Gempar: Karaoke Sebelah Masjid Tendong


Beroperasi dari waktu Maghrib sampai Subuh

Hanya kerana mahukan kemewahan dengan menjadikan bahagian rumah sebagai markas maksiat dan pusat karaoke, seorang penduduk di sini sanggup mengetepikan kepentingan masyarakat yang sedang solat di masjid berdekatan.

Zainal Arifen, 42, berkata, pemilik rumah berkenaan bertindak menggunakan rumahnya sebagai pusat karaoke bersebelahan masjid dikatakan tidak menghormati Islam.

Menurutnya, sering kali terserempak dengan pengunjung yang datang ke sini dan tidak menghormati masjid dengan membuat bising sehingga subuh.

“Ini sememangnya tindakan yang tidak menyenangkan apabila mereka membuat pusat karaoke hanya beberapa langkah sahaja dengan pintu pagar masjid Tendong.

“Kita yang berada di masjid cuba menghayati ayat suci al-Quran, sedangkan mereka menyanyi dan membuat bising,” katanya.

Katanya, itu tidak termasuk dengan bau arak yang meloyakan sehingga mencemarkan kesucian masjid yang digunakan ribuan anak mukim di sini.

Menurutnya, paling teruk apabila ada penduduk yang melihat kelibat wanita memasuki rumah berkenaan yang dikatakan sebagai tukang urut dan tidak mustahil mereka turut menyediakan khidmat seks kepada pengunjung.

Zainal berkata, perkara ini mungkin akan menjadikan kawasan ini sebagai lubuk maksiat sehingga boleh menjerat remaja ke kancah tidak bermoral ini.

“Daripada pengamatan saya, pengunjung yang hadir bukanlah penduduk Pasir Mas namun, ia tidak bermakna kita boleh terlepas pandang mengenai perkara yang serius ini,” katanya.

Sementara itu, Nik Azli Nik Him, 46, berkata, kesalahannya sudahlah nyata malah bertindak berani dengan membuka pusat karaoke bersebelahan masjid.

“Lebih teruk lagi, pemilik seakan membiarkan pengunjung membuat sesuka hati apabila pengunjung membawa masuk minuman keras dan wanita ke bilik mereka,” katanya.

Katanya, semua penduduk di sini berharap perkara ini dapat diatasi bagi membendung aspek negatif kepada anak muda kampung.

SH

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: