu perkara mengenai ejen promosi Haji Najib dan Hajjah Rosmah yang menjadikan keadaan pasangan ini bertambah kontroversi…

Ejen FBC Najib pernah bekerja untuk regim Mubarak Mesir

Syarikat penerbitan London, FBC Media yang diupah kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, didapati pernah bekerja untuk rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Mubarak yang berkuasa di Mesir selama 30 tahun digulingkan menerusi revolusi pada 25 Januari lalu, menyaksikan jutaan rakyat Mesir turun ke jalan raya selama 18 hari.

Perkara itu disahkan akhbar The Independent UK dalam laporan mengenai Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang turut membeli program terbitan FBC Media.

“The Independent mendapati FBC pernah bekerja dengan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak,” kata akhbar itu dalam rencana mereka berjudul “Skandal program ‘murah’ BBC terdedah.”

Menurut akhbar itu, BBC kini berhadapan siasatan badan penyelaras penyiaran di UK, Offcom di atas penyiaran 15 program editorial yang hanya menelan “kos yang kecil”.

Lapan daripada 15 program yang diperolehi BBC itu datangnya daripada FBC Media, yang menerima bayaran 17juta pound daripada pentadbiran Najib untuk memperbaiki imej pentadbirannya di peringkat antarabangsa.

FBC dilaporkan menghasilkan tujuh program untuk BBC di Malaysia, empat daripadanya untuk siri “Develop or Die”.

BBC kini dilaporkan bertindak menamatkan kontrak mereka dengan FBC.

“Berkenaan FBC, kami dengan segera menggantung penyiaran program dari FBC apabila sedar tentang isu ini dan FBC sendiri kemudiannya mengaku yang ia bekerja untuk kerajaan Malaysia,” kata jurucakap BBC seperti dilaporkan The Independent.

Sebelum ini kerajaan mengaku melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

Kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23077

Siapa Tahu Apa Yang Ada dalam Beg ‘Birkin’ Rosmah Mansor


Nazri Aziz pak menteri di JPM sudah kelu lidah untuk menjawab soalan dari MP Pakatan Rakyat….takkan Nazri nak ‘cantas’ first lady kot..

Segala macam pertanyaan timbul untuk mengetahui apa yang ada dalam beg ‘Birkin’ Rosmah Mansor.

Itu adalah koleksi beg tangan termahal didunia, sebuah sahaja berharga diantara $28.000.00 ke $472.000.00…WoW boleh tahan jugak dia punya mahal.

Jadi, apakah barang yang ada dalam beg tangan yang begitu mahal.

Ini satu persoalan menarik untuk dirungkaikan, mungkin ada orang yang mengetahui apakah isi ‘barang’ dalam beg itu. Elok jugak sekiranya ahli ‘paranormal’ untuk menduga apakah kemungkinan kemungkinan yang dapat diramalkan!

Jeng ..jeng…jeng

1.

atau 2.

atau 3.

atau pun 4.

mungkin ada yang lain lagi…hangpa teka laa pulak…hahaha

* siapa berjaya teka ..hadiah ambik dekat bro Tukar Tiub.

Benarkah Rosmah Mansor ‘ Sugar Mummy’ ?


Jho Low memberikan gambaran kehidupan mewah Rosmah Mansor

Penafian Jho Low  ‘hartawan muda’ Malaysia bahawa Wanita Pertama Rosmah Mansor adalah “mak angkat” atau “sugar mummy” telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat Malaysia, yang kecewa terhadap pasangan itu yang sering menonjolkan gaya hidup mewah mereka.

Di saat rakyat terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dalam landskap ekonomi negara sekarang, rakyat Malaysia berasa kurang senang dengan cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya menjalani gaya hidup mewah ibarat orang-orang terkaya dan ternama dunia serta menjadikan tempat-tempat seperti Monte Carlo, Dubai dan New York taman permainan mereka.

“Najib datang daripada keluarga yang kaya dan dia tidak tahu keperihan hidup rakyat. Kemewahan adalah sebahagian daripada hidupnya,” Keadilandaily memetik Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota; Azan Ismail sebagai berkata.

Saya perkenalkan banyak pelabur, itulah sebab saya sentiasa menemui PM

Azan mahu Ketua Audit Negara untuk menyiasat perbelanjaan pasangan pertama yang sering dilaporkan dalam akhbar. Meskipun aduan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak berkuasa telah memilih untuk menutup mata. Malah, cincin berlian besar berharga RM24.4 juta milik Rosmah yang di bawa dari New York walaupun telah disokong oleh gambar skrin yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Kastam juga diketepikan. Continue reading

Siapa Pulak Tergamak Londeh Najib Rosmah ?


Berdusta kerana terdesak,pelajar Malaysia bongkar kisah Najib

Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.

“Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri – tiada ubatnya,” Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle.

Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas.

PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol beliau dikehendaki untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, malang baginya, pesawat – jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di lapangan terbang Australia.

Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama

Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa kerja PR yang mewah untuknya.

Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana. Ini berlaku pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan.

Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib ‘menjadi sumber inspirasi’ mereka.

“Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau sangat mengagumkan,” Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim Jian Min, dari Kedah berkata. “Dia menaikkan semangat kita dan memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami.”

Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya. Beliau juga berjanji bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila mereka pulang ke tanah air.

“1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia. Itu tidak mengapa. Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , “kata Najib.

Dusta lagi!

Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka.

Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah memuji ucapan Perdana Menteri. Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama telah memutarbelitkan kata-kata nya.

Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan Najib.

“Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan. Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan itu. Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu,” Malaysiakini melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata.

“Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan mengubah kata-kata kami. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian.”

Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa. Mereka menegaskan selepas dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya, pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia.

Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC. Najib dan FBC diselar kerana cuba untuk ‘menipu’ penonton global, manakala pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk publisiti palsu tersebut.

“Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran. Apabila anda mendengar kata-kata seperti ‘hebat’ dikaitkan dengan Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan tersebut” naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

malaysia chronicle

PERKASAm Pulak Ugut Najib Rosmah


Jangan gelak..

Baca saja..kalu nak gelak jugak..gelak pii laaaah….hahaha

Perkasam nak tunjuk anak jantan kat Najib Rosmah pulak …hahaha

Fuyooo Perkasa dah berani ugut Najib …hahaha

Kalu dah Pak berahim tuuu jantung tersumbat….lebih baik tidoq lagi baguih….ka macam mana …hahaha

atau pun bawak awek indon pi shopping beli baju raya..hahaha…maalomlah awek indon dah dapat IC Biru laa katakan..hahaha

Perkasa beri Putrajaya kata dua

Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak —  perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Ini keputusan kami hari ini,” kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

“Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu,” kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

Makan angin ditasik Titiwangsa

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim.

Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa,” katanya.

“Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif,” katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa “majoriti senyap” kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.

Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah  Anwar.

Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

“Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.

“Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan,” kata Ibrahim.

tmi

%d bloggers like this: