Giliran Nik Abduh Pulak Buat U-Turn


Sekarang ni musim orang politik tak kira Pas dan Umno buat U-Turn..

Petang ini giliran Nik Abduh pulak buat u-Turn..pasai depa buat macamtu?..jawapan soalan tu ..

Jawabnya..Aku Tak Tau..yang tu kena tanya depa sendiri!

Nik Abduh ubah fikiran,tanding timbalan ketua Pemuda Pas

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz lewat hari ini memaklumkan menukar keputusannya di saat akhir untuk turut bersaing merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Harakahdaily menyiarkan keputusannya awal pagi tadi bahawa beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor dua dewan itu dan hanya mahu bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja.

Bagaimanapun petang ini beliau merubah pendirian itu dan memaklumkan akan turut bertanding bersama tiga calon lain iaitu penyandangnya Azman Shapawi, Ketua Penerangan  Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihanraya Mohd Firdaus Jaafar.

“Selepas mendapat pandangan dari rakan-rakan, saya sedia untuk bertanding Timbalan Ketua Pemuda.

“Saya juga telah maklumkan perubahan keputusan saya itu kepada Jawatankuasa Pemilihan,” katanya ketika dihubungi 4.30 petang tadi.

Dengan keputusannya terbaru itu bermakna perebutan jawatan Timbalan Ketua Pemuda kini menjadi empat penjuru.

Dalam laporan sebelum ini juga, Harakahdaily melaporkan Riduan Mohd Nor dan Mohd Nor Hamzah juga masing-masing menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu.

Riduan juga turut membuat keputusan sama, bertanding AJK PAS Pusat dengan satu lagi untuk jawatan AJK Dewan Pemuda bersama Mohd Nor.

Tiga lagi calon yang layak bertanding jawatan itu iaitu Nasruddin Hassan, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Ahmad Sabki lebih awal mengumumkan pendirian mereka.

Nasruddin yang sebelum ini mengumumkan akan mempertahan jawatan Ketua Pemuda sekaligus menolak bertanding jawatan Timbalan Ketua.

Raja Ahmad Al-Hiss juga menolak untuk jawatan nombor dua itu dan mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda manakala Ahmad Sabki untuk jawatan AJK PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Pusat akan bermuktamar penuh dan memilih kepimpinan baru pada 2 Jun ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Untuk rekod, tiada had umur tertentu ditetapkan untuk jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda, manakala untuk jawatan naib dan AJK dewan pemuda, dihadkan tidak melebihi umur 40 tahun.

Bagaimanapun keputusan rasmi pertandingan untuk semua jawatan hanya akan diumum Jawatankuasa Pemilihan PAS esok, selepas tarikh terakhir penyerahan surat jawapan ditutup jam 5 petang ini.

Berikut ialah senarai calon versi kemaskini Harakhadaily yang akan bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Nasaruddin Hassan

Timbalan Ketua
1.    Azman Shapawi
2.    Firdaus Jaafar
3.    Suhaizan Kaiat
4.    Nik Abduh Nik Mat

Naib Ketua
1.    Kamaruzaman Mohamad
2.    Khairi Faizi Kamil
3.    Mohd Nor Hamzah
4.    Mohd Sany Hamzan
5.    Nasir Zakaria
6.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob

HD

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: