Harga Getah Sekerap Naik Lagi


Sejak menyambut tahun baru 2011 ini harga getah sekerap atau getah beku telah naik lebih tinggi dari sebelumnya.

Ramai pembeli atau tauke getah merungut kerana mereka tidak dapat untung banyak , tetapi semasa harga getah sekerap ‘murah’ mereka tidak cakap apa pun.Pekebun kecil yang hanya mengusahakan beberapa ekar sahaja sebelum ini cuma ibarat kais pagi makan pagi.

sinar Harian melaporkan…

Harga getah sekerap naik mendadak

PENDANG – Beberapa pembeli getah skrap berlesen di beberapa kawasan, mengeluh dengan kenaikan harga barang itu yang naik mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Sinar Harian melakukan tinjauan di sebuah pusat membeli getah skrap berlesen di Rancangan Tanah Pinggir (RTP) Paya Mat Inson bagi mendapat maklum balas daripada pembeli.

Che Mun Isa, 54, yang menetap di Kampung Bukit Murai berkata, dia telah membuka pusat pembelian getah skrap berlesen di sini, lebih empat tahun dan masalah itu membebankannya kerana terpaksa menyediakan modal yang tinggi bagi membeli getah daripada penoreh.

“Harga terkini pembelian getah skrap sebanyak RM6.90 sekilo berbanding sebelum ini iaitu bawah RM4 sekilo,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun harga naik mendadak, namun keuntungan yang diperoleh pembeli adalah sama dengan harga sebelum ini walaupun modal yang dikeluarkan tinggi.

Katanya, disebabkan masalah terbabit dia terpaksa menjual hasil belian itu setiap hari kepada kilang kerana bimbang berat getah semakin susut apabila dibiarkan beberapa hari.

“Semua getah skrap yang dibeli perlu dihantar terus kepada kilang kerana beratnya akan susut jika dibiarkan, kerana getah skrap mudah kering dan akan menyebabkan pembeli mengalami kerugian.

“Saya juga tidak boleh menghimpun getah skrap yang dibeli daripada penoreh di pusat pembelian, kerana bimbang berlaku kecurian memandangkan pusat itu berada di tengah-tengah hutan yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Sinar Harian juga difahamkan bahawa kenaikan harga getah begitu memberi semangat kepada semua penoreh berusaha mencari pendapatan lebih.

Sementara itu, jumlah getah skrap yang dijual di pusat berkenaan melebihi 12 tan sehari berbanding sebelum ini.

srn

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

Leave a comment