Tag Archives: murtad

Tergamak Anak Tun Mahathir Kata Najib Rosmah Murtad !


Fuyooo..anak angkat Tun M kata Najib Rosmah murtad..ini bukan blogger pro Pakatan rakyat atau indipendent bro..

Pentempuran antara Mahathir dengan Najib Rosmah semakin memuncak, kalau sebelum ini Mahathir menggunakan blog-blog pronya seperti Kmu, anak-anaknya juga turut membantunya menghentam Najib,,,

Tetapi ini aku kira sudah kira berat,, najib & The gang tengah dok buat haji, boleh ditohmah sedemikian rupa,,, hebat puak-puak UMNO sesama mereka pun dah ghuyubbb, maka tak hairanran kalau dengan pembangkang…
Apa pun ini semua datang dari Allah, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, tak perlu Umat Melayu dari Parti pembangkang yang hentam Najib, tetapi Allah hantar sesama mereka melaksanakannya… Wallahhuaklam….
Tahniah.. nampaknya semangat keberanian Afghanistan tertanam dalam anak angkat Mahathir ini…
.
Nukilan Bro…manjongmari.blogspot

Bekas Pengetua Pulak Dituduh Murtad


Bekas pengetua buat laporan polis kerana didakwa murtad

Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang ‘murtad’ kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di ibunegara dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

“Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya,” katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.

Bernama

Polis Akan Siasat Laporan ‘Murtad’ Tv 3/4 ?


Berita ‘murtad’ TV3 palsu, kata NGO
Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.jalan klang lama tuition centre tv3 report 6Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 3Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof – dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh – berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 5“Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

“Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu,” kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

“Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

“Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud,” katanya.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musaFariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

“Nama surau ‘Al-Musyrikin’ seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

“Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti ‘al-Musyrikin’ (kafir).

“Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin,” kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

“Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

“Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana,” kata Fariz.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 4NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.

mKini

Mengapa MAIS,JAIS Tinggalkan Beban Kepada Sultan?


Timbul persoalan di kalangan rakyat, adakah Sultan Selangor sudah disembah maklum, bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lepas, kerana terdapat unsur-unsur memurtadkan orang Islam?

Apakah pihak istana sudah dimaklumkan secara terperinci dan mengetahui sejelas-jelasnya apa motif serbuan dibuat ke atas DUMC dan apakah Sultan sudah dinasihatkan mengenai kesan ataupun implikasi yang akan tercetus daripada tindakan Jais ini?

Jika pemakluman sudah diketahui istana, jika nasihat sudah diberikan kepada Sultan, maka bolehlah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato’ Mohd Adzib Isa, melepaskan beban ini kepada istana.

Adzib dilaporkan dengan tegas, mengatakan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas DUMC, secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu, terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

“Jais adalah badan bebas, tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.

Kenyataan Adzib ini, dibalas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang menegaskan, tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.

Beliau yang juga Adun Meru berkata, tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.

Tegas Dr Abdul Rani, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor tidak tepat.

“Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai, satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.

“Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan. Apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan,” katanya.

Justeru Abdul Rani menasihatkan Adzib dengan mengatakan, “Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor.”

Ada beberapa perkara yang harus diteliti daripada kenyataan Adzib dan tindakan Jais. Pertamanya Adzib memperakui, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak ada kena mengena dengan serbuan Jais ke atas DUMC.

Oleh itu usaha-usaha jahat media talibarut Umno dan NGO upahan untuk menyalahkan PAS mahupun kerajaan negeri tidak seharus berlaku. Jais bertindak sendirian.

Implikasi kedua ialah, terdedahkan sikap segelintir penguasa di Mais dan Jais yang tidak menghormati dan tidak mengiktiraf peranan kerajaan yang dipilih secara sah dalam Pilihan Raya Umum 2008. Sikap sebegini tidak harus diterima dan mereka yang terbabit dalam tindakan membelakangi kerajaan negeri harus dihukum.

Ketiga, apa yang dikatakan Adzib, jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan demokrasi. Kita diperintah menggunakan sistem Raja Berpelembagaan. Iaitu, kuasa bernaung di bawah Raja, manakala kuasa eksekutif di bawah kerajaan negeri. Kita tidak diperintah secara absolute monarchy.

Maka, oleh kerana kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor, adalah di bawah kerajaan pusat, maka secara tidak langsung, mereka boleh digerakkan untuk mensabotaj kerajaan negeri. Dan oleh kerana Umno-BN yang menguasai pegawai, maka apakah tidak mungkin Umno tidak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau Umno yang jahat, jangan sesekali ‘dibinkan’ kepada Sultan.

Implikasi keempat, jika benar Sultan sudah disembah maklum, sama ada menerusi Jais atau Mais, maka apakah tidak mungkin Sultan diberikan nasihat secara salah atau secara sebelah pihak sahaja?

Jika ini berlaku, pada hemat saya, ianya bercanggah dengan titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Shah Alam baru-baru ini, yang mahu pihak istana mendapat nasihat yang seadil-adilnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini kata baginda adalah untuk memelihara kesucian institusi Raja.

Masalah yang timbul di sini ialah, jika Adzib atau dahulu bekas Pengarah Jais, Dato’ Muhammad Khusrin Munawi yang menjadi penasihat Sultan, kesejahteraan negeri dan rakyat akan sentiasa tergugat.

Ini kerana, sudah banyak bukti dan rungutan rakyat, bahawa kedua-duanya menunjukkan kecenderungan yang jelas, iaitu memihak kepada Umno-BN dalam banyak event di Selangor. Banyak kenyataan dan tindakan kedua-duanya sebelum ini, bertentangan dengan kerajaan negeri. Jangan sesekali mereka sangka bahawa rakyat boleh menerima keadaan ini.

Persoalan kelima yang hendak dibangkitkan ialah, apakah dengan serbuan Jais ini, gejala murtad dapat dibendung? Atau sejauhmanakah keberkesanan pihak berkuasa agama di Selangor membendung gejala riddah dan kemaksiatan? Harus diingat bahawa mantan Mutfi Selangor, Almarhum Dato’ Ishak Baharom menjadi mangsa pihak yang rakus, kerana mempertahankan kesucian Islam dalam isu The Ship. Dosa-dosa mereka terhadap Almarhum akan dibalas Allah.

Peranan Jais dalam hal agama terlalu banyak dipertikaikan. Jais bukannya menjaga akidah umat Islam, sebaliknya mereka  memelihara ‘akidah’ Umno. Jais merobohkan surau kerana mendakwa surau dikuasai PAS, Jais menyerbu kuliah-kuliah agama pemimpin PAS, atas alasan mereka tidak diberi tauliah di Selangor.

Sebelum ini Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Muryidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din, merupakan antara individu, yang sering menerima ancaman akan ditangkap atau dikenakan tindakan. Surat amaran Jais yang ditandatangani Khusrin melarang Ustaz Hadi kuliah di surau, masih ada dalam simpanan saya sebagai bukti.

Timbul pertanyaan, mengapa hari ini Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi dan lain-lain ada kalanya tidak dihalang daripada menyampaikan kuliah? Sebabnya, ada sebahagian tempat yang mereka pergi, jemaahnya, penduduknya bersifat rasional, Umno totok dah pupus.

Jais hanya akan bertindak apabila pencacai Umno di kariah tertentu menghubungi pemimpin Umno dan arahan itu dikeluarkan melalui pihak tertentu kepada pegawai Jais. Maka kelamkabutlah pengawai Jais menghubungi Nazir Masjid dan Pengerusi surau untuk menghalang kuliah diadakan.

Alasannya utama larangan Jais, pertamanya, kerana penceramah tidak mempunyai tauliah. Kedua, masjid dan surau bukan tempat berpolitik. Jika berpolitik, ia melanggar arahan Sultan kata mereka.

