Bahaya Pemikiran Dr Asri Zainal Abidin


Pertama tama sekali ingin mengucapkan tahniah kerana dr Asri telah ada jawatan fellow penyelidikan islam universiti Oxford.Satu pertanyaan…kena ikut acuan Oxford laa kot ?.mungkin dr Asri sudah faham maksud GREAT BRITAIN..kalu tak faham boleh tanya bro Tukar Tiub.

Blog ini sekadar ingin menyatakan pandangan dr Asri bukanlah hujjah ilmiah sebagai seorang sarjana islam.(refer to dr Asri kata agama adalah hujjah).

Kadang kadang kita lalai dan alpa dan tidak terpandang atau tak teringat pesanan dari Duli dari segala Duli Yang Maha Mulia di dunia ini.

Ulang balik kata kata dr Asri..Dr Asri menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Apa dia pendirian islam yang matang,sederhana dan praktikal?..Bolehkah dibenarkan maksiat berlaku didepan mata? Adakah cara hidup orang orang bukan islam membenarkan maksiat?Adakah agama lain di dunia ini membenarkan perlakuan maksiat?Apatah lagi mengwujudkan tempat tempat maksiat.

Mafhum dari surah al-Imran: 110.. Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).Dalam ayat yang lain ..’Hendaklah ada dikalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan merekalah orang orang yang beruntung’: aali imran: 104.

Maka berdasarkan ayat ini wajiblah atas setiap umat Islam yang mukalaf itu melaksanakan al-Amr Makruf al-Nahi al-Munkar iaitu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat kejahatan. Sabda baginda rasul SAWW menyeru itu bukan sahaja untuk orang islam malahan kepada semua manusia kerana agama @ad-din itu adalah nasihat.

Maka di atas kefahaman ayat  yang disebutkan itulah membawa pengertian hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru orang supaya berbuat kebajikan dan mencegah orang daripada mengerjakan kejahatan.

wallahu aa’lam.

Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau

Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

“Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin,” katanya.

Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka “dilihat salah” oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

“Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)… pendekatan ini perkara ijtihad.

“Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam… kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran,” katanya.

tmi

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • k0m3n9  On November 7, 2011 at 3:09 am

    Apa salahnya.. taliban betul apa.. yg salahnya org yg bersekongkol dgn kafir yg mendakwa taliban sbg pengganas.. kalo ganas mesti mati dah pemberita pompuan mat saleh tu dulu.. siap msk islam lg.. kita pun blm tentu amal islam mcm taliban amalkn.. dah islamkah kita di sisi tuhan?

Leave a comment