Tag Archives: Salahuddin Ayub

Apa Dia…Kerajaan Kedah Kena ‘Kencing’ Lagi ?


Biaq betoi bro..

Cer tanya tengok mamak taukey Lebuhraya Utara Selatan tu, bila laa gamaknya nak ubah perangai?(maaf laa kalu aku silap)

Sudah sudah laa buat kelaku tak elok tu..

Dah laa royalti balak $100 juta setahun Kedah tak dapat sejak 17 tahun lalu..Ni mai ada cerita kencing duit cukai tanah lebuhraya pulak!..Patut laa PLUS untung berbilio bilion, rupa rupanya duk buat kerja kencing kawan..

Kalu kencing manis boleh gagah lagi duk pii cari ubat..Bila kena kencing kawan nii yang tak tahan..sat gi kot sakit boleh ,malu pun boleh percuma…hahaha hahahaha

‘Plus perlu bayar cukai tanah’: Saifuddin Nasution

Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

“Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (sepuluh sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

“Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar,” katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

“Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

“Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.

Turut hadir pada program itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Sh

HOT: Tun Madey Akan Kembali Jadi Perdana Menteri Malaysia


Bukan mustahil tapi adakah Umno bersedia untuk menabalkan kembali ‘wira adijagat’ itu kembali.

Tun M sekarang sudah laju melebihi PM Najib Razak sendiri, adakah peristiwa Tun M tidak diberikan tempat sebagai perwakilan Umno akan berulang lagi….jawapan itu pada orang Umno sendiri.

Persidangan Umno pada hujung tahun ini akan lebih ‘HANGAT’ dan gawat..dari beberapa sumber Umno sendiri menyatakan hayat Najib sudah hampir tamat selaku presiden Umno.

Berdasarkan serangan dari blogger pro Umno kepada Najib semakin hari semakin hebat maka wajarlah mulai sekarang Muhyiddin dan Tun M menyiapkan team baru untuk menghadapi kemaraan PR ke Putrajaya yang rata rata dilihat semakin hari semakin hampir itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya kembali menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan pilihan raya diadakan lewat sedikit.

Salahuddin cadang Tun M jadi PM semula

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata berkata, hanya itu sahaja caranya untuk meredakan kebimbangan bekas Presiden Umno itu terhadap ketidakmampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang serta melaksanakan hasratnya supaya pilihan raya dilewatkan.

Beliau berkata demikian ketika menolak reaksi Dr Mahathir yang menekankan penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah “hak keistimewaan” kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat (PR) mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Menurut PR, amalan di United Kingdom dalam persepakatan penentuan tarikh pilihan raya boleh dijadikan contoh.

“Kami hanya mengemukakan cadangan untuk nama baik negara ini yang semakin tercemar amalan demokrasinya dan jika kerajaan benar-benar serius mengadakan reformasi pilihan raya.

“Jika kami perlu menjadi kerajaan dahulu untuk membolehkan kami mengemukakan cadangan, nampaknya Dr Mahathir juga perlu kembali menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mencadangkan supaya pilihan raya dilewatkan,” kata Salahuddin.

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili BN.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider pernah melaporkan bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

Pandangan Dr Mahathir supaya pilihan raya dilewatkan itu dibuat selepas beliau mengakui kejatuhan populariti Najib.

Beliau menyifatkan kemerosotan imej Najib itu antara lain berpunca dari cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

Hd

HOT: Mahfuz,Salahuddin Buat Laporan Cabar Polis Tangkap Mereka Esok!


Semalam adalah hari pengebumian demokrasi: Mahfuz

Sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, semalam.

Mahfuz , Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad.

“Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia,” katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari tadi.

Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara semalam.

Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN,” tegasnya.

Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia.

Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat semalam.

Jelas beliau, “laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya.”

“Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan,” katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral.

Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya.

tmi

1Malaysia: Beranikah Najib Dedahkan Konsesi Tol Kepada Rakyat?


Pakatan Rakyat gesa konsesi Tol didedahkan kepada umum

Susulan permintaan agar perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) didedahkan, Pakatan Rakyat juga mahu kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol, sekali gus menunaikan janji empat tahun lalu.

Mengumumkan pendirian mengenai perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) mendakwa sudah banyak kali kerajaan pusat berjanji hendak mendedahkan perjanjian konsesi tol.

“Kita mahu kerajaan mendedahkan keseluruhan kandungan konsesi kepada umum,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan meminta pentadbiran Najib mendedahkan kandungan perjanjian itu ketika sesi Parlimen yang bermula minggu depan.

“Dedahkan kepada kami sebagai ahli-ahli Parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang,” katanya lagi.

Terdahulu dipetik Harakah Daily hari ini, Salahuddin berkata, pada Februari 2007, menteri kerja raya ketika itu Datuk Seri S Samy Vellu mendakwa kerajaan akan menerbitkan semua dokumen perjanjian konsesi tol bagi tatapan umum kononnya supaya orang ramai mengetahui keadaan sebenar sekali gus mengelakkan persoalan mengenai ketidaktelusan dalam isu tersebut.