Dalam isu tauliah, sehingga kini tiada pemimpin PAS yang didakwa di mahkamah kerana berpolitik di masjid dan surau. Pengawai-pegawai Jais harus sedar, ulama-ulama seperti Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi, sebelum kebanyakan pegawai tersebut dilahirkan lagi, sudah mengajar agama di merata ceruk negara. Sila buktikan, pada masa mana, ajaran yang mereka sampaikan kepada umum, bercanggah dengan Islam?

Ulama-ulama ini tidak perlu diinterbiu untuk diberikan tauliah, malah merekalah yang layak menginterbiu penguasa-penguasa Jais sama ada kelulusan dan kefahaman mereka, cukup untuk menjadi penguatkuasa agama.

Dalam soal berpolitik di masjid. Persoalannya, adakah Umno-BN tidak pernah menggunakan masjid untuk pentas politik? Siap buat bacaan yassin dan solat hajat lagi untuk memenangkan calon BN yang beragama Hindu di Hulu Selangor. Mana penguasa Jais? Mengapa diamkan hal ini? Apakah masjid untuk pentas politik Umno-BN dibolehkan dan tidak melanggar arahan Sultan?

Ok, jika hal ini dikaitkan dengan titah Sultan, ulama manakah yang memberikan nasihat yang salah kepada Sultan, bahawa Islam melarang berpolitik di masjid? Sila tunjukkan pada ayat mana, prinsip mana yang jelas melarang berpolitik di masjid?

Pada saya, jika dalam menjaga soal agama Islam pun Jais berpihak dan mentadbir secara tunggang-langgang, bagaimana hendak diharap Jais menjaga akidah orang Islam?

Persepsi rakyat terhadap Jais ini disimpulkan secara mudah oleh seorang peniaga daging di Machang kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa. Tatkala peniaga daging itu terlihat laporan Utusan Malaysia mengenai serbuan Jais ke atas DUMC, beliau secara spontan berkata, “Buat apa hendak percaya Utusan? Jais pun tak boleh percaya kerana dia Umno.”

Rashidi Hassan

Patutkah Saya Dedah Ada Paderi Melayu Saya Kena ISA?


‘Saya dedah paderi Melayu saya kena ISA’ : Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

“Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

“Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang,” jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner ‘Umno kalah DAP menang’ bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

Hd

Kontroversi isu Murtad: Bukti di Temui dalam Tong Sampah?


Bukti terbaru dari Tong Sampah..

Bukti lain akan muncul lagi selepas ini?

Semua ada berapa bukti sebenarnya?

Selepas ini PERKASAm ,Pemuda Umno dan sebagainya akan ‘full swing’ isu ini..hahaha

Adakah Umno BN berani mewartakan undang undang murtad?..Tun M sendiri sebagai ‘God Father’ Umno BN telah meriwayatkan Malaysia tidak akan sekali kali akan menjadi sebuah negara islam…(betulkan jika saya salah).Banyak bahan mengenai ex PM boleh di google!

Pak Menteri di JPM dan badan kawal zakat Malaysia masih belum ada kenyataan untuk menghadapi isu ini.Ini bukan isu untuk menuding jari kepada sesiapa.Marilah kita berganding bahu mencari jalan keluar kepada isu sensitif ini.

Bolehkah Pak Jamil Khir atau badan kawal zakat Selangor mengambil 12 individu yang sudah ‘terpesong’ itu sebagai anak angkat sebelum nasik menjadi bubur?

Atau kerajaan Pas dan PR Kelantan membuat ‘transformasi’ untuk 12 individu tersebut bersempena maksud dari sebuah hadith cubit paha kiri ,paha kanan jugak turut terasa..

Lain lain cadangan Blog ini mengalu alukan ..

Wallahu aa’lam

isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

%d bloggers like this: