Patutkah Tengku Adnan ‘Kencing’ Supplier BN


Ini lagi kes Kencing Manis atau diabetis…hahaha

Woit..ini kes Kencing Kawan laa beb…haram jadah punya kawan, barang sudah ambik …duit tak mau bayar..

Bayar laa Ku nan…apa daaa, bukan banyak pun…kalu cagar Umno Building pun boleh kasi seattle hutang tu…lagi pun 2004 dulu Umno/Bn menang besar apa..

Buat apa nak tunjuk jagoh di mahkamah, semua orang dah tahu hangpa duk kencing kawan.

S.Agung BN berjaya batal saman supplier RM218 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membatalkan saman sebuah syarikat pembekal bahan-bahan pilihan raya terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berjumlah RM218 juta.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan Elegant Advisory Sdn Bhd membayar kos RM1,500 kepada Tengku Adnan serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Mohamad Ariff membuat keputusan itu di dalam kamar dan memutuskan tiada sebarang kos yang wajar dipertimbangkan kerana saman itu difailkan selepas enam tahun.

Katanya pihak plaintif juga telah menyalah guna proses mahkamah kerana terdapat dua saman berkaitan barangan dan produk yang sama.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Feb lalu selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman dengan alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory, yang terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan, berkata pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya. 

Bernama

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: