Polis Dah Boleh Tangkap Ibrahim Ali: Kenyataan Rasis Tahap Melampau


Petang ini Brahim raja katak membuat lagi kenyataan berbau perkauman dan mengapi apikan sentimen keagamaan.

Jauh dari sudut slogan perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Blog ini mengesyorkan pihak KDN dan PDRM khususnya patut mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan orang orangnya!

Jika ini trend ini berterusan blog ini percaya ,ini untuk kali keduanya seperti kata Mat Sabu ‘Operasi Lalang 2’ akan dijalankan.

Berbalik pada pergolakan politik Umno/BN pada 1987 ,Najib Razak yang mencabut keris hendak memakan darah orang Cina kononnya tetapi pemimpin pemuda Pas yang kena tangkap.

Sebagai warga merdeka lagi bermaruah kita ingin melihat satu perjalanan pilihanraya yang bersih dari segala unsur penipuan,perhimpunan Bersih 2.0 hanya bertujuan untuk menuntut perkara demikian. Bukan untuk turun berperang dengan sesiapa pun.

Kenyataan rasis Ibrahim Ali pada petang tadi…..

Perhimpunan ‘Gerak Aman’ pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

perkasa launch anti-bersih campaign 190611 3Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

“Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

“Apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

dan lagi…..

Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis “Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya” yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC).

mKini.

http://www.malaysiakini.com/news/16738

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • Hadi  On June 19, 2011 at 11:20 pm

    Aku sokong gerak aman…jom kita mulakan langkah…gerakkan seluruh tenaga seluruh batalion yg ada utk kita pertahankan keamanan negara…gerak saraf bermula hari ini…pastikan setiap anak muda kita bersedia kita gerakkan….

Leave a comment