Pada November 2008, penggantinya Datuk Mohd Zin Mohamed mendakwa kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya bersetuju untuk mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

“Beliau juga mendakwa perkara itu mendapat persetujuan Kabinet dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2008 kononnya untuk menangkis dakwaan banyak pihak yang menyifatkan perjanjian itu berat sebelah yang lebih menguntungkan pemegang konsesi tol,” katanya.

Mengikut laporan media sebelum ini, mesyuarat Kabinet pada 17 Oktober 2008 telah bersetuju supaya perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dikelaskan semula selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lanjutan daripada keputusan itu, persetujuan daripada syarikat konsesi sejajar dengan peruntukan kerahsiaan yang termaktub dalam perjanjian konsesi telah diperoleh kecuali syarikat konsesi Maju Expressway.

Awal 2009, dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad, dipamerkan kepada orang ramai dan publik dibenar menyemak perjanjian konsesi di Kementerian Kerja Raya.

Bagaimanapun ia dibenarkan untuk dibuat salinan.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, kesemua dakwaan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan rakyat terus terbeban dengan tekanan bayaran tol yang ternyata sangat membebankan mereka.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang lagi, kita menjangka bayaran tol akan meningkat dengan banyaknya di samping peningkatan harga minyak termasuk RON95, harga barang termasuk makanan akan bertambah, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan dan pelbagai subsidi akan ditarik balik tanpa belas kasihan kepada rakyat.

“Sebab itulah, apabila ada timbalan menteri yang mendakwa perjanjian pembelian tenaga boleh didedahkan kepada anggotai Dewan Rakyat, kita mahu rakyat menuntut kerajaan menunaikan dahulu janji untuk mendedahkan perjanjian konsesi tol kepada mereka,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Wakil rakyat itu juga berharap lebih banyak pihak menuntut perjanjian konsesi tol itu didedahkan sehingga kerajaan tidak ada pilihan lain selain memenuhi tuntutan tersebut.

“Jika rakyat tidak bersungguh-sungguh menuntut beramai-ramai, kita bimbang ia akan terjadi seperti perjanjian konsesi Syabas,” katanya.

Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi Februari 2011 lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas itu.

tmi

Husam Dicadang Bertanding Presiden PAS


Ini bukanlah kali pertama perwakilan Pas kawasan mencadangkan jawatan tertinggi dipegang oleh individu bukan ulama’.

Dizaman Pas mula mendapat tempat dihati rakyat Malaya dulu nama seperti doktor Zulkifli Mohamad adalah pemimpin politik yang dilahirkan oleh Pas bukan dari golongan ulama’ yang memegang jawatan Yang Dipertua Pas seperti jawatan Presiden sekarang ini.

Zulkifli Mohamad menjadi icon masyarakat ,disegani oleh kawan dan lawan politik kepada Pas pada waktu itu sehinggalah Tunku Abdul Rahman pernah berkata sekiranya Pas mempunyai Zulkifli Mohamad pada setiap zaman,nescaya Umno akan tinggal dalam muzium .

Adakah Husam akan membawa Pas kepada zaman seperti gemilangnya Zulkifli Mohamad? Pemidato dan Negarawan termasyhur dari Malaysia suatu ketika dulu.

Mungkin inilah maksudnya kata kata dari Tok Guru Nik Aziz..Pas Kelantan buat Husam bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk Malaysia sebenarnya.

Kejutan pertama dari PAS Kawasan Bukit Bintang untuk jawatan Presiden Parti Islam Semalaysia

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat agungnya Jumaat lalu bertempat di Markas PAS kawasan Batu.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas naib presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Seorang lagi calon naib presiden ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, kata yang dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim.

Manakala calon bagi jawatankuasa PAS pusat pula, diserahkan untuk diputuskan oleh jawatankuasa kawasan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Bagaimanapun mursyidul am PAS itu menolak pencalonan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Radzi berkata pencalonan itu dibuat kerana Bukit Bintang percaya pemimpin berkenaan “boleh memimpin dalam suasana politik sekarang”.

“Akar umbi mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan kehendak semasa tanpa memperlekehkan peranan (presiden sekarang) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Beliau (boleh) lebih (berperanan dengan) diletakkan di Majlis Syura. (Oleh itu) Majlis Syura dapat diperkasakan dengan mengawasi dan memandu jawatan eksekutif,” katanya.

Menurutnya lagi, jika Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura, maka beliau boleh membantu Nik Aziz antaranya menasihati ahli supaya tidak melanggar disiplin parti.

Mohd Radzi berkata, pencalonan bagi kepimpinan baru itu dilihat mampu untuk menarik golongan muda yang mahu perubahan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Gabungan antara ulama dan profesional dapat memperkasakan bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata beliau dan barisan kepimpinan kawasan itu dikekalkan dalam pemilihan kali ini.

Abdul Rahim Sabri


Review: Kejutan Dalam Pemilihan PAS 2011


Kejutan menanti dalam pemilihan Pas

Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

NONEMalah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan – pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan – seperti pada pemilihan dua tahun lalu. Continue reading

%d bloggers like this: