Video Terbaru iwan Dangdut Dah Jadi Lebai


Alhamdulillah..

Seorang lagi artis yang pernah terkenal dengan dang dut sampai tak tidoq sudah berubah….pasangan dang dut amalina dulu laa.

Ada lagi seorang artis wanita jugak turut berubah..Tapi yang ni ada ‘special’ kes sikit laa..Kalu sapa ada hajat boleh laa sampaikan pada beliau sendiri..hahaha

Jom kita baca sat..

Pelakon Wilma Muhammad (gambar) belum terbuka hati untuk bercinta atau berkahwin lagi selepas suaminya, juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Mahir Effendi meninggal dunia pada Januari lalu.

Lantaran itu katanya tiada istilah untuk dia bercinta dengan suami orang seperti didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu.

“Saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan suami orang sedangkan saya belum terfikir ke arah itu buat masa ini.

“Buat pengetahuan semua, saya belum ada perancangan untuk berkahwin kerana belum terbuka hati,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Nama Wilma kembali hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan suami orang sehingga menyebabkan rumah tangga lelaki berkenaan yang juga aktif dengan kegiatan tabligh berantakan.

Bagaimanapun, pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah ini tidak menolak jika ditakdirkan Allah mengenai jodohnya pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain Wilma turut memberitahu ada terdengar tentang hajat seseorang untuk merisiknya selepas dimaklumkan oleh keluarga.

“Keluarga saya ada memberitahu bahawa ada orang yang bertanya sama ada saya bersedia untuk menerima lamaran atau tidak.

“Tetapi terus terang saya masih menyayangi arwah suami dan sekarang ini mahu menumpukan kepada kerja yang baru bermula pada tiga bulan lalu selain mahu menyara lima orang anak yang masih kecil,” katanya yang bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat swasta di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.

Kini dia menyewa di sebuah rumah di Damansara Utama bersama-sama anak-anak yang dijaga oleh ibu mertua dan pembantu rumah.

“Saya perlu teruskan kehidupan dengan kembali bekerja. Namun, saya belum bersedia untuk berlakon walaupun ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk watak wanita bertudung.

“Tetapi untuk masa akan datang saya tidak pasti sama ada akan menerima atau tidak,” ujarnya lagi.

mStar

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • oha  On October 6, 2011 at 9:24 pm

    laki ko dah xda.mula la…syaitan2 wartawan nie bertanya-tanya menduga-duga ko kembali buat maksiat!!! Wartawan adalah tergolong dr sifat2 jin n syaitan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: