Berita Baik: Pintu Rafah Dibuka Semula


Alhamdulillah…

Kali pertama sejak empat tahun lalu

RAFAH: Mesir hari ini membuka semula sempadan Rafah yang menghubungi Semenanjung Gaza yang membolehkan orang ramai bebas menyeberanginya untuk kali pertama selepas empat tahun.

Antara yang pertama menyeberangi sempadan itu melalui pos kawalan hari ini ialah dua kenderaan ambulans yang membawa pesakit dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, selain bas mini yang membawa ratusan pelawat.

Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi pada 29 April lalu mengumumkan pembukaan semula sempadan Rafah selepas penyatuan semula kumpulan Fatah dan Hamas di Palestin.

Amerika ,Israel bimbang pintu Rafah dibuka semula

Kerajaan Mesir berkata pihaknya akan membuka semula secara kekal pintu Rafah hari ini bagi menghentikan empat tahun cengkaman Israel ke atas Tebing Gaza.

“Rumah putih menggunakan hak asasi manusia dan demokrasi sebagai alat dan kerajaan Mesir digesa tidak tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” kata Hossein Naqavi Hosseini, ahli Jawatankuasa Keselamatan Nasional dan Dasar Luar Parlimen Iran.

Beliau berkata, kerajaan Mesir mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan mengenai Rafah.  Penentangan Amerika dan Israel membuktikan sikap tidak berperikemanusiaan mereka.

“Amerika dan Israel mendiamkan diri atas setiap jenayah apabila kepentingan mereka berada dalam keadaan bahaya,” katanya kepada agensi berita Majlis (ICANA).

Ahli Parlimen Republik Islam Iran itu menekankan bahawa Tel Aviv menentang kuat keputusan kerajaan Mesir kerana rejim Israel bertekad untuk menghancurkan sebuah negara.

Bagaimanapun, dengan pembukaan semula Rafah akan membantu media antarabangsa memberi peluang kepada masyarakat dunia menyuarakan pendapat mereka berhubung nasib yang menimpa rakyat Palestin secara terperinci,” katanya.

Pembukaan semula sempadan itu juga akan menyediakan jalan keluar rakyat Palestin di Gaza kepada dunia luar untuk akses kepada barangan keperluan dan makanan asas yang telah dinafikan akibat sekatan Israel yang kejam itu.

Rejim Hosni Mubarak yang membantu Israel menguatkuasakan sekatan di Tebing Gaza enggan membuka pintu Rafah sejak Jun 2007 walaupun Mesir mempunyai kuasa mutlak dan hak kedaulatan kawasan itu.

Bekas rejim Mesir itu kini menghadapi tekanan daripada rakyat dan beberapa negara Arab kerana enggan membuka pintu sempadan itu walaupun Tebing Gaza diserang teruk oleh Israel pada 2008, di mana hampir 1,400 orang maut, kebanyakannya wanita dan kanak- kanak.

Serangan selama 22 hari dari Israel itu membawa kesan buruk kepada krisis kemanusiaan di Gaza ketika mana banyak prasarana awam telah musnah akibat penaklukan tentera-tentera Israel.

Para penduduk Gaza sejak sekian lama menghadapi kesulitan hidup ekoran kekurangan bahan makanan, air, bahan bakar dan elekrik.

– presstv

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: