Hot 1Malaysia: Perkahwinan Terhalang Kerana Jabatan Agama Islam W.Persekutuan


Persoalan menarik mengenai tanggungjawab JAWI..

Sekiranya diantara pasangan tersebut tidak dapat mengawal nafsu muda remaja manakala JAWI menjadi penghalang perkahwinan mereka, tidakkah salah jika ada orang akan berkata JAWI yang mesti bertanggungjawab diatas perbuatan pasangan itu.

Maalum sajalah bila hati dah suka, kata orang cacing dah naik kemata ,tambahan pulak masih muda belia…mana boleh tahan!

JAWI perlu kepada menyesuaikan kembali Undang Undang Keluarga Islam mengikut keperluan semasa!

Tak tahulah kita diluar ini,mungkin pintu ijtihad ulama JAWI sudah tertutup!

Perkahwinan dihalang JAWI kerana bakal suami pelarian Myanmar

Bukan cinta kami dihalang, tetapi undang-undang di negara ini yang menyebabkan kami tidak boleh meneruskan perancangan untuk berkahwin, kata Amira Ismail, 25, meluahkan kekecewaannya apabila hajat untuk mendirikan rumah tangga dihalang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ekoran bantahan  JAWI, Amira, yang berhajat untuk menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan, David Sing Lian Pum, 28, atau nama Islamnya, Daniel Abdullah, seorang pelarian Myanmar, terpaksa mengambil keputusan mengadu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Saya rasa tidak puas hati dengan penerangan daripada JAWI yang tidak membenarkan kami berkahwin. Pada mulanya saya ke JAWI untuk bertanyakan perkara ini, tetapi kata mereka Daniel mesti peluk Islam dulu. Kemudian saya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mahukan penjelasan, tetapi mereka pula berdolak-dalik.

“Saya buntu memikirkan perkara ini sehingga kawan memberi cadangan mengadu kepada YB Izzah, alasan yang diberikan oleh JAWI tidak membenarkan kami berkahwin kerana Daniel berstatus pelarian yang dilindungi di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR),” kata Amira semasa sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amira yang ditemani Daniel turut menceritakan bagaimana bibit-bibit cinta antara mereka mula bersemi sehingga membuat keputusan berkahwin.

“Saya mula mengenali Daniel bulan Ogos tahun lepas, walaupun tidak sampai setahun berkenalan, kami berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi sedihnya apabila JAWI tidak membenarkan kami berkahwin.

“Kad UNHCR Daniel akan luput tahun depan, kami takut tidak sempat berkahwin memandangkan pelbagai masalah terpaksa dihadapi sekarang. Kemungkinan Daniel akan dihantar ke Amerika Syarikat selepas ini,” katanya yang juga anak yatim piatu.

Sementara itu, Nurul Izzah turut meluahkan kekesalannya dengan pelbagai peraturan dan karenah birokrasi negara ini yang tidak memperakui pelarian sehingga menimbulkan kerumitan apabila mereka bertemu jodoh dengan warganegara.

“Kita harus sedar berapa ramai pelarian berada di negara kita, perkara sebegini mesti diambil serius kerana melibatkan hak asasi kemanusiaan. Memang dijelaskan dalam akta imigresen 1999 yang menyatakan sesiapa yang tiada dokumen perjalanan sah bekerja di negara ini dikenali pendatang tanpa izin (PATI) dan mereka  tidak boleh berkahwin dengan warganegara.

“Ini isu perikemanusiaan, tambahan pula dia merupakan pelarian yang diperakui oleh UNCHR kerana ditindas dan dizalimi di negara sendiri. Pendirian kerajaan perlu mengikut realiti semasa,” ujarnya.

Katanya, tindakan susulan berhubung perkara itu akan diusulkan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Walau apa pun kita akan mengambil tindakan dengan berjumpa dengan badan-badan bertanggungjawab supaya dapat mencari jalan bagaimana menyelesaikan isu sebegini. Saya ada berjumpa dengan badan bukan kerajaan (NGO), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang agak arif berkaitan isu ini bagi meneliti langkah-langkah susulan.

“Saya puji Amira yang bangkit untuk membuat perkara baik, kalau ikutkan dia boleh buat apa sahaja tindakan drastik. Kita akan cuba sedaya upaya memastikan perkara ini diselesaikan cara baik,” kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14971

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: