Apa sedang berlaku dengan Abby ?
Membaca update terbaru Abby Abadi di wall Facebook miliknya pasti akan menimbulkan rasa runsing dan cemas di hati kita.
Tinjauan Mynewshub.my mendapati seolah-olah Abby sedang merancang untuk melakukan sesuatu yang mungkin kita tidak dapat duga.
Cuba baca statusnya ini;
Abby Abadi Lurvly Fanpage
Assalamualaikum, Selamat Pagi……. Sy di duga dgn segala mcm dugaan sejak akhir2 ni, sgt berat! Semuanya sudah tertulis…. rasanya ni mmg tempah sendiri, sbb tu jd mcm ni :’( Ini update status Sy yg terakhir…. Maafkan Sy klau ada silap & salah yer…. Sy perlu buat sesuatu. Jaga diri
Ini update status saya yang terakhir. Mengapa yang terakhir? Itu yang menimbulkan tanda soal kini…
Berita ini ditulis pukul 4.30 petang dan status yang terakhir itu dimasukan 8 jam lebih awal.
Status sebelum itu pun agak pelik;
Bbrape pkara wat mood kite terjejas teruk ari neh, huhu… ‘Hal2′ ngeri makin bertimpa2, ank3 begitu begini, bibik tak dpt2 lagi, job barupun tak masuk2 lg… Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa mcm nk cabut jap kepale neh, cuci2 skit ngan clorox, pastu smbung balik, bule? huhu.. Gila runsinggg! aaarrgghhh! Nak gi jauhhh je rasa…. =.= ( takmoh suh sabar, or yg sewaktu dgnnya ok… x larat dah nk dengarrr!….. zzzzzZzZzzzZ…
Bekas suami Abby, Norman Hakim baru-baru ini melangsungkan perkahwinan kali keduanya dengan Memey Suhaiza dan bakal mengadakan majlis resepsi di Hotel Crowne Plaza Mutiara secara besar-besaran yang menelan belanja hampir RM12 juta yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia.
Minggu ini juga Abby di laman Facebooknya memperkatakan tentang ‘hutang’ Norman yang difahamkan sebagai hutang nafkah kepada anak-anak mereka yang dikatakan berjumlah puluhan ribu ringgit.
Ternyata Abby sedang melalui satu tempoh tekanan yang amat sangat ketika ini.
Apa pun, kita harus berdoa untuk dirinya kerana kita semua berhadapan dengan masalah, cuma besar atau kecil sahaja perbezaanya.
Mynewshub.my
Comments
Abby sedang menghadapi acute depression. Beliau mesti berjumpa doktor sebab nyer acute depression can lead to suicidal thought. Sila pergi ke hospital Abby. Doktor boleh memeberi ubat anti-depression seperti venlafaxine dan sebagainya. Gi lah jumpa ya.
Terima kasih penjelasan dari saudara Rush.
buat kak abby bykkan bersabar.setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya.ingat tuhan tidak akan memberi dugaan sekiranya mereka tidak mampu untuk menghadapinya.fikirkan anak2 dan masa dpn mereka.kerana itu adalah anugerah dari Allah s.w.t.
assalamualaikum buat abby dan tangah buat apa sekarang ini semuga tabah menghadapi duga allah s.w.t