Polis Akan Siasat Laporan ‘Murtad’ Tv 3/4 ?


Berita ‘murtad’ TV3 palsu, kata NGO
Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.jalan klang lama tuition centre tv3 report 6Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 3Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof – dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh – berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 5“Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

“Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu,” kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

“Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

“Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud,” katanya.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musaFariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

“Nama surau ‘Al-Musyrikin’ seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

“Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti ‘al-Musyrikin’ (kafir).

“Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin,” kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

“Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

“Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana,” kata Fariz.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 4NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.

mKini
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • tv_hitam_putih  On August 27, 2011 at 11:03 pm

    TV3 sudah tidak lagi relevan di Malaysia. Berita fitnah palsu ad-dajjal si pembawa fitnah memecahbelahkan orang2 melayu dan islam di Malaysia.

    Perosak bangsa Malaysia, kuat propaganda berita palsu menyemarakkan semangat api anti perkauman di Malaysia sama kejam macam komunis dahulu.

    Ada otak fikir, ada telinga dengar, ada mata melihat, ada hati…fikir2 kan lah..

  • seman  On August 27, 2011 at 11:09 pm

    mmg aku sefamily kalu berita mmg tak tgknyer tv1 dan tv3 ni.nnti habis anak istri aku kena ‘brain wash’ dgn fitnah suma tu..
    sapala ceo tv-tv ni,banyak nak kena tanggung nnti.

  • kumpulan anti kucing  On August 29, 2011 at 1:23 pm

    kenapa awak tk tengok sebab awak semua memang pengikut tegar PAKATAN yg songsang

  • UMNO=COW!!  On September 13, 2011 at 2:08 am

    bodo natang TibiTiga suku neh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: