1Malaysia: Beranikah Najib Dedahkan Konsesi Tol Kepada Rakyat?


Pakatan Rakyat gesa konsesi Tol didedahkan kepada umum

Susulan permintaan agar perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) didedahkan, Pakatan Rakyat juga mahu kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol, sekali gus menunaikan janji empat tahun lalu.

Mengumumkan pendirian mengenai perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) mendakwa sudah banyak kali kerajaan pusat berjanji hendak mendedahkan perjanjian konsesi tol.

“Kita mahu kerajaan mendedahkan keseluruhan kandungan konsesi kepada umum,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan meminta pentadbiran Najib mendedahkan kandungan perjanjian itu ketika sesi Parlimen yang bermula minggu depan.

“Dedahkan kepada kami sebagai ahli-ahli Parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang,” katanya lagi.

Terdahulu dipetik Harakah Daily hari ini, Salahuddin berkata, pada Februari 2007, menteri kerja raya ketika itu Datuk Seri S Samy Vellu mendakwa kerajaan akan menerbitkan semua dokumen perjanjian konsesi tol bagi tatapan umum kononnya supaya orang ramai mengetahui keadaan sebenar sekali gus mengelakkan persoalan mengenai ketidaktelusan dalam isu tersebut.

Pada November 2008, penggantinya Datuk Mohd Zin Mohamed mendakwa kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya bersetuju untuk mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

“Beliau juga mendakwa perkara itu mendapat persetujuan Kabinet dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2008 kononnya untuk menangkis dakwaan banyak pihak yang menyifatkan perjanjian itu berat sebelah yang lebih menguntungkan pemegang konsesi tol,” katanya.

Mengikut laporan media sebelum ini, mesyuarat Kabinet pada 17 Oktober 2008 telah bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lanjutan daripada keputusan itu, persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan kerahsiaan yang termaktub dalam perjanjian konsesi telah diperoleh kecuali syarikat konsesi Maju Expressway.

Awal 2009, dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad, dipamerkan kepada orang ramai dan publik dibenar menyemak perjanjian konsesi di Kementerian Kerja Raya.

Bagaimanapun ia dibenarkan untuk dibuat salinan.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, kesemua dakwaan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan rakyat terus terbeban dengan tekanan bayaran tol yang ternyata sangat membebankan mereka.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang lagi, kita menjangka bayaran tol akan meningkat dengan banyaknya di samping peningkatan harga minyak termasuk RON95, harga barang termasuk makanan akan bertambah, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan dan pelbagai subsidi akan ditarik balik tanpa belas kasihan kepada rakyat.

“Sebab itulah, apabila ada timbalan menteri yang mendakwa perjanjian pembelian tenaga boleh didedahkan kepada anggotai Dewan Rakyat, kita mahu rakyat menuntut kerajaan menunaikan dahulu janji untuk mendedahkan perjanjian konsesi tol kepada mereka,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Wakil rakyat itu juga berharap lebih banyak pihak menuntut perjanjian konsesi tol itu didedahkan sehingga kerajaan tidak ada pilihan lain selain memenuhi tuntutan tersebut.

“Jika rakyat tidak bersungguh-sungguh menuntut beramai-ramai, kita bimbang ia akan terjadi seperti perjanjian konsesi Syabas,” katanya.

Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi Februari 2011 lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas itu.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Anonymous  On June 9, 2011 at 3:58 am

    alaaa nak tunjuk dokumen IPP pun terketar ketar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: