Tag Archives: Yusmadi Yusuf

Gani Patail ‘Terkena’ Lagi..


Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas.

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.

Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.

Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat’ yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang.

Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal ‘menimbulkan keraguan munasabah’ tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut.

Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara ‘spontaneous’ (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut.

‘Double standard’

Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana.

Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap ‘double standard’ Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat.

Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan ‘menghapuskan’ Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.

fmt

Ummi Hafilda: Saman 100juta Bakal ‘Putih Mata’ Lagi?


Baginda mohon ketepikan saman fitnah Ummi

Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

“Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

“Bagaimanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar,” katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda (kiri).

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Baginda yang diwakili peguam Yusmadi Mohd Yusoff terdahulu memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik menjadi peguamcara kerana baru menerima writ saman.

Katanya beliau telah memfailkan permohonan bagi mendapat kebenaran untuk memasukkan memorandum kehadiran bersyarat.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb http://www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Peguam Fahri Azzat yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd memohon agar mahkamah mengadakan proses mediasi antara anak guamnya dan Ummi Hafilda.

Hakim Singham berkata mahkamah memang menggalakkan proses mediasi antara pihak yang terlibat dan akan mengadakan mediasi selepas mendengar permohonan Baginda bagi mengetepikan saman itu.

mKini

Elok Ketua Polis Negara Letak Jawatan


Gagal tangani video seks KPN digesa berundur

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas  Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.

“Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.

“Justeru,  Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya,” ujarnya.

Menurutnya, video itu  bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak.

Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit,” ujar Yusmadi.

Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.

“Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah,” ujarnya.

Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.

KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar.

Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

Keadilandaily

%d bloggers like this